SEJARAH
Friday, September 25, 2015
HISTORY OF THE MORO STRUGGLE IN THE PHILIPINES (PART 2)
Monday, September 14, 2015
HISTORY OF THE MORO STRUGGLE IN THE PHILIPINES (PART 1)
Saturday, April 18, 2015
SUDUT PANDANG POLITIK IRANUN DI KOTA BELUD; ANALISIS SEBELUM PRU 13.
- Pada tahun 1983 - 1985, Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia, Wakil Rakyat DUN Usukan, dari Parti USNO dan pembangkang dari suku kaum Iranun.
- Pada tahun 1985 - 1990, Tun Datu Hj Mustapha Datu Harun, Wakil Rakyat DUN Usukan dari Parti USNO dari suku kaum Suluk dan selepas ini DUN Usukan tidak lagi menjadi rebutan antara Bajau dan Iranun.
- Pada tahun 1994 - 1999, Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia, Wakil Rakyat DUN Tempasuk dari Parti AKAR.
- Pada tahun 1999 - 2004, Datuk Hj Musbah Hj Jamli, Wakil Rakyat Parti UMNO dari suku kaum Bajau.
- Pada tahun 2004 - 2008, Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia, Wakil Rakyat DUN Tempasuk Parti UMNO dari suku kaum Iranun.
- Pada tahun 2008 - hinggalah kini, Datuk Hj Musbah Hj Jamli, DUN Tempasuk sebagai Wakil Rakyat.
Tuesday, January 6, 2015
NEGARA DAKWAH:MILIK KERAJAAN SULAYMAN ‘A.S.
(ulasan ringkas daripada Tafsir Maudhuiyy)
Sunday, January 4, 2015
WACANA: USAHAWAN IRANUN BERJAYA
1 Januari 2015, Biro Ekonomi PAGISA telah berjaya menganjurkan Wacana Usahawan Iranun
Berjaya di Novotel 1Borneo, Kota Kinabalu. Wacana ini telah dirasmikan oleh Presiden iaitu Datu Matlan Datu Unjong, antara saranan beliau ialah meminta semua peserta memikirkan sesuatu yang
baik untuk para usahawan dan peniaga Iranun.Beliau juga menegaskan betapa perlunya memupuk sikap kegigihan serta budaya kekitaan antara usahawan. Selain itu, beliau mahu wacana ini dijadikan medan perbincangan serta bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman yang akhirnya mewujudkankan satu kerjasama padu dalam kalangan usahawan dan peniaga.
Dalam wacana tersebut dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu "Iranun: Dalam Tamadun Melayu Nusantara" oleh Sdr. Milus Hj. Abd Wahab dan "Usahawan Islam" oleh Haji Abu Aslam Hj Abdullah. Peserta yang hadir terdiri daripada para usahawan dan peniaga masyarakat Iranun serta para pegawai kerajaan seramai 22 orang.Antara objektif wacana ini ialah;
1. Menyusun dan menyedia medan para usahawan dan ahli perniagaan Iranun berbincang untuk berkongsi maklumat.
2. Tempat memaksimakan upaya diri agar terus bermotivasi dalam mendepani cabaran semasa serta belajar merebut peluang dan mencipta ruang.
3.Ada kumpulan bermakna ada kekuatan, ada keselamatan, ada panduan, ada pengimbang agar semua ahli terus terpimpin.
4. Mewujudkan permuafakatan yang berasaskan iman dan persaudaraan dalam Islam.
5. Membina jaringan mantap dalam kalangan ahli usahawan dan peniaga.
Tajuk: Iranun: Dalam Tamadun Melayu Nusantara.
Oleh: Sdr. Milus Hj Abd Wahab
Ketua Biro Kajian dan Penyelidikan
Persatuan Graduan Iranun Sabah
Dipengerusikan oleh: Sdr. Milus Hj Abd Wahab
Sunday, December 14, 2014
BICARA PUJANGGA
Wednesday, December 10, 2014
KEPIMPINAN DAN PERUBAHAN DALAM MASYARAKAT IRANUN
Friday, December 20, 2013
CATATAN PERTEMUAN DENGAN ALLAHYARHAM DR MUHAMMAD SAID RAMADHAN AL-BOUTY
Wednesday, October 16, 2013
SEPINTAS AMANAT PIMPINAN MUKTAMAR NASIONAL KE 7
Menyingkap Ucapan Presiden WADAH Malaysia, Dato' Dr. Siddiq Fadzil pada Muktamar Nasional Ketujuh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia pada kali ini memfokuskan beberapa elemen penting untuk dihayati serta difahami oleh semua ahli gerakan. Antaranya ialah Perubahan jiwa dan minda yang menekankan kepada kekuatan ilmu yang boleh membawa kepada sikap sedar dan insaf terhadap apa yang sepatutnya dilakukan. Wahyu pertama yang diturunkan kepada ar-Rasul saw adalah 'Iqra' yang telah berjaya membina fikrah insaniyah serta daya intelektual tinggi yang membawa kepada revolusi kemanusiaan seterusnya menyedari hak sebagai hamba serta kehebatan pencipta. Watak manusia yang sentiasa mahukan perubahan, adalah amat perlu menguasai pelbagai disiplin ilmu untuk merubah persekitarannya tanpa melanggar sunnatullah. Fiqh perubahan serta fiqh realiti dua perkara utama yang semestinya difahami secara tuntas dalam melakukan perubahan. Fiqh awlawiyyat perlu difahami untuk merencana sesuatu agenda besar demi maslahat ummah. Kualiti kepimpinan adalah manifestasi terhadap keutuhan perubahan dan sekiranya kepimpinan tidak memiliki kekuatan ilmu, maka perubahan tidak akan dapat bertahan lama. Pembinaan watak insaniah sebagai peneraju perubahan amat penting. Zaman ar-Rasul saw adalah modul penting yang menjadi ikutan atau huswatun hasanah. Baginda memimpin kerajaan Islam selama 23 tahun dan telah berjaya melahirkan watak-watak manusia yang unggul seperti Abu Bakr as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Ibn Affan, Ali Abi Talib, Abdur Rahman Auf dan lain-lainnya. Selain itu, beliau juga menjelaskan isu kepelbagaian aliran pemikiran yang melingkari dunia Islam. Keadaan ini harus dilihat dari sudut positifnya yang mana akan memberi makna besar terhadap kebolehupayaan Islam dalam menanggapi fenomena pluralistik yang sudah wujud serta perlu bijaksana mengurus kepelbagaian perbezaan yang wujud dalam masyarakat. Beliau juga menyentuh secara sinis tentang sistem demokrasi terpimpin yang menjadi amalan dalam politik negara ini. Ketulenan demokrasi yang dicanang tidak juga dipatuhi sepenuhnya kerana kuasa majoriti rakyat tidak juga dihormati. Sistem pilihan raya gerrymandering atau pilihan raya akal-akalan telah mencemar kuasa rakyat sebenar. Ketelusan memaknai demokrasi oleh golongan tertentu amat mengaibkan moral pilihan raya yang tidak amanah serta jujur. Demokrasi dimanipulasi serta dieksploitasi sepenuhnya untuk kepentingan satu kuasa yang meletakkan rakyat keliru dan seterusnya tertipu. Untuk itu, politik para mursalin adalah modul terbaik yang perlu dicontohi oleh pelbagai golongan agar keadilan Islam lebih terserlah kepada rakyat sama ada Islam atau bukan Islam.
Saturday, September 14, 2013
MENELUSURI TOKOH-TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN SABAH
Wednesday, July 17, 2013
MENEROPONG SEPINTAS LALU FAHAM SEKULAR
Tuesday, June 18, 2013
KETERLIBATAN ORANG IRANUN DI KEDAH
Tuesday, January 1, 2013
MISI ISLAMISASI KE KOTA CONSTANTINOPLE SIRI AKHIR
Monday, July 23, 2012
MISI ISLAMISASI KE CONSTANTINOPLE (siri III)
Zaman Khalifah Ar-Rasiyydin
Setelah kewafatan Nabi SAW pada 10H, pemerintahan Islam Madinah diterajui oleh empat orang sahabat baginda yang tersohor iaiatu, Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Ibn Affan dan Ali Abu Talib. Apabila Abu bakar as-Siddiq mengambilalih sebagai khalifah, beliau telah menyelesaikan beberapa masalah yang timbul seperti ‘Peristiwa Bani Sahidah’ iaitu sekumpulan kaum Ansar yang cuba mengambilalih pentadbiran kerajaan Islam Madinah, dan isu ‘Perang Ridda’. Dalam keadaan yang mencabar ini, Abu Bakar as-Siddiq berjaya juga mententeramkan keadaan dan meluaskan lagi pengaruh Islam ke Iraq.
Selepas kewafatan Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab telah mengambilalih pentadbiran kerajaan Islam Madinah, dan beliau telah meluaskan lagi pemerintahannya hingga ke Mesir dan Syria. Tindakan Saidina Umar ini menawan Mesir dan Syria adalah satu laluan mudah untuk umat Islam menghamipiri kota Constantinople. Sedangkan pada ketika itu Islam memiliki kekuatan tentera serta panglima-panglima yang terkenal seperti Khalid al-Walid dan Abu Ayub al-Ansari. Namun Saidina Umar tidak pun menggerakkan tenteranya menuju Constantinople.
Kerajaan Bani Umayyah
Berdasarkan kepada hadis tersebut, maka para sahabat berlumba-lumba membuka Constantinople bagi mendapatkan darjat tertinggi dalam Islam. Syaidina Umar sendiri menaruh hajat terhadap pembukaan kota ini, namun baginda sendiri tidak berkesempatan. Cita-cita pembukaan kota Constantinople diteruskan oleh Mu’awiyah Abu sufyan. Pada tahun 50H, Mu’awiyah telah menyediakan satu pasukan tentera yang dipimpin oleh Busr bin Artah dan Sufyan bin Awf al-Azdi ke Byzantine dan Fadalah bin ‘Ubaydillah al-Ansari di bahagian laut untuk menyerang kota Constantinople. (SahrulAzmi Sidek:2012:92).
Sebelum itu, Abu Ubaidah telah melaksanakan misi ke atas beberapa empayar Rom semasa pemerintaahan Syadina Umar al-Khattab. Beberapa kota terpenting yang berada di bawah empayar Rom telah dibuka semula oleh Abu Ubaidah, dan antaranya ialah Damsyik yang diperintah oleh Raja Jabalah. Ketika Abu Ubaidah menghampiri kota ini, Panglima tenteran Rom Hiraqla telah membantu Raja Jabalah, namun mereka tidak dapat menghalang kemaraan tentera Islam, dan selepas itu menawan kota Baisan, Hims dan kota Aleppo serta Atakiah, (Abdul Latip Talib: 2009:248,249,283,320,321). Tindakan Abu Ubaidah ini merupakan rintis awal terhadap semangat Umat Islam untuk membuka kota Constantinople.
Keghairan umat Islam menawan Constantinople amat tinggi, kerana beberapa bandar utama serta tamadun lain sudah berada dalam penguasaan Islam. Parsi sebuah empayar terbesar juga telah menerima Islamisasi. Dan begitu juga Damsyik atau Syria sudah menjadi pusat pentadbiran kerajaan Bani Umayah yang mmenghubungkan antara Eropah Asia Barat atau Negara-negara Arab.
Kerajaan Bani Abbasiyyah
Setelah kejatuhan kerajaan Bani Umayyah, maka kerajaan Bani Abasiyyah yang telah mengambilalih kuasa tersebut melalui gerakan keluarga Abbas. Gerakan ini dipelopori oleh beberapa kumpulan yang lahir daripada perpecahan tentera Saidina Ali melalui perang Siffin serta Majlis Tahkim. Melalui majlis itu wujud satu kumpulan baru yang dikenali sebagai kumpulan al-Khawarij.
Saturday, July 7, 2012
MISI ISLAMISASI KE CONSTANTINOPLE (siri II)
Asas Islamisasi ke Constantinople
Misi Islamisasi ke kota ini telah lama diutarakan, semasa peristiwa perang Khandak dan pada waktu itu Nabi SAW dengan umat Islam Madinah tengah menggali parit mengelilingi kota Madinah sebagai bentang mempertahankannya daripada serangan kaum Quraisy Makkah. Ketika inilah pencungkil Nabi SAW terkena batu dan mengeluarkan tiga percikan api, dan Nabi SAW mentafsirkan tentang percikan tersebut. Percikan pertama Baginda melihat bayangan di udara Istana Putih di negeri Yaman. Percikan kedua Baginda melihat bayangan Istana Kisra di negeri Parsi, dan percikan ketiga Baginda melihat mahligai raja-raja di Constantinople. (Ab. Hamid Ali: 2011:29). Tafsiran itu diperteguhkan lagi dengan sebuah hadith yang menyatakan tentang bagaimana kota Constantinople dapat ditakluki. Antara kandungan hadis tersebut ialah; ‘Pastilah kamu akan menakluki Constantinople, maka sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya’.
Hadis ini telah menjadi sandaran kuat bagi umat Islam membuka kota ini, bahkan keinginan kuat untuk menawan Constantinople telah dijadikan cita-cita besar setiap pemerintah Islam, yang bermula ketika pemerintahan Khalifah ar-Rasyyidin, Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah dan terakhir Kerajaan Uthmaniyyah. Cita-cita ini terpendam beratus-ratus tahun lamanya dan hanya terlaksana ketika pemerintahan Islam Uthmaniyyah. (bersambung.....)
