SEJARAH

SEJARAH

Monday, June 3, 2019

TOKOH ILMUAN KINI

Hasil carian imej untuk dr siddiq fadzil



Dato' Dr Siddiq Fadzil pada ketika ini adalah Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Ketua Majlis Istisyari Wadah Pencerdasasan Umat Malaysia (WADAH) Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE), Pengerusi Pusat Kajian Maqasid Shariah IDE, Prof Adjung UNISEL juga Pengerusi Akademi Kajian Ketamadunan (AKK). Beliau memperolehi Ph.D. dalam Kebudayaan Melayu dan Falsafah Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia: M.Litt. (Sarjana Persuratan dalam Pemikiran Islam dari Universiti yang sama dan Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya (1974).

Beliau mula melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan dakwah semenjak pengajiannya di universiti dahulu. Beliau pernah memimpin Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di samping Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Beliau kemudiannya menerajui ABIM sebagai Presiden ketiga dari tahun  1983-1991. Mantan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) 2005-2015.

Dato' Dr Siddiq ialah fellow Akademik dan Ketua Panel Penulis modul Pengurusan Tauhidik dan buku Pengurusan Islami: Menghayati Nilai-nilai Qur'ani (YaPEIM). Dalam bidang akademik, beliau telah berhidmat sebagai pensyarah UKM sejak 1974 sehingga 2001. Atas jasa yang beliau telah taburkan, beliau telah menerima Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP).

Ketika ini beliau masih aktif dalam kegiatan dakwah, di samping menulis dan menyampaikan syarahan akademik, khususnya dalam bidang pemikiran Islam, peradaban Melayu, pendidikan Islam dan pengurusan Islam. Antara buku-buku hasil karya beliau ialah: Sejarah Orang Cina di Tanah Melayu; Kebangkitan Umat: Kenyataan dan Harapan; Di Bawah Naungan al-Quran; Mengangkat Martabat Umat; Minda Melayu Baru; Perspektif Qur'ani: Siri Wacana Tematik; Pemerkasaan Bangsa: Peranan Kepimpinan, Agama dan Budaya. Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan I & II; Islam dan Melayu dan  Pembinaan Bangsa: Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan.



TAUBAT SI PENABUR FITNAH

Saad bin Abi Waqash pernah diangkat sebagai Amir di Kota Kufah. Dia telah menjalankan pemerintahan dengan bijak, adil dan baik. Walaupun demikian ada di kalangan manusia yang tidak suka kepadanya telah menabur fitnah dan mengadu kepada Amirul Mukminin Umar bin Khattab ra.

            Untuk mengetahui dari perkara yang sebenarnya, Khalifah telah menhantar seorang penyiasat ke Kufah. Orang ini pergi dari satu masjid ke masjid lainnyauntuk menanyakan hal Saad kepada rakyat Kufah. Semua orang yang ditanya, tidak ada yang mengatakan sesuatu tentang Saad kecuali baik.

            Pada akhirnya utusan Khalifah sampai ke sebuah masjid yang di situ terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Abu Saadah. Lelaki ini mengatakan bahawa Saad bin Abi Waqash tidak membahagi secara adil, tidak ikut ke medan perang pertempuran dan tidak adil dalam memutuskan sesuatu perkara.

            Apabila Saad mendengar tentang fitnah yang ditaburkan oleh lelaki itu, dia berdoa kepada Allah SWT. “Ya Allah, jika seiranya orang itu berkata dengan bohong, maka panjangkanlah usianya, panjangkan kefakirannya dan timpakan beberapa fitnah kepadanya”.

            Ibnu Umair yang menceritakan kisah ini berkata: “Aku melihat lelaki itu dalam keadaan yang sangat tuasehingga bulu alisnya sampai menutup matanya kerana ketuaan. Hidupnya dalam keadaan fakir.”

            Bila dikatakan kepadanya: “Bagaimanakah keadaanmu?”

            Dia menjawab: “Aku telah menjadi orang yang terlalu tua dan menderita. Aku telah terkena doa Saad, oleh kerana itu, aku bertaubat kepada Allah, untuk tidak mengulangi perbuatanku yang suka memfitnah itu.”

By: Kasmuri Selamat M.A
Kisah-Kisah Insan Bertaubat

LinkWithin