Oleh
Milus Hj. Abd. Wahad
Sejarah perjuangan Sharif Ali atau lebih dikenali dalam masyarakt Kota Belud sebagai Embo’ Ali, merupakan catatan penting dalam lipatan sejarah daerah ini. Suatu penentangan yang amat tinggi nilainya, dan sepatutnya menjadi teladan kepada semua warga Kota Belud. Penentangan yang tercetus di Kg. Pandasan, satu perkampungan yang terletak di utara Kota Belud, jalan ke Kudat. Suasana kampung yang tenang dan damai itu telah melakar sejarah terpenting dalam negara ini.
Mengungkap kembali sejarah tersebut adalah amat perlu dan wajar untuk melihat secara mendalam tentang perjuangan beliau bersama-sama dengan pengikutnya di Pandasan pada tahun 1915. Sudah 105 tahun yang lalu peristiwa ini berlaku, namun kita bersyukur kerana sejarah ini tidak mudah dilupakan begitu sahaja. Sejak pembentangan 2006, perbincangan dan perdebatan berkaitan penentangan Embo’ Ali masih hangat dibahaskan di daerah Kota Belud, iaitu daerah tercetusnya peristiwa tersebut dan seolah-olah masa yang diberikan ketika sesi soaljawab dalam seminar tersebut amat tidak cukup.
Masyarakat Kota Belud, sama ada Iranun, Bajau, Dusun, Ubian, Cina dan Banjar atau apa sahaja etnik yang terdapat di Kota Belud turut terlibat dalam perbahasan yang berlaku kini. Medan-medan kedai kopi, warung, majlis-majlis keramaian seperti kahwin dan kenduri-kendara, di facebook iaitu medan maya dan juga program wakil-wakil rakyat di Kota Belud turut dibincangkan. Kegiatan seperti ini amat baik dan positif bagi meningkatkan daya intelektual serta sikap celik sejarah dalam kalangan masyarakt Kota Belud.
Sejarah Embo’ Ali sebagai tokoh pejuang telah membuka minda dan fikiran kita tentang hebatnya beliau dalam mempertahankan hak dan kebebasan sebagai pribumi dan pemimpin. Sewajarnya penghayatan secara mendalam terhadap dasar-dasar perjuangan beliau dijadikan asas utama untuk masyarakat melakukan anjakan paradigma bagi membina bangsa jiwa merdeka. Pengorbanan beliau amat tinggi dan mulia, akhlak beliau serta ilmu yang dimilikinya telah menjadi asas kuat kepada pengikutnya menyokong dan turut mengorbankan diri demi kemuliaan bangsa.
Embo’ Ali telah membelakangkan kepentingan peribadi, tetapi memilih jalan bahaya untuk bangsa. Beliau menolak harta dan pangkat, beliau mengenepikan kesenangan dan kemewahan, dan menyerahkan mati hidup kepada Allah kerana agamanya. Apa yang beliau tinggalkan kepada anak buahnya, harta, pangkat, tanah, atau rumah besar, semua itu tidak berlaku kepada beliau. Embo’ Ali terkorban, darah yang menitis di persada Pandasan, jasad yang terkubur di tanah merdeka Pandasan, pokok-pokok dan sungai menjadi saksi terhadap keikhlasan Embo’ Ali, megah, menghijau, dan merimbun menaungi medan merdeka itu. Sejarah ini telah mengakar dan cuba merimbun dalam masyarakat kini.
Karisma beliau sebagai pemimpin terulung berupaya menyatukan pelbagai etnik menentang pihak Inggeris daripada Syarikat Berpiagam Borneo Utara British yang cuba merampas dan memaksa masyarakat tunduk terhadap kehendak mereka. Namun, Embo’ Ali, dengan tegas serta konsisten tidak sanggup menjual diri, tanah air serta perjuangannya. Embo’ Ali mempunyai harga diri serta maruah, harta bukan taruhannya. Beliau melaungkan slogan ‘lawan tetap lawan’ perdamaian bukan penyelesaian, dan perjanjian bukan jaminan untuk bangsannya merdeka dan bebas. Bagi beliau, bangsa yang merdeka adalah bebas daripada jiwa terjajah, bangsa ada maruah, bangsa bukan peminta, bangsa bukan hamba harta, bangsa bukan pengampu, bahkan bangsanya adalah bangsa mulia, dihormati, dihargai dan bangsa yang berbudi pekerti, beriman, bertaqwa dan berilmu.
Kepimpinan beliau, terserlah bila mana semua anak muridnya dapat bertahan tanpa gerun, walaupun mereka tahu bahawa pertarungan kali ini adalah menentukan mati atau hidup, oleh kerana jiwa merdeka mereka serta semangat pejuang sudah sebati, nyawa bukan lagi perhitungan, dan apa yang penting harga perjuangan, maruah, agama dan bangsa. Embo’ Ali menyerlahkan kredibilti beliau selaku pemimpin ulung, susah senang bersama rakyat, jiwa pejuang beliau telah tercerna dalam diri, ‘biar putih tulang jangan putih mata, biar mati berdarah, jangan hidup merana. Itulah karisma Embo’ Ali dalam perjuangannya yang menjadi pemersatu kepada semua etnik yang sedar akan erti jiwa merdeka.
Biarlah perjuangan beliau lebih 105 tahun yang lalu kekal dan mengakar dalam sanubari kita semua, kita ambil iktibar atas ketegasan beliau. Kepada pemimpin yang mahu mengaku pemimpin, lihatlah bagaimana Embo’ Ali mengutamakan rakyat atau bangsanya sehingga beliau dulu yang terkorban kerana rasa kebertanggungjawaban yang tinggi. Pemimpin sebeginilah yang seharusnya ada pada hari ini, yang sentiasa bersama dengan rakyat sehingga ke liang lahad.

Embo' Ali adalah simbol perjuangan yang perlu dihayati oleh generasi muda dalam mendepani cabaran penjajahan pemikiran. Tahniah atas artikel yg baik ini
ReplyDeleteSatu pengkesaan yang menarik. Sejarah adalah fakta silam. Untuk membuktikannya juga perlu fakta silam. Mendodoi seorang "pejuang" yang bernama Embo Ali, terus terang saya akui, hanya saya ketahui 1-2 tahun ini. Catitan mengenainya tidak banyak, tentu ada suatu yang berlaku mengenai "perang pandasan". Fakta ini lah yang perlu ditonjolkan, pertama kenapa perang itu berlaku? Apa kah akibat perang itu, maka semua suku bersatu dibelakang embo ali? atau kah semua suku telah bersatu lebih dahulu dan menjadikan embo ali sebagai ketua? kemudian baru lah ada perang?
ReplyDeletemelalui pengkesaan yang sistematik.. maka kita dapat menilai, apa kah embo ali boleh dikategorikan sebagai pemimpin "berkarisma"?
Ini lah tantangan pengkaji sejarah?
Pemimpin yang berkarisma, berjiwa pejuang.. pejuang fisabilillah!.. Ada pun waris-waris keluarganya perlu tahu dan patut tahu tentang sejarah masa silam ini.. biar perjuangan yang diperjuangkannya tidak menjadi sia-sia dek kerana nafsu serakah dunia dulu, kini dan selamanya..
ReplyDeleteWajar dibuat kajian secara menyeluruh
ReplyDeleteViral kan sejarah ini... Supaya bakal2 pemimpin akan dtg dpt mengembalikan keharmonian dan membetulkan kesilapan serta menjalankan tnggjwb dgn betul dan ikhlas utk rakyat
ReplyDeletebagi mengelak tanah kota belud dari dilaknat Allah akibat kealpaan pempinan yg memandang ringan tanggungjwbnya keatas rakyat yg menaruh kepercayaan dan harapan yg tinggi kpdnya..agar kejadian bencana alam seperti banjir yg tdk sepatutnya berlaku di tanah yg diliputi bukit(BELUD)Serta dpt menaikkan taraf hidup masyarakatnya melalui peruntukan yg diberikan oleh kerajaan kpd rakyat dengan telus...dan bukan utk kepentingan sendiri atau mana2 PARTI politik beserta koloni2nya..hapuskan parti supaya rakyat kembali bersatu...