Orang
Iranun mula terlibat dalam peperangan ini sejak Sepanyol menduduki Filipina.
Kerajaan Melayu Islam di pulau Luzon yang terakhir adalah di bawah pemerintahan
oleh Sultan Sulaiman III dan jatuh kepada Sepanyol pada 19 Mei 1571. Lopez de
Legazpi adalah ketua tentera yang menyerang kerajaan Sultan Sulaiman III.
Keterlibatan Iranun dalam peperangan ini disebabkan pendudukan Sepanyol ke atas
Filipina dan Sepanyol mula melebarkan pengaruhnya ke beberapa kepulauan lain
seperti Mindanao dan Sulu. Maka itu, orang Iranun telah berusaha mengekang
penjajahan Sepanyol ke atas pulau Mindanao yang majoriti penduduknya adalah
orang Iranun.
Artikel pendek ini cuba meninjau
secara ringkas strategi perang yang diamalkan oleh Iranun ketika berhadapan
dalam beberapa pertembungan dengan pihak penajajah Barat. Meneliti beberapa
siri pertempuran yang melibatkan orang Iranun banyak rahsia yang tersembunyi
berkaitan Iranun dan peperangan. Kenapa pihak Barat menggelar orang Iranun
sebagai ‘lanun’? Bagaimana istilah ini muncul?, tentu ada sesuatu perkara yang
menarik hingga menyebabkan pihak Barat melebalkan mereka sedemikian.
Dalam setiap peperangan orang
Iranun juga mempunyai kaedah-kaedah yang amat sesuai dengan persekitaran
mereka. Persekitaran orang Iranun ini banyak dipengaruhi oleh laut, di mana
laut itu sendiri menjadi lambang kemegahan orang Iranun sebagai sumber ekonomi
utama selain sebagai petani. Orang Iranun adalah antara bangsa yang
mengasimilasikan diri dengan laut, selain bangsa Balanini, Bugis, Suluk, Bajau
dan lain-lain bangsa.
Antara strategi orang Iranun
dalam peperangan adalah;
1.
Serang hendap
a. menyerang
lawan dalam keadaan tidak bersedia, di mana pihak lawan dalam keadaan tidak
menyedari kehadiran penyerang atau tidak menjangkakan serangan dibuat secara
mengejut.
b. tujuan
teknik ini digunakan adalah untuk menjadikan pihak lawan rasa terkejut dan
kelam kabut, di samping pihak lawan rasa panik dan segala persediaan tidak
terurus dengan lebih teratur.
c. strategi
ini digunakan semasa serangan ke atas Syarikat Hindia Timur Inggeris oleh Datu
Tating bersama orang-orang Iranun pada tahun 1775 di Pulau Balambangan.
d. serangan
ke atas Belanda di Tajung Pinang Riau johor pada tahun 1787 yang diketuai oleh
Raja Ismail. Dalam dua serangan ini mereka berjaya mengalahkan pihak lawan.
e. serangan
Datu Mamuda, Mat Sator dan Kamunta ke atas Syarikat Berpiagam Utara Borneo
(SBUB) di Kudat pada tahun 1903.
f. serangan Iranun ke atas kapal H.M.S Samarang yang diketuai oleh Captain Sir Edward Belcher pada 3 Jun 1844 di pulau Jilolo (Halmaehira) iaitu salah satu kepulauan Spice.
g. selalunya
teknik ini dilakukan pada waktu malam,
2.
Sistem bertahan
a. teknik
ini digunakan dengan harapan mereka dapat mengawal situasi perang tersebut,
namun mereka gagal bertahan dengan keadaan perang yang banyak memihak kepada
lawan serta memakan masa yang lama, di mana situasi perang ini memerlukan
kelengkapan senjata serta bekalan makanan yang mencukupi, namun mereka gagal
bertahan dengan keadaan perang ini, di mana mereka menghadapi risiko yang
tinggi antaranya;
i.
kelengkapan
persenjataan berbanding pihak lawan
ii.
bilangan
tentera yang tidak ramai berbanding pihak lawan, apabila korban tentera ramai
di pihak Iranun maka pihak lawan dengan mudah dapat mengalahkan mereka.
iii.
jenis
senjata yang digunakan, orang Iranun banyak menggunakan peralatan yang jarak
dekat seperti bangkau, keris, karundaan,
parang, sundang, bangkung dan
yang boleh digunakan ketika bertarung secara dekat. Mereka juga memiliki
senjata ‘laila’ atau dikenali sebagai
‘meriam laila’.
iv.
mereka
tidak memiliki senjata seperti pihak lawan, di mana pihak barat pada masa itu sudah menggunakan
senapang dan meriam yang jauh lebih canggih berbanding orang Iranun.
b. Membuat
kubu - Strategi ini digunakan ketika perang di Teluk Marudu pada tahun 1845, di
mana orang Iranun serta Bajau dan Suluk yang diketuai oleh Syarif Uthman mempertahankan
Teluk Marudu daripada serangan Syarikat Hindia Timur Inggeris. Syarif Uthman
dan pengikutnya membina kubu di Teluk Marudu bagi melindungi pengikutnya serta
masyarakat di Teluk Marudu. Dalam peperangan ini mereka telah dikalahkan oleh
British. Selain itu, mereka juga turut kalah dalam perang Pandasan pada tahun
1915 yang diketuai oleh Syarif Ali, di mana mereka juga membina kubu di sebuah
bukit yang melindungi perkampungan Pandasan.
3.
Penggunaan ilmu batin.
Orang Iranun juga tidak
terkecuali dalam hal-hal kebatinan ini, mereka menggunakan kebatinan sebagai
pendinding terhadap diri sendiri, antara ilmu yang digunakan adalah ‘ilmu kubela’, ‘ilmu pulias’ dan ‘ilmu palimun’ . Ilmu kubela (ilmu kebal) ini menjadikan para pejuang
Iranun tidak gentar berhadapan dengan kecanggihan senjata musuh pada masa itu.
Para pahlawan Iranun dengan gagah dan berani memasuki kawasan musuh tanpa rasa
takut. Selain itu, ilmu pulias juga adalah
ilmu penting yang menepis senjata musuh daripada menuju sasarannya terutama di
badan, kubu dan kapal. Manakala ilmu palimun adalah ilmu yang menjadikan musuh
tidak nampak sasaran sebenar, musuh akan keliru kerana sasaran sebenar sukar
ditemui.
4.
Ilmu persilatan.
Ilmu mempertahankan diri
merupakan salah satu syarat dalam peperangan yang mesti dimiliki oleh para
pahlawan, namun tidak semua memiliki kecekapan yang sama ketika berhadapan
dengan musuh. Ilmu persilatan ini digunakan ketika pertarungan dalam jarak
dekat dan antara ilmu persilatan yang dekat dengan masyarakat Iranun ialah ‘Silat Betawi dan Silat Sepering’.
Namun begitu, banyak perang di laut
yang berlaku dan sebahagian besarnya memihak kepada orang Iranun, pertempuran
laut amat sinonim dengan kepakaran orang Iranun yang sudah terkenal dengan
kebolehupayaan mereka mengeksplotasikan laut. Oleh kerana kepakaran mereka di
laut amat dikagumi oleh Barat, maka pihak barat memanggil orang Iranun sebagai
raja di laut dan selepas itu Barat melebalkan orang Iranun sebagai ‘pirate’ atau lanun, dan gelaran ini
melekat kepada orang Iranun sempena nama bangsa itu adalah Illanun atau Iranun
lalu disinonimkan dengan istilah ‘lanun’.
Maknanya kegiatan menyerang
kapal-kapal Barat serta beberapa kedudukan mereka di kepulauan Melayu banyak
dilakukan oleh orang Iranun, contohnya: bila ditanya ‘siapa yang menyerang itu?
lalu dijawab, ‘orang-orang Illanun yang menyerang’. Oleh kerana kekerapan orang
Iranun mengancam kedudukan Barat di kepulauan Melayu ini amat mengganggu
aktiviti perniagaan, maka gelaran atau status dan istilah ‘lanun’ itu telah menjadi sebutan para peniaga yang berniaga di
beberapa kepulauan Melayu. Sedangkan orang Iranun tidak juga mengganggu para
pedagang lain yang berasal dari kepulauan Melayu.
Hakikatnya orang Iranun menentang
Barat kerana perebutan kawasan perdagangan, di mana pihak Barat ingin menguasai
sepenuhnya perdagangan di kepulauan Melayu, disebabkan tindakan Barat ini telah
menjejaskan ruang perniagaan untuk mendapatkan bekalan, maka orang Iranun
sering menyerang kapal-kapal Barat yang telah menguasai beberapa pelabuhan di
kepuluan Melayu dalam abad ke 17 dan abad ke 18. Pada masa ini pihak Barat
secara terancang meluaskan lagi jajahan mereka ke atas negeri-negeri di
kepulauan Melayu terutama negeri-negeri yang memiliki sumber ekonomi yang
menguntungkan pihak Barat.
Hai semua
ReplyDeleteNama saya FRADESY RIRITIA, saya berasal dari indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda semua kebenaran, setiap orang yang anda lihat pada catatan mereka di blog dan laman web ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi mangsa cerita mereka dan mereka telah merosakkan hidup saya.
Saya tidak di sini untuk memberitahu anda kisah bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak wang kepada mereka.
Saya di sini untuk memberitahu anda SYARIKAT PINJAMAN sebenar dan sahajalah yang ALLAH hantar untuk mengubah hidup saya, mereka adalah SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL, mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen yang diiktiraf dan dibiayai oleh WORLD BANK.
Mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen, mereka mempunyai terma dan syarat pinjaman yang cukup besar, untuk menutup semua pinjaman mereka mampu dimiliki dan cepat dilunaskan tidak seperti syarikat palsu lain yang anda lihat di sini dalam talian yang akan mengambil wang anda tanpa mengeluarkan pinjaman anda,
Tolong jangan tertipu oleh saksi yang mempunyai nombor dan whatsapp indonesia, mereka semua penipu, bagaimana syarikat individu boleh memberi pinjaman ?, itu harus menjadi pertanyaan pertama anda.
Rakan-rakan saya di Asia, saya mohon anda mendengarkan saya ketika saya bersumpah kepada anda dengan nama Allah, bahawa saya mengatakan kepada anda semua kebenaran, Syarikat ALL GLOBAL GRANT LOAN, satu-satunya syarikat yang boleh dipercayai dan mereka akan memastikan anda menerima pinjaman anda setelah anda menyelesaikan proses pinjaman seperti yang diperlukan.
Mengapa anda tidak menjadi antara berita baik ini dengan menghubungi mereka segera sekiranya anda SANGAT MENARIK untuk meninggalkan perjuangan kewangan anda dan meningkatkan tahap kehidupan anda, berikut adalah EMAIL allglobalgrantloan@gmail.com mereka.
Anda bebas menghubungi saya di EMAIL fradesyriritia12@gmail.com saya untuk maklumat lebih lanjut, saya dengan senang hati akan mendengar anda berkongsi kisah kebahagiaan anda sendiri.
Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati SEMUA PINJAMAN PEMBERIAN GLOBAL kerana memberi saya kegembiraan baru ini.
NAMA Syarikat: SEMUA PINJAMAN GRANT GLOBAL
EMAIL Syarikat: allglobalgrantloan@gmail.com.
Whatsapp Syarikat: +1(304)997-4034
E-mel Saya: fradesyriritia12@gmail.com