Pages

Sunday, March 12, 2017

PEMBARATAN SATU ANCAMAN PEMIKIRAN

Tanpa kita sedari, terdapat satu gelombang yang telah melanda umat Islam yang mana gelombang itu mampu menggugat akidah dan keimanan seorang muslim. Gelombang yang dimaksudkan itu ialah Al-Ghazwul Fiqh atau lebih dikenali sebagai serangan pemikiran. Serangan pemikiran merupakan salah satu bentuk serangan psikologi yang bersifat halus dan tidak melibatkan tindakan berbentuk fizikal atau ketenteraan. Bagaimana serangan ini berjaya memasuki minda umat Islam? Melalui ideologi-ideologi seperti ekstrimisme, sekularisme, plurisme dan liberalisme. Siapakah yang bertanggungjawab dalam menyebarkan gelombang ini? Sudah tentu dan pastinya golongan para orientalis barat yang sentiasa memusuhi Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud,“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah  itulah petunjuk (yang benar)”. dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah  tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”

Al-Ghazwul Fiqh Satu Propaganda

Al-Ghazwul fiqh adalah satu strategi yang telah dirancang dengan begitu sistematik untuk melumpuhkan pemikiran serta memesongkan daya fikir umat Islam agar tunduk dengan sistem atau cara hidup yang telah diciptakan oleh penjajah barat. Serangan pemikiran juga merupakan satu propaganda yang dilakukan ke atas kebudayaan dan cara hidup umat islam secara halus dan nyata. Serangan ini diterapkan dengan cukup ilmiah agar cara hidup Islam yang berpaksikan Al-quran dan As-sunnah berubah mengikut lojik akal semata-mata tanpa memerlukan seseorang itu keluar atau mengubah agamanya malah terus kekal menjadi seorang Islam tetapi tidak lagi mempercayai dan mengikuti ajaran agamanya yang sebenar, sebagai contohnya golongan sekularisme. Gerakan sekularisme berskala global berusaha keras memisahkan syariat Islam dari kehidupan umat Islam. Menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas di dalam bukunya ‘Islam and Secularism’ telah memberikan definisi sekularisme sebagai suatu fahaman yang bersifat anti-agama dan anti-Tuhan. Dalam peradaban Barat moden, mereka akan memberikan penghormatan yang tinggi kepada kebendaan dan mengenepikan prinsip ketuhanan. Ini bermakna peradaban Barat moden lebih mementingkan unsur individualistik yang jadi amalan serta terus meresap dalam corak kehidupan seharian, dan antaranya konsep materialistik yang lebih memberikan tumpuan kepada usaha untuk menikmati kebendaan semata-matanya.

Pembinaan Wahdatul Fiqh

Seperti yang diketahui, wahdatul fiqh adalah lambang kesatuan ummah. Apa kaitannya dengan penyelesaian kepada kekeliruan yang berlaku? Membina wahdatul fiqh adalah salah satu wahana bagi umat Islam membanteras atau membentengi umat daripada serangan pemikiran. Hal ini kerana, musuh-musuh Islam sentiasa berikhtiar dan mencari jalan untuk menghapuskan Islam. Teropong sentiasa dibuka dan dihalakan kepada umat Islam untuk mencari jalan bagi memusnahkan dan berusaha memecah belahkannya. Namun demikian, dengan akidah dan iman yang teguh serta persiapan dari segi ilmu yang mantap, punya prinsip yang kuat dan gerak dakwah yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnah, dengan izin Allah benteng yang dibina oleh umat Islam tidak mudah dihancurkan. Di Malaysia, terdapat pelbagai gerakan Islamiyyah telah ditubuhkan dan setiap gerakan itu mempunyai fahaman yang berbeza namun perbezaan fikrah bukanlah penghalang untuk bersatu demi ummah kerana semua gerakan dakwah tidak lain dan tidak bukan misi utama yang satu iaitu mendidik umat serta mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Kebergantungan Terhadap Ilmu Barat

Namun, soal yang perlu ditanyakan kepada diri kita sendiri ialah mengapakah dunia Islam terlalu bergantung pada dunia barat untuk mencari ilmu, mempelajari sains, menciptakan teknologi senjata bagi mempertahankan bumi Islam? Sepatutnya negara Islam meneliti dengan lebih mendalam dan mencari jalan solusinya berdasarkan perintah Tuhan berhubung dengan soal ilmu. Berbicara soal kewajipan menuntut ilmu dalam Islam, mengkaji rahsia alam, sentiasa berfikir dan memajukan ummah melalui ilmu. Istilah seperti “Islamisasi Ilmu” dalam Islam sering kita dengari, tetapi semua wacana ini nampaknya tidak sampai ke peringkat pelaksanaan. Di peringkat amalan, berbagai-bagai rintangan dan masalah yang timbul. Sayangnya, kepentingan politik, perselisihan mazhab dan pertentangan antara ulama dengan golongan pemikir dan ahli sains “sekular” sering menyebabkan teori dan idealisme tentang kerangka ilmu Islamiah itu tinggal di atas kertas sahaja. Peradaban barat telah masuk ke fikiran umat Islam sehingga terlintas dalam minda manusia sekiranya ingin melihat dunia Islam maju kehadapan harus menyerap segala epistemologi barat ke dalam sistem pendidikan negara. Apa yang malangnya ada juga berpendapat menggunakan Al-quran dan As-sunnah sebagai rujukan tidak sesuai dengan peredaran zaman dan terlalu lapuk. Bukankah Al-quran itu penuh dengan ilmu pengetahuan tidak kira ilmu sains, ekonomi, politik dan ilmu yang berkait rapat dengan kehidupan seharian manusia. Kenapa terlalu bergantung dengan ilmu dari dunia barat? Kegemilangan dunia Islam yang telah berjaya menawan tiga per empat dunia suatu ketika dahulu kerana penghayatan dan pemahaman terhadap Al-quran sebagai sumber rujukan untuk menekuni pelbagai ilmu pengetahuan. Segala teori dan falsafah yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh ilmuwan Islam terdahulu adalah hanya bersumberkan kitabullah dan ilmu-ilmu itu diambil oleh orang-orang barat lalu dievolusikan seolah-olah teori dan falsafah itu ditemui oleh mereka. Dalam proses pembentukan wahdatul fiqh, umat Islam boleh mengambil disiplin ilmu barat untuk diadunkan dengan disiplin ilmu Islam dan adalah tidak menjadi masalah tetapi sebaik-baiknya ilmu itu perlu diislamisasikan dengan ilmu-ilmu Islam agar tidak berlaku kontra yang mengelirukan. Umat Islam perlu sentiasa mengkaji mana-mana ilmu yang boleh dicontohi atau yang perlu ketepikan yang tidak boleh diamalkan kerana bersumberkan ilmu daripada peradaban barat yang terlalu menekankan nilai-nilai materialistik dan boleh merosakkan gaya hidup umat Islam. Selain itu, konsep westernization yang berpaksikan kebendaan boleh mempengaruhi pola pemikiran umat Islam dan akan berlaku ketidak sefahaman dalam isu yang berkait rapat dengan ilmu. Mengapa perlu mengagungkan para ilmuwan dari dunia barat sedangkan dunia Islam juga mempunyai ahli falfasah, cendekiawan dan golongan ilmuwan  pakar dalam ilmu sains, ekonomi dan politik yang boleh dijadikan rujukan.

Menepis Serangan Pemikiran

Kebergantungan dengan dunia barat juga adalah salah satu punca serangan pemikiran berjaya menjajah di minda umat Islam dan agak keterlaluan bila mana segalanya datang dari barat dan diterima tanpa ada penapisan. Segala ilmu-ilmu dari barat dianggap baik sehingga yang buruk juga dibenarkan, sebagai contoh liberalisme adalah fahaman yang membenarkan apa sahaja, meraihkan kepelbagaian budaya sehingga lupa ada sebahagian budaya bertentangan dengan akidah Islam dan mampu menggugat pemikiran dan keimanan seseorang. Tanpa disedari, penyebaran ilmu barat adalah salah satu saluran buat golongan orientalis untuk memperluaskan lagi pengaruh mereka agar berjaya masuk dalam pemikiran orang Islam secara perlahan-lahan. Terdapat institusi dahulu yang cenderung dalam membentengi serangan pemikiran. Penubuhan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)  merupakan institusi penyelidikan dan pengajian pasca sarjana yang diasaskan oleh Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada 27 Februari 1987 dan objektif ditubuhkan adalah untuk melahirkan sarjana atau cendekiawan Islam mengikut acuan serta pandangan sisi Islam. ISTAC suatu ketika dulu merupakan institusi yang aktif dalam melakukan kajian dan penelitian mengenai Pemikiran dan Peradaban Islam serta memberikan respon yang kritis terhadap Peradaban Barat.

Kesimpulan

Intipesannya, berhati-hati dalam menerima pemikiran baru yang bisa menggugatkan akidah dan keimanan terutamanya generasi muda. Hal ini kerana, generasi muda sangat senang dipengaruhi dengan tawaran-tawaran manis yang dijelmakan dalam budaya kuning dan juga sikap mudah terikut-ikut dengan peradaban barat dari segi pemakaian, bahasa, tingkah laku dan semestinya pemikiran.

oleh
Nurul 'Ain Alwani Milus


2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Halo,
    nama saya ialah Siti Aminah dari Indonesia, saya cadangkan semua orang di sini harus berhati-hati, kerana terdapat banyak peminjam pinjaman palsu di internet, tetapi mereka masih yang sebenar dalam syarikat pinjaman palsu. Saya telah ditipu oleh 4 peminjam pinjaman yang berbeza, saya kehilangan banyak wang kerana saya sedang mencari pinjaman dari syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya telah ditangkap oleh orang kerana berada dalam hutang.

    Saya hampir berputus asa sehingga saya meminta nasihat seorang kawan yang memperkenalkan saya kepada peminjam pinjaman asal dan syarikat yang sangat dipercayai iaitu Ibu Alicia Radu yang mendapat pinjaman saya 800 juta rupiah Indonesia dalam Kurang dari 24 jam Tanpa tekanan dan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%. Saya sangat terkejut ketika memeriksa akaun bank saya dan mendapati jumlah pinjaman yang saya minta telah dipindahkan ke akaun bank saya tanpa sebarang kelewatan atau kekecewaan jadi saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang dapat mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan dari Ibu Alicia Radu

    Saya mahu anda mempercayai Ibu Alicia Radu dengan sepenuh hati kerana dia sangat membantu dalam hidup saya dan kehidupan kewangan saya. Anda harus menganggap diri anda sangat bertuah kerana mempunyai peluang untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi ibu Alicia Radu melalui e-mel: (aliciaradu260@gmail.com)
    Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (sitiaminah6749@gmail.com) jika anda memerlukan maklumat mengenai bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya dari Ibu Alicia Radu, anda sangat bebas untuk menghubungi saya dan saya dengan senang hati akan menjawab anda kerana anda juga boleh membantu yang lain selepas anda menerima pinjaman anda.

    ReplyDelete