Berikut
adalah resolusi Seminar Antarabangsa Islam dan Keamanan Sejagat: Perspektif
Sejarah dan Kontemporar pada hari ini 28 Mei 2016 bertempat di Promenande
Hotel, Kota Kinabalu Sabah, Malaysia yang dianjurkan bersama oleh Majlis Ugama Islam
Sabah (MUIS), Jabatan Hal-ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), United Ngos
Of Islamic World (UNIW) dan Sabah Islamic Future Network (SIFN) dengan
kerjasama Jabatan Mufti Negeri Sabah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Gabungan NGOs Islam Sabah (CONCERN)
yang telah dihadiri oleh Panel Pembentang dan Para-Peserta dari Negara
Malaysia, Indonesia, Kemboja, Turki, Sepanyol, Kenya, Yemen, Bangladesh, Arab
Saudi, Sudan, Algeria, Kazakhstan, Afrika Selatan, Syria, Filipina dan Lubnan.
Resolusi
1
Keamanan
sejagat adalah salah satu teras dalam ajaran Islam. Justeru itu sumbangan
Tamadun Islam dalam mempelopori keamanan sejagat perlu ditelusuri dan dinilai
secara adil dan ilmiah, agar sumbangan ini terus menjadi panduan keamanan
sejagat.
Resolusi
2
Konsep
La Convivencia, The co-existence iaitu hidup bersama dalam
sejarah ketamadunan Al-Andalusia perlu dikaji dan dipromosikan dalam kehidupan
masyarakat moden hari ini.
Resolusi
3
Gambaran
buruk dan prejudis tentang Islam dan umat Islam perlu dihentikan oleh semua
pihak. Gambaran Islam yang sebenar perlu ditonjolkan menerusi sumber sebenar
agama Islam iaitu Al-Qur’an dan Hadith. Disamping pandangan Jumhur Ulama.
Resolusi
4:
Seminar
ini menyeru agar semua pihak merentas sempadan geografi dan silang budaya agar
melakukan gerak kerja secara kolektif untuk mengangkat martabat Islam sebagai
agama keamanan sejagat, melalui penganjuran seminar, konferensi dan dialog
tentang keamanan sejagat. Wacana sebegini perlu disusun dan dilakukan dengan
lebih sistematik.
Resolusi
5:
Seminar
ini turut menyeru agar semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memasukkan kursus
berkaitan peranan Islam dalam mempelopori keamanan sejagat. Seterusnya
menggalakkan kajian ilmiah, perbincangan dan dialog berkaitan Islam dan
keamanan sejagat.
Resolusi
6:
Sebuah
institusi pengajian tentang Islam dan keamanan sejagat perlu dibangunkan untuk
membuat kajian dan penelitian secara ilmiah dan menjadi sumber rujukan
berkaitan isu-isu Islam dan keamanan sejagat.
Resolusi
7:
Institusi
keluarga perlu menjadi “nucleus” dan “catalyst” untuk mendidik faham keamanan
sejagat dan hubungan silang budaya yang harmoni dan saling faham memahami dalam
kehidupan hari ini.
Resolusi
8:
Mencadangkan
agar ditubuhkan sebuah Sekretariat Antarabangsa untuk menyelaras perbincangan,
diskusi, konferensi tentang Islam dan Keamanan Sejagat secara berterusan,
berkala dan merentasi sempadan geografi dan fahaman politik.
Resolusi
9 :
Kajian
tentang isu dan penyelesaian berkenaan keamanan sejagat perlu dibuat secara
berterusan dan disebarkan secara konsisten agar literatur berkenaan berada dalam “main-stream” mempromosikan
keamanan sejagat dan memberi perspektif yang betul tentang Islam dan umat
islam.
Resolusi 10 :
Generasi Muda perlu diberi kefahaman tentang Islam yang sebenar, agar mewarisi
semangat ketamadunan Islam yang pernah menghasilkan ilmu-ilmu Islamiyah yang
tiada taranya, dan telah berjaya melahirkan insan-insan sempurna dari kurun ke
kurun.
Resolusi 11 :
Generasi
muda hendaklah juga dididik dengan hikmah dan adab serta benar-benar insaf
menyedari amanah kepimpinan, dimantapkan
dengan ilmu yang sejati.
No comments:
Post a Comment