SEJARAH

SEJARAH

Wednesday, May 4, 2016

Memperingati Wira Dari Gua; Pemuda-Pemuda Al-Kahfi Dalam Pencitraan Al-Qur'an:- Dato' Dr Siddiq Fadzil

27 Februari 2016, Kolej Dar Al-Hikmah:- Citra sejarah yang direkayasa tidak akan mampu menandingi kejujuran ilmiah! Begitulah antara kesimpulan penting yang diutarakan Dato' Dr Siddiq Fadzil ketika memimpin Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke-76 yang mengangkat tema "Memperingati Wira Dari Gua;Pemuda-Pemuda Al-Kahfi Dalam Pencitraan Al-Qur'an'.
"Citra manusia dalam sejarah boleh berubah kerana ini tertakluk kepada penafsiran semula dari masa ke masa berasaskan perspektif dan sudut pandang yang berbeza dan berubah. Pencitraan palsu oleh media propaganda politik tidak akan mampu bertahan lama kerana dasarnya bukan fakta dan kebenaran. Apa yang selalu dipromosikan sebagai “sejarah” seringkali berupa versi bikinan pemerintah yang didasari motif kepentingan. Sejarah yang direkayasa seperti itulah yang selalu dipenuhi distorsi sehingga menciptakan fenomena tragik ramainya pahlawan yang tidak didendang. Tetapi akan sampai masanya, sejarah bikinan seperti itu tidak mampu berhadapan dengan sejarah tandingan yang berasaskan kejujuran ilmiah!'
Seramai 500 orang telah memenuhi dewan besar Kolej Dar Al Hikmah yang menyaksikan kisah pemuda Al-Kahfi disoroti menerusi aspek sejarah. Ini termasuk fakta bahawa kisah pemuda Kahfi ini kisah anak muda bangsawan, anak-anak elit yang punya segala kemewahan dan kecukupan dunia, berasa bosan dan protes dengan negara yang penuh kebejatan dan kerosakan. "Kisah kehilangan pemuda-pemuda yang protes ini seterusnya menjadi inspirasi kepada seluruh masyarakat! 
"...Pemuda-pemuda al-kahf itu menjadi buruan rejim kuku besi yang mulai merasa tergugat. Bagi kerajaan, mereka adalah “musuh” negara, “pengkhianat” bangsa, dan “perosak” agama. Jumlah mereka memang sangat kecil, hanya beberapa orang, tetapi keberanian mereka menolak agama dan budaya pihak berkuasa tetap menakutkan kerana mereka memiliki potensi besar membenihkan kesedaran rakyat. Justeru, mereka memiliki kekuatan iman, kekuatan fikrah, kekuatan daya tahan dan daya juang yang luar biasa." tambah Dato' Dr Siddiq Fadzil lagi sambil menegaskan "..Generasi yang hidup pada zaman pemerintahan baru inilah yang memiliki kesedaran sejarah tentang kehebatan pemuda-pemuda yang berani bersikap menolak tradisi bejat dan sesat untuk memilih iman dengan segala risikonya. Di mata generasi baru ini, pemuda-pemuda al-kahf bukan lagi orang-orang buruan, tetapi pahlawan yang sangat menginspirasikan. Demikianlah hakikatnya, citra manusia dalam sejarah boleh berubah.

Copy dari Wadah/ABIM/PKPIM

Sunday, April 24, 2016

NAHDAH ASIA: Pembangunan Masyarakat Madani

Gelombang kebangkitan atau Nahdah Asia yang mendapat rangsangan daripada ketangkasan ekonomi yang mengimbangi dan mula mencabar dominasi ekonomi Barat. Tanah Asia yang besar serta kaya dengan sumber alam boleh menghasilkan pasaran yang amat luas dan mampu bersaing dengan negara-negara Eropah.

Dalam beberapa aspek kelemahan struktur ekonomi misalnya Asia Timur masih banyak bergantung kepada teknologi Barat, lemah dari sudut penyelidikan dan belum cukup gigih membangunkan sumber daya manusia. Di kala ekonomi semakin luas dan penghasilan yang besar, namun berlaku kemiskinan dan ketidakadilan sosial yang menjolok mata. Justeru itu Asia tidak boleh mengukur kekayaan dan kejayaan ekonomi sekadar dengan angka dan petunjuk konvensional. Kebangkitan Asia sebagai paksi kegiatan ekonomi sejagat berlaku secara mendadak dan berkesan sekali. Ia amat penting bagi memberi kestabilan dari segi politik, sosial, ekonomi dan budaya.

Meskipun kebangkitan ekonomi Asia sememangnya penting dan mendasar, namun ia hanya suatu dimensi kebangkitan perkasa semula benua Asia yang lebih jauh. Meskipun Asia pernah dijajah oleh berbagai-bagai bangsa yang datangnya dari Barat, namun tidak semua yang dibawa oleh Barat itu memberi impak yang buruk terhadap Asia. Barat juga mempunyai keunikan tamadunnya yang tersendiri. Istilah nahdah mengingatkan kita tentang Renaissance Eropah yang bermula di Florentina, Itali dan merebak ke seluruh benua tersebut, dan seterusnya membina zaman moden yang berlaku sekitar abad ke-14 Masihi. Renaissance tersebut mempunyai sifat tertentu yang bersendikan konsep yang disebutkan oleh sejarawan dan filasuf Amerika, Will Durant sebagai “kemerdekaan berfikir dan kebebasan ikatan moral”. Daya manusia untuk menentukan nasib dirinya yang didewakan itu menyebabkan suburnya perkembangan humanisme sekular yang menyeleweng dari pegangan agama. Pengkaji sejarah tamadun tersebut menegaskan: “Begitu mempersonakan akal yang telah dimerdekakan. Ia menghirup hingga kering segala sumber tuntutan akhlak, tetapi tidak ada penggantinya yang berkesan. Akibatnya ialah penolakan segala kongkongan, maka berlakulah keruntuhan akhlak yang pernah disaksikan oleh sejarah sejak golongan sofis merobek mitos, membebaskan dan menghakis akhlak zaman Yunani purba”.

Justeru itu sementara diakui terdapatnya persamaan antara Nahdah Asia dengan Renaissance Eropah kerana sesungguhnya aliran tersebut melibatkan kebangkitan, misalnya menimba ilham daripada keagungan zaman silam tamadun masing-masing, namun terdapat juga perbezaan asas antara keduanya. Perbezaan paling asas ialah Nahdah Asia berlandaskan agama dan tradisi, bukannya agama yang diwarisi secara taklid dan melulu yang dihasilkan oleh para leluhur sehingga menafikan pencernaan akal sama sekali dan jauh daripada ajaran agama yang sebenar, akan tetapi agama dan tradisi yang digilap semula daripada jelaga zaman lampau agar sinar kerohanian dan ajaran akhlaknya tampak lebih jelas dan semakin bertenaga.

Renaissance Eropah pula didorong oleh semangat pemberontakan. Sewaktu mencari perlambangan untuk mengucapkan ideanya tentang insan, pemikiran Renaissance Eropah telah menghidupkan kembali dongeng purba tentang Prometheus yang disebut dalam mitos Yunani. (Prometheus, menurut dongeng Yunani purba ialah dewa yang memberontak melawan dewa agung Zeus. Beliau mencari api dari Olympus, tempat kediaman para dewa, dan memberinya kepada manusia. Sebagai hukuman Prometheus diikat dengan rantai pada batu besar di mana setiap hari dadanya dirobek oleh seekor helang yang memakan hatinya). Prometheus tidak lagi dilihat dengan jelek, sebagai lambang pemberontakan insan terhadap Tuhan, sebaliknya dipuja sebagai manusia yang bebas daripada peraturan ilahiah dan alamiah. Konsep ini semestinya cukup bertentangan, bukan sahaja terhadap faham Islam berhubung konsep insan sebagai khalifah Allah di bumi (khalifah Allah fi’l-ardh) dan konsep jen dalam ajaran Kung Fu Tze, malah dengan ajaran agama Nasrani yang mengungkapkan insan sebagai Imago Deo atau Pontifex, yang menjadi penghubung antara dunia dan akhirat.

Pemberontakan Eropah terhadap kewibawaan agama dan tradisi zaman Renaissancenya berpunca daripada pengalaman dan sejarah khusus tamadun Barat. Perjuangan pembebasan daripada pemikiran jumud serta kongkongan kuasa kejam sudah tentu munasabah dan sah. Tetapi kebebasan boleh disalahgunakan, malah dijadikan sebagai dalih untuk melakukan fasad yang tentunya menimbulkan huru-hara dan membiakkan budaya nafsu secara berleluasa.

Sewaktu menerajui Nahdahnya, Asia perlu meneliti pengalaman Renaissance di Eropah untuk menolak unsur yang menjadi racun kepada tamadun moden, sekaligus menjadikannya sebagai sempadan. Nahdah Asia perlu menggabungkan pertumbuhan ekonomi dengan penyegaran masyarakat berlandaskan satu tasawwur kesempurnaan, yakni masyarakat yang dipupuk dengan nafas kebenaran dan mencintai ilmu, keadilan dan ihsan, iaitu masyarakat yang saling menghormati dan menganjurkan kesabaran, yang mengimbangi kebebasan dengan tanggungjawab. Hal ini amat penting kerana kepercayaan dan amalan agama di Asia bukan terbatas sebagai panduan hidup untuk diri perseorangan semata-mata, malah merupakan nadi kehidupan masyarakat. Sesungguhnya, agamalah yang berhasil menampilkan Asia sebagai benua yang memiliki segala kepelbagaian, mempesona dan menakjubkan. Maka pengisbatan keimanan dan penyegaran prinsip dan kenyataan jamak budaya tetap menjadi ciri utama Nahdah Asia.

Nahdah Asia juga amat menekankan keperluan memahami keutamaan masyarakat agar tidak terseret dalam pertelingkahan furuk dan masalah ranting. Keutamaannya ialah memelihara tata kemasyarakatan kerana tanpanya kekacauan akan bermaharajalela. Asia yang muncul sebagai naga ekonomi, perlu bergerak untuk membina kekuatan moral dalam pembentukan desa sejagat. Masyarakat Asia sepakat mengatakan bahawa perkembangan masyarakat madani yang subur memerlukan ekonomi yang kukuh dan tangkas agar kestabilan dapat dicapai. Kestabilan yang dimaksudkan semestinya memberikan keadilan kepada masyarakat. Tidak akan ada keadilan jika individu ditekan dan hak asasinya ditekan. Keadilan juga tidak akan wujud apabila seluruh masyarakat terperangkap dalam kancah perang, kekejaman dan pembunuhan. Ia tidak akan tercapai apabila 85 peratus kekayaan dunia hanya dapat dinikmati oleh 20 peratus penduduk dunia. Kita juga tidak akan dapat menghidu kemuliaan dan keadilan selagi tatadunia dikuasai oleh sekelompok penguasa yang menyerukan demokrasi dalam negara tetapi menodainya dari luar.

Masyarakat madani yang kita bayangkan ialah mempunyai prinsip akhlak yang mantap dan pemerintahan berlandaskan hukum, bukan oleh nafsu manusia yang tidak menentu. Agama merupakan sumber kekuatan umat Asia dan akan terus menjadi benteng pertahanan dalam menangani cabaran keruntuhan akhlak dan kegoyahan sendi masyarakat. Pandangan hidup Asia dan sumber warisan akliahnya akan memberi arah tersendiri terhadap pertumbuhan masyarakat madaninya. Khususnya, konsep manusia sebagai makhluk berakhlak dan memilik unsur mutaaliah (transcendent) yang memiliki hak asasi yang sebati dengan dirinya, bahkan terikat dengan tanggungjawab kepada Tuhan, keluarga, sesama manusia dan alam.

- Sumber : Gelombang Kebangkitan Asia’,  Anwar Ibrahim

oleh
Mohd. Nur Fahmie Ikhwan Milus

Saturday, April 2, 2016

KERUNTUHAN INTEGRITI: PERANAN GERAKAN ISLAH(Memahami pesan islahi dalam surah Hud)


Risalah para rasul sepanjang sejarah semuanya berpaksi pada tauhid (mengesakan Allah) dengan segala implikasinya. Kerana itu Dr. Taha Jabir al-Elwaniy dalam gagasan maqasid al-shari`ah-nya (al-maqasid al-`ulya al-hakimah) meletakkan tawhid sebagai objektif utama syari`at, di samping tazkiyah (penyucian jiwa manusia) dan `umran (pentamadunan bumi/alam). Maqasid al-shari`ah (objektif utama syari`at) pada hakikatnya adalah nilai-nilai universal yang terumus pada satu kata: maslahah dalam pengertian pemeliharaan dan pengembangan kepentingan dan manfaat umat keseluruhannya (masalih al-`ibad).
Untuk merealisasikan objektif maslahah, diperlukan penampilan manusia yang salih dan muslih (manusia yang baik dan mampu memperbaiki yang lain). Lawan bagi kata maslahah ialah mafsadah (kerosakan). Sejarah manusia banyak diwarnai perlawanan antara al-muslihun (pejuang maslahah/islahumat keseluruhannya) berhadapan dengan al-mufsidun (pelaku mafsadah/fasad)yang menindas dan mengeksploitasi massa rakyat semata-mata demi kepentingan diri.
Petikan ayat-ayat dari surah Hud memberikan pemerian tentang perlawanan Nabi Shu`ayb `a.s. terhadap gejala fasad dalam kehidupan masyarakat zamannya, khususnya al-fasad al-iqtisadiy (kerosakan di ranah ekonomi) akibat keruntuhan integriti moral warga Madyan, terutama para elit ekonominya.
Sifat materialistik, tamak, rakus dan mementingkan diri telah menjadikan mereka “binatang-binatang ekonomi” yang berleluasa mengeksploitasi rakyat kecil menerusi pelbagai bentuk penindasan, penipuan dan pengkhianatan urus-niaga. Agenda islah Nabi Shu`ayb `a.s. bertolak dari pembangunan `aqidah (tawhid) yang berlanjut pada penegakan nilai amanah dan keadilan dalam kehidupan sosial umat, khususnya dalam bidang ekonomi. Perjuangan islahi Nabi Shu`ayb `a.s. melawan kebejatan perilaku bisnes warga kota Madyan seharusnya dapat memugar semangat dan komitmen islahi, dan seterusnya mengilhami penggagasan sebuah model ekonomi berasaskan iman (faith-based), berteraskan nilai integriti (the economics of integrity).

WADAH PUSAT

Friday, September 25, 2015

HISTORY OF THE MORO STRUGGLE IN THE PHILIPINES (PART 2)

C. The arrival of Christianity imposed by the Spaniards

       On September 20, 1519 Ferdinand Magellan commissioned by King Charles I of Spain leading an expedition of 250 men in five ships looking for the “Spice Island”. On March 31, 1521, they disembarked at the islet of Limasawa south of leyte, and there Magellan celebrated the first Catholic mass in the Philippines. From here the conquest or conversion of Christianity of the various island was effected, except the Mactan islan under Rajah Lapulapu who chose fire and blood to abject submission. In the famous Battle of Mactan on April 21, 1521 the Spaniards, despite superiority of their weapon were utterly routed. With his own hand, Raja Lapulapu slew Magellan. After the debacle of Mactan, Charles I sent three more expeditions in 1525, 1526, and 1527 but all ended in dismal failure. In 1542, Charles I fitted an expedition under the command of Ruy de Villaobos with the specific order to establish permanent settlement in the Philippines. Villalobos in the company of four Augustinian priests disembarked on Sarangani south of Mindanao. Because of the stiff hostility of the Moros the Spaniards hurriedly left. On their way home, Bernardo de laTorre, one of the crew, while passing by the islands of Samar-Leyte, gave to these islands the name Filipinas in honour of Philip, the then Spanish crown prince. The name was later applied to the entire archipelago and was Anglisized by the Americans to its present from Philippines. In 1556 Philip II ascended the throne and made it an official policy to colonize the Philippines. On April 27, 1565 the Spaniards under the command of Miguel Lopezde L to colonize the Philippines. On April 27, 1565 the Spaniards under the command of Miguel Lopezde Ligazpi landed in Panay and from there wrested the Visayan island, one after the other. After securing these areas, Ligazpi sent Captain Martin de Goiti to Lozun.

       Commanding the Spanish troops was Captain Martin de Goiti, while Rajah Sulaiman was leading the native defenders. True to his words, reminiscent of the Islamic slogan “Victory or Martyrdom” Rajah Sulaiman prepared martyrdom than to submit to the Spaniards. At the Battle of Tondo shore, on June 3, 1571 Rajah Sulaiman perished. After the fall of Manila the Spaniards then became the new master over Luzon and Visayas.

       In the year 1578 the Spaniards focused their eyes to Mindanao and Sulu. General Francisco de Sande instructed Captain Rodrigues de Figueroa the siege of Sulu in June 1578 and Mindanao in April 1596. This marked the virtual declaration of war by Spain against the Moro of Mindanao and Sulu which was to drag on and remain undecided for more than three hundred years. Series of bloody encounters took place in this period. The Christianized natives of Luzon and Visayas were used by the Spaniards to fight against the Moros. The created a deep feeling of animostyfeeling of animosity between the Endioity between the Endios now the Filipimnow the Filipino people in one hand, and the Bangsamoro people in the other hand. Sultan Buddiman Pangiran of Sulu and the reigning Sultans after him and Sultan Dipatuan Muhammad Qudrat of Mindanao and his successors after him were the heroes of such Jihad in keeping the World of Allah Supreme, until the Spaniards were ejected from the Philippines by the Americans in 1898.


       Despite the more than three hundred years of Spanish invasion of the Philippines, the Moros of Mindanao and Sulu remained intact in defending their faith and never subdued to the enemy. This is substantiated by the fact of their survival as Muslims (the Bangsamoro) distinct from the Christianized Filipinos of Luzon and Visayas.

Monday, September 14, 2015

HISTORY OF THE MORO STRUGGLE IN THE PHILIPINES (PART 1)

By : Ustaz Abu Hurairah Abdul Rahman
       Mufti Besar Mindanao.

A.      The Bangsamoro before the arrival of Islam

The pre-Islamic Moro social structure had three classes: the datus or chiefs, the commoners or citizens, and the slaves. The title datu embodies both political function and social status. Generally, the right to rule hinged on direct descent from the ruling class. However, by exceptional bravery or victory in war, a commoner could become a datu, in case of slave he could buy his liberty by paying a stipulated amount. Generally, the datus were of equal status or footing. However, one could emerge superior to the other by force of arms, or bravery in war. The real of the datu was more or less equal to that of a contemporary village of the Spanish-type barrio. However, there was no common term for this political unit, knowing that the Moros speak at least thirteen languages or dialects, most of which were mutually unintelligible.

The economy was based on agriculture, weaving, pottery-making, blacksmithing and fishing. In commerce, barter system was in use, for money was not yet invented.

The then people of Mindanao and Sulu wereu were a animists.

B.      Arrival of Islam

How Islam came to Mindanao and Sulu is a complex question that cannot e addressed by a simple answer. However, it is historical fact that after the death of Prophet Muhammad (peace be upon him) about 623 AC, a general expansion of Islam ensued. Either through missionary effort or military victories, the Islamic world extended to West across the continent of Africa up to Spain, and to the East it encompassed the Indian continent up to Southeast Asia and then to Mindanao and Sulu. Many historians seem agree that the coming of Islam to Mindanao and Sulu was the result of the missionary activities of Arab traders and teachers or Sufis who came along the trade routes.

As regards the date of the arrival of Islam in Mindanao and Sulu, some historians say that it was earlier than the closing years of the fourteenth century. This is in the light of the discovery of a tombstone on the slope of Bad Datu, Sulu, in the year 710 AH, with corresponds 1310 AC, bearing the name of the deceased Maqbalu. Also in Sulu, an Arab known locally as Tuan Mashaika was credited with having founded the fisrt Muslim community. Later , in 1380 AC another Arab, Makhdum Karim reverently called Sharif Awliya Islamized a large number of inhabitatans. Makhdum founded the fist mosque in the Philippines a Tubig-Indangan in Simunul Island.

In 1390 AC, Rajah Baguinda arrived and continued the work of Makhdum Karim. By this times, a flourishing Muslim community in Sulu evolved and by the middle of the following century the Sulu Sultanate  was established. The fisrt crowned Sultan was Syed Abu Bakar, an Arab from South Arabia. Upon his ascension to the thron, Abu Bakar used the regal name Sharif Hashim.

In Mindanao, around the year 1460 AC, local genealogies speak of a certain Sharif Awliya from Johore came to the Island. On the hill of Tantawan now in Cotabatu City, he married a maiden. They begot a daughter by the name Paramisuli. Another Arab, Sharif Maraja, also from Johore came and got marrief with Paramisuli.

Around the year 1475 AC, Sharif Muhammad Kabungsuan also claimed to be Hashimite descendant is credited as the most instrumental in the propagation of Islam in Mindanao. Out of  his marital union with the local maidens, the Maguindanao Sultanate came to existence. The Sulu Sultanate realm had extended to embrace Palawan and some part of Borneo. While the Sultanate of Maguindanao had embraced the main island of Mindanao and some parts of Visayan island.

       At the last years of the fifteen century Islam has already headway in many parts of the Philippines. It was carried directly from of via Sulu and Mindanao by preachers, trades or voyagers from Borneo who settled among the inhabitants in the North (now Manila and surrounding provinces). What is metropolitan Manila today was formerly the bastion of Islam. Manila was ruled by Rajah Sulaiman jointly or assisted by his uncle Rajah Matanda, and Tondo was under the rule of Rajah Lakandula. And so were Cebu and Mactan of Rajah Humbon and Raja Lapulapu.

       The then political institution called Sultanates were of centralized government patterned after the Arabian model. The realm was headed by the Sultan. Below the Sultan was the heir-apparent crown prince, and in the lower tier of the hierarchy were the administrative officers or the ministers, the judge or Qadi as head of the Judiciary or agama court. In brief, the then political institution of the Sultanates of Maguindanao and Sulu was Islamic.

Saturday, April 18, 2015

SUDUT PANDANG POLITIK IRANUN DI KOTA BELUD; ANALISIS SEBELUM PRU 13.

Fokus penulisan pada kali ini lebih tertumpu kepada kegiatan politik masyarakat Iranun di Kota Belud dari kaca mata BN. Sebagai menjelaskan polarisasi masyarakat Iranun di daerah ini, suku kaum Iranun berjumlah sekitar 15,000 orang, dan  yang boleh mengundi sekitar 8,000 orang di DUN Tempasuk dan Usukan. Mengikut data Suruhan Jaya Pilihanraya pengundi masyarakat Iranun lebih ramai bertumpu  di Tempasuk, sekitar 5,500'orang berbanding di Usukan sekitar 2,500 orang. Kedudukan pengundi di tiga DUN iaitu Tempasuk, Kedamaian dan Usukan, Tempasuk mempunyai jumlah pengundi seimbang antara tiga kaum. Oleh itu, untuk mendominasi satu-satu DUN, masyarakat Iranun tidak memiliki peluang seperti masyarakat Bajau dan Dusun yang menguasai sepenuhnya Usukan dan Kedamaian.

Untuk melihat secara terperinci lagi, masyarakat Iranun hanya mendiami secara majoriti beberapa buah kampung seperti, Kg. Payas-Payas, Kg. Liang, Kg. Peladok dan Kg. Pantai Emas terletak dalam DUN Usukan, manakala Kg. Kota Peladok, Kg. Rudang, Kg. Merabau, Kg. Kota Bongan, Kg. Tawadakan, Kg. Tamau, Kg. Pintasan, Kg. Kayu Putih, Kg. Nanamun, Kg. Rampayan Laut, Kg. Keguruan, dan Kg. Rampayan Ulu terletak dalam DUN Tempasuk. Bagi penempatan yang didiami secara campuran seperti Kg. Pandasan dan Kg. Sarang dalam DUN Tempasuk, bagi Kg. Tandu Watu dan Kg. Umpul ianya terletak dalam DUN Usukan.

Berdasarkan data-data tersebut menjelaskan bahawa peluang politik masyarakat Iranun adalah tipis dan tidak memiliki kekuatan serta keistimewaan seperti Bajau dan Dusun. Kawasan yang selesa untuk masyarakat Iranun tidak wujud dalam persempadanan pilihan raya. Pada tahun 1994, berlaku perubahan persempadanan pilihan raya, kawasan Iranun terlibat secara besar-besaran. Perkampungan seperti Kota Peladok dan Merabau dipindahkan ke kawasan DUN Tempasuk supaya lebih ramai orang Iranun di kawasan ini. Namun strategi ini tidak menguntungkan kuasa politik Iranun berbanding antara Bajau dan Dusun yang lebih majoriti di Usukan dan Kedamaian, di mana kuasa politik Bajau dan Dusun tidak dapat dicabar oleh suku kaum lain.

Oleh itu, berdasarkan beberapa siri pilihan raya di Kota Belud telah mencatatkan bahawa suku kaum Iranun  hanya berpeluang menjadi Wakil Rayat melalui pilihan raya di Usukan dan Tempasuk dalam tempoh yang tidak lama serta silih berganti antara Bajau, Suluk dan Iranun seperti yang tertera di bawah ini;


  1. Pada tahun 1983 - 1985, Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia, Wakil Rakyat DUN Usukan, dari Parti USNO dan pembangkang dari suku kaum Iranun.
  1. Pada tahun 1985 - 1990, Tun Datu Hj Mustapha Datu Harun, Wakil Rakyat DUN Usukan dari Parti USNO dari suku kaum Suluk dan selepas ini DUN Usukan tidak lagi menjadi rebutan antara Bajau dan Iranun.
  1. Pada tahun 1994 -  1999, Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia, Wakil Rakyat DUN Tempasuk dari Parti AKAR.
  1. Pada tahun 1999 - 2004, Datuk Hj Musbah Hj Jamli, Wakil Rakyat Parti UMNO dari suku kaum Bajau.
  1. Pada tahun 2004 - 2008, Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia, Wakil Rakyat DUN Tempasuk Parti UMNO dari suku kaum Iranun.
  1. Pada tahun 2008 - hinggalah kini, Datuk Hj Musbah Hj Jamli, DUN Tempasuk sebagai Wakil Rakyat.
Data Pilihan Raya 2008 bagi DUN Tempasuk, menunjukkan masyarakat Iranun telah memberikan undi kepada BN 1,820, manakala PKR 2,132. Angka ini telah merisaukan BN dan menjejaskan peluang untuk orang Iranun sebagai calon pada PRU13 yang lalu. Analisis ini turut mempengaruhi keputusan pusat untuk memilih orang Iranun sebagai calon BN pada pilihan raya 2013. Menjelang PRU14, apakah BN akan memberi peluang kepada orang Iranun dicalonkan dalam DUN Tempasuk nanti, namun orang Iranun lebih berpeluang dalam Pakatan Rakyat sebagaimana al-Fadhil Ust. Awang Laiman menjadi calon Pakatan Rakyat di DUN Tempasuk.

Justru itu kuasa politik Iranun tidak lagi menjadi ancaman kepada suku kaum lain sama ada Dusun dan Bajau. Dalam DUN Tempasuk itu sendiri tidak lagi wujud dominasi sesuatu kaum, bahkan kawasan ini lebih terbuka sifatnya kepada ketiga-tiga kaum tersebut dan paling mudah ialah apabila dua kaum bergabung, maka kaum yang satu pasti akan menerima padahnya.


Merujuk kepada data itu, maka ianya turut menjejaskan peluang orang Iranun untuk bersaing dengan masyarakat Bajau dan Dusun bagi DUN Tempasuk. Orang Iranun kehilangan peluang ini walaupun berdasarkan formula 2-1-1 yang pernah dicetuskan sebagai persefahaman kaum dengan harapan setiap kaum memiliki wakil rakyat di setiap DUN. Formula 2-1-1 bukan lagi menjadi tuntutan sosial atau undang-undang yang wajib dipatuhi, namun ianya hanya sebagai persefahaman sekiranya masih relevan.

Hakikatnya masyarakat Iranun tidak memiliki peluang seperti kaum Bajau dan Dusun. Beberapa pandangan menjelaskan bahawa suku kaum Iranun adalah ancaman kepada Barisan Nasional, atas alasan masyarakat ini lebih cenderung kepada parti pembangkang berdasarkan sokongan masyarakat Iranun terhadap PAS khususnya di Kg. Tamau. Walau bagaimana pun hujah ini tidak boleh dijadikan sebab utama untuk menidakkan DUN Tempasuk diberikan kepada kaum Iranun.

Selain itu, ada juga pandangan bahawa amalan politik perkauman dalam BN mestilah ditinggalkan dan boleh menjejaskan peluang BN untuk menang dengan mudah. Sesiapa sahaja yang menang dalam pilihanraya dia juga adalah wakil yang diterima semua kaum dan pada masa yang sama dapat memperkukuhkan proses asimilasi antara kaum demi untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

Tuesday, January 6, 2015

NEGARA DAKWAH:MILIK KERAJAAN SULAYMAN ‘A.S.

Bicara kali ini adalah merujuk kepada sebuah kisah dalam al-Quran Surah al-Naml yang telah meriwayat kisah Nabi Sulayman ‘a.s., iaitu sebuah kerajaan yang hebat serta mendapat keberkatan daripada Allah swt. Kerajaan Nabi Sulayman ‘a.s. merupakan suatu kerajaan besar kerana kehebatan Nabi Sulayman ‘a.s. mengurus dan mentadbir negara tersebut dengan cara bijaksana, adil dan bertertib. Baginda berupaya menguasai seluruh makhluk yang berada di muka bumi ketika itu. Kehebatan Sulayman ‘a.s. ini telah menggerunkan sesiapa sahaja sama ada kawan atau lawan, namun apa yang dipertontonkan oleh baginda ialah sifat ketaatan kepada penciptaNya, walaupun ianya memiliki sebuah kerajaan yang besar. Dalam Surah al-Naml, ayat ke 16;

             “Dan Sulayman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulayman berkata: “Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu(yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata”

Nabi Sulayman memiliki dua darajat iaitu sebagai nabi dan ketua negara, walaupun begitu, Nabi Sulayman tidak berasa angkuh serta takbur, bahkan baginda merasa rendah diri kepada penciptanya. Dalam surat baginda kepada Balqis iaitu ketua kerajaan Saba’, ayat ke 30 dan 31;

             “Sesungguhnya (surat) itu dari Sulayman yang isinya, “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Janganlah engkau berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri”.

Surat baginda kepada Balqis yang dimulai dengan ayat ‘Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang’, adalah merujuk kepada rasa rendah diri kepada pencipta. Nabi Sulayman telah meletakkan Allah swt sebagai tunjang kekuatan kerajaannya iaitu mengisbatkan Allah sebagai tuhan yang Esa yang sepatutnya disembah, bukannya menyerahkan diri kepada makhluk lain.

Kenapa Nabi Sulayman ‘a.s terlalu mengambil berat terhadap kerajaan Balqis?, di situ dapat dilihat bagaimana Nabi Sulayman menjadikan negaranya sebagai ‘Negara Dakwah’, iaitu mengajak manusia supaya kembali kepada pencipta iaitu Tuhan sekalian alam. Kerajaan Balqis telah mencabuli sifat kehambaannya, sehingga dia lupa kepada asal usulnya, dia alpa terhadap perjanjiannya ketika berada dalam alam roh.
Misi Nabi Sulayman ‘a.s ialah mengembalikan manusia kepada fitrah kehambaan iaitu makhluk yang dicipta oleh yang Maha Pencipta. Balqis tersasar daripada natijah insan yang bersifat hamba, sehingga Balqis dan rakyatnya mengenepikan kekuasaan Allah swt sebagai tuhan sekalian alam. Berita yang dibawa oleh burung Hudhud tentang kehebatan kerajaan Balqis iaitu sebuah kerajaan yang berada berada dalam kesesatan, dan telah menarik perhatian Nabi Sulayman ‘a.s.
Komitmen Nabi Sulayman ‘a.s menyelamatkan Balqis dan rakyatnya daripada tersesat jauh, merupakan salah satu misi rabbaniy yang diamanahkan kepada beliau sebagai utusan iaitu nubuwah. Laporan Hudhud amat menyentuh hati nurani Nabi Sulayman, lalu beliau mengambil tindakan untuk membawa kembali Balqis dan rakyat jelatanya menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Baginda Sulayman ‘a.s telah menulis surat kepada Balqis sebagai satu peringatan.
Surat peringatan itu dimulai dengan al-basmalah yang merujuk tentang pentauhidan Allah swt (‘Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang’). Balqis yang sedar akan kehebatan kerajaan Nabi Sulayman memilih untuk berdamai daripada berperang dengan menghantar hadiah-hadiah lumayan untuk melembutkan Nabi Sulayman agar tidak akan melanggari kerajaan beliau, ayat 35 menyatakan;
“Dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah, dan (aku akan) menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan itu”.
Persis hadiah tersebut tidak menarik perhatian baginda, bahkan baginda dengan tegas menempelak akan hadiah itu di hadapan utusan Balqis, ayat 36 menjelaskan;
             “Maka tatkala utusan itu sampai kepada Sulayman, ia (Sulayman) berkata, ‘Apakah (patut) kamu menolong aku dengan harta? Maka apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikan-Nya kepadamu; tetapi kamu berasa bangga dengan hadiahmu”.
Nabi Sulayman ‘a.s telah menetapkan pendirian, bahawa harta bukan tututannya, bukan juga sebagai galang ganti terhadap misi nubuwah. Sulayman ‘a.s telah pun memiliki kekayaan yang besar yang tiada taranya dan yang dianugerahkan oleh Allah swt. Apa yang dipinta oleh Sulayman ‘a.s ialah Balqis dan seluruh kerajaannya mestilah beriman kepada Allah swt.
Penolakan terhadap hadiah-hadiah lumayan itu, memperlihatkan mesej sebenar Sulayman ‘a.s bukannya semata-mata politik duniawi, tetapi adalah persoalan dakwah iaitu mengajak manusia kepada keimanan yang tulus kepada Allah swt, yakni pembebasan mutlak manusia dari belenggu kesesatan dan kejahilan.  Kerana manusia apabila lupa kepada misi insaniyy, maka ianya akan tersasar daripada tujuan murni sebagai ‘khalifa’ di muka bumi yang membawa manusia kepada kesejahteraan dunia dan kebahagiaan akhirat.

(ulasan ringkas daripada Tafsir Maudhuiyy)

Sunday, January 4, 2015

WACANA: USAHAWAN IRANUN BERJAYA

1 Januari 2015,  Biro Ekonomi PAGISA telah berjaya menganjurkan Wacana Usahawan Iranun Berjaya di Novotel 1Borneo, Kota Kinabalu. Wacana ini telah dirasmikan oleh Presiden iaitu Datu Matlan Datu Unjong, antara saranan beliau ialah meminta semua peserta memikirkan sesuatu yang baik untuk para usahawan dan peniaga Iranun.

Beliau juga menegaskan betapa perlunya memupuk sikap kegigihan serta budaya kekitaan antara usahawan. Selain itu, beliau mahu wacana ini dijadikan medan perbincangan serta bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman yang akhirnya mewujudkankan satu kerjasama padu dalam kalangan usahawan dan peniaga.

Dalam wacana tersebut dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu "Iranun: Dalam Tamadun Melayu Nusantara" oleh Sdr. Milus Hj. Abd Wahab dan "Usahawan Islam" oleh Haji Abu Aslam Hj Abdullah. Peserta yang hadir terdiri daripada para usahawan dan peniaga masyarakat Iranun serta para pegawai kerajaan seramai 22 orang.

Antara objektif wacana ini ialah;

1. Menyusun dan menyedia medan para usahawan dan ahli perniagaan Iranun berbincang untuk berkongsi maklumat.
2. Tempat memaksimakan upaya diri agar terus bermotivasi dalam mendepani cabaran semasa serta belajar merebut peluang dan mencipta ruang.
3.Ada kumpulan bermakna ada kekuatan, ada keselamatan, ada panduan, ada pengimbang agar semua ahli terus terpimpin.
4. Mewujudkan permuafakatan yang berasaskan iman dan persaudaraan dalam Islam.
5. Membina jaringan mantap dalam kalangan ahli usahawan dan peniaga.

Di akhir wacana itu, para peserta telah bersetuju untuk menubuhkan Dewan Perniagaan Iranun sebagai satu wadah menyatukan para usahawan dan peniaga. Para peserta juga turut memberikan pandangan berkaitan perlunya satu wadah khas untuk usahawan dan peniaga Iranun merujuk serta berkongsi maklumat.

TENTATIF PROGRAM

7.30     pagi    :Pendaftaran

8.00     pagi    :Bacaan Doa
                      Oleh: Ustaz Abd Wahab Siddik

8.15      pagi   :Ucapan aluan
                      Oleh: Sdr. Milus Hj Abd Wahab
                      Pengerusi Penganjur

8.30     pagi    :Ucapan Perasmian
                      Oleh: Datu Matlan Hj Datu Unjong
                      Presiden
                      Persatuan Graduan Iranun Sabah

9.00    pagi     :Slot 1
                      Tajuk: Iranun: Dalam Tamadun Melayu Nusantara.
                      Oleh: Sdr. Milus Hj Abd Wahab
                      Ketua Biro Kajian dan Penyelidikan
                      Persatuan Graduan Iranun Sabah

9.40     pagi    :Rehat/minum

10.00   pagi    :Slot 2
                      Tajuk: Keusahawanan Islam
                      Oleh: Tuan Hj Abu Aslam Hj Abdullah
                      Ketua Biro Ekonomi dan Perniagaan
                      Persatuan Graduan Iranun Sabah

10.40   pagi    :Perbincangan dan Pembentangan Resolusi
                      Dipengerusikan oleh: Sdr. Milus Hj Abd Wahab

Sunday, December 14, 2014

BICARA PUJANGGA

Di bumi ini ku bersumpah
Ku seru pujangga bermadah
Bicara Iranun di persadah
Sharif Usman bangkit lagi
Teluk Marudu jadi saksi
Di mana tertera sebuah peristiwa
Menentang durjana penjajah
Membelit maruah agama
Merata segala bangsa

Datu Mamuda jiwa merdeka
Mat sator tetap setia
Kamunta berpencak gagah
Sharif Ali penutup citra
Sebuah sejarah bangsa
Perlu ditelaah
Agar anak muda tidak derhaka
Terhadap warisan bangsanya
Membela walau di mana jua

Wahai anak muda
Lihatlah bangsamu
Tanahnya hampir berkecai
Hartanya sudah tergadai
Hidupnya separuh mamai
Jiwanya tiada nilai

Bangkitlah wahai pejuang
Jangan jadi petualang
Bangsamu semakin hilang
Dunianya kian kelam
Semangatnya hampir padam
Imannya akan karam

Nukilan: Milus Hj Abd Wahab

Wednesday, December 10, 2014

KEPIMPINAN DAN PERUBAHAN DALAM MASYARAKAT IRANUN

Apabila membicarakan kepimpinan dan perubahan, maka pembicaraan itu tidak akan terpisah dengan beberapa persoalan masyarakat yang berlaku sama ada dulu dan kini. Masyarakat Iranun kini adalah berbeza dengan masyarakat Iranun yang lampau dan begitu juga gaya berfikir mereka juga pastinya amat berbeza. Kehebatan masyarakat Iranun mendepani cabaran zaman sebelum penjajah pastinya berbeza dengan era penjajahan dan begitulah seterusnya hingga kini. Situasi ini dipengaruhi oleh aspek 'kepimpinan' dan 'perubahan' yang sentiasa berlaku sepanjang zaman.

Apa pun yang terjadi, masyarakat Iranun tidak boleh dipisahkan daripada sejarahnya sendiri. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Iranun terikat dengan pemikiran 'animisme' yang banyak bergantung penuh kepada faktor persekitaran. Mereka hidup dengan suasana ketahyulan yang melingkari pemikiran serta pembinaan watak masyarakat yang bersifat 'fata morgana'. Ketika ini masyarakat dipimpin mendewa-dewakan alam semula jadi serta memujanya sebagai satu kuasa spiritual. Keterikatan masyarakat terhadap kuasa alam telah melahirkan watak pemimpin yang bersifat mistik yang autokratik.

Setelah kedatangan Islam pemikiran masyarakat terus berubah kerana faktor kepimpinan yang turut membawa perubahan. Islam telah membebaskan pemikiran serta jiwa raga masyarakat Iranun daripada terus terbelenggu dengan kuasa alam. Perkara ini telah disebut oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya 'Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu', di mana al-Attas menyatakan bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu telah merubah dimensi budaya serta watak Melayu itu sendiri. Perubahan yang berlaku dalam dunia Melayu ini tidak tertumpu kepada sesuatu kaum, tetapi rumpun Melayu itu sendiri termasuklah 'Iranun'. Kepimpinan Melayu yang dibina atas prinsip Islam ini telah melingkari gugusan kepulauan Melayu turut terkesan, di mana kemunculan Islam ini telah dilihat oleh Barat sebagai ancaman baru terhadap misi 'westernization'. Islam yang hadir dalam dunia masyarakat Iranun memberi impak besar terhadap kepimpinan. Perubahan secara mendadak ini dirantai dengan misi 'islamization' yang berjaya meletakkan masyarakat Iranun dalam peta alam Melayu. 

Dewasa ini masyarakat Iranun turut mengalami proses perubahan, sama ada berkaitan politik, ekonomi, pendidikan atau sosial. Oleh itu, transformasi kepimpinan perlu berlaku dalam masyarakat dengan segera agar ianya menepati watak kepimpinan masyarakat itu sendiri. Kepimpinan kini mestilah bersifat merakyat atau ummatik yang mana mampu membawa perubahan kepada masyarakat. Pemimpin itu mestilah mempunyai pandangan jauh yang boleh membaca masa depan atau bersifat futuristik. Kepimpinan juga mempunyai misi mendaulatkan masyarakat serta berupaya mengangkat martabat masyarakat dalam pelbagai bidang.

Kepimpinan mestilah memahami aspirasi masyarakat semasa tanpa melupakan sejarah silam bangsanya. Pimpinan mestilah mampu menelaah gelombang kemasyarakatan yang berlaku tanpa dirancang. Keadaan ini sudah disedari oleh Dr. Siddik Fadil dalam makalahnya 'Kepimpinan Melayu Era Perubahan', di mana beliau mengungkapkan "Dunia dewasa ini sedang mengalami pelbagai perubahan yang pesat dan dahsyat. Terlalu banyak new realities, realiti-realiti baru yang harus ditangani. Malah apa yang dinamakan masa depan itu sebenarnya sudah kita masuki". Maknanya pimpinan memiliki kualiti diri dengan menjadikan ilmu sebagai kekuatan, selain Islam sebagai tunjangnya. Masyarakat Iranun perlu keluar daripada memilih pemimpin watak jadi-jadian yang tidak berupaya mengangkat martabat masyarakat. 

Pemimpin jadi-jadian ini kerap kali terbabas daripada landasannya kerana dia tidak mampu menggalas amanah masyarakatnya apabila berhadapan cabaran yang datang dari semasa ke semasa. Dengan itu, menjadi pengikut lebih mudah daripada menjadi pemimpin, kita perlukan pemimpin yang boleh membawa perubahan secara total terhadap masyarakat.

Harapan besar kita, kepimpinan dalam masyarakat Iranun memerlukan watak tulen sebagai qudwah yang baik serta memiliki world view yang jelas. Pemimpin perubahan perlu mempersiapkan diri dengan segala disiplin keilmuan sebagai kekuatan.

Friday, December 20, 2013

CATATAN PERTEMUAN DENGAN ALLAHYARHAM DR MUHAMMAD SAID RAMADHAN AL-BOUTY

Menyingkap kembali pertemuan dengan Allahyarham Dr. Said Ramadhan al-Bouty pada 22 November 2006. Pertemuan ini berlaku di rumah beliau, di Kota Damsyik ibu Negara Syria, ketika itu kami dalam rangka lawatan ke Syria. Semsaa di rumah beliau, kami telah diberi penjelasan oleh beliau berkaitan isu gerakan Islam semasa serta bagaimana kita mengadaptasikan diri dalam gerakan ini.

Beberapa pandangan beliau sempat saya catat semasa perbincangan ringkas di ruang tamu rumah beliau. Antara pandangannya terhadap gerakan Islam kini ialah;

·    Secara jujur beliau mengakui kurang pendedahan berkaitan gerakan Islam di Malaysia, namun apayang penting ialah gerakan Islam kini mestilah bersifat mendidik masyarakat dan jangan bersifat ekstrime.
·     Beliau menyatakan bahawai fikrah gerakan Islam di Malaysia amat baik dan dapat memahami permasalahan masyarakat, namun ianya hanya dibahaskan di peringkat muktamar dan seminar, sepatutnya gerakan dakwah mestilah berlaku secara praktikal dengan kegiatan keilmuan yang mantap, dan paling penting masjid mestilah menjadi pusat keilmuan yang utama.
·       Dalam isu hudud, beliau menjelaskan bahawa hukum hudud adalah wajib dan yang amat malang sekali bila mana orang Islam sendiri menolak hukum ini, dan paling penting ialah adanya madrasah yang memainkan peranan mendidik masyarakat memahami secara mendalam tentang keperluan hukum hudud agar perlaksanaan hukum ini dapat diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.
·        Berkaitan demokrasi, beliau menyebut bahawa segala keputusan ditentukan oleh majoriti, namun tidak semua majoriti adalah tepat. Amerika Syarikat telah mengambil kesempatan terhadap demokrasi ini untuk membelasah negara umat Islam atas melalui undian. Demokrasi ini juga menjadi ancaman kepada keadilan sebenar dan yang lemah akan terus menerima kesannya.
·     Apabila membicarakan kebebasan agama, Dr. Ramadhan menjelaskan bahawa di negara umat Islam kegiatan agama lain tidak terancam, namun disebaliknya penganut Islam terancam di negara bukan Islam. Penguasa selalu menjadikan Islam sebagai ancaman kepada agama lain. Beginilah nasib umat Islam di seluruh dunia yang sentiasa dicurigai dan sesetengah negara menjadikan agenda utama mereka ialah menghapuskan umat Islam.
·     Hubungan gerakan Islam sedunia juga perlu dieratkan dan dimantapkan agar dakwah berlaku dengan lebih berkesan. Gerakan Islam sedunia juga mestilah membina hubungan melalui media utama seperti TV, Radio dan sebagainya.
·      Perkongsian kuasa antara orang Islam dengan bukan Islam merupakan pendekatan politik yang bijak serta dapat mengekalkan keharmonian dan perpaduan.
·     Beliau berpesan kepada semua gerakan Islam agar berhati-hati terhadap gerakan Wahabi yang mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat.


Walaupun pertemuan ini ringkas, namun perkongsian ini amat bermakna bagi meningkatkan lagi daya juang terhadap umat ini. Beliau telah syahid pada 21 Mac 2013 ketika menyampaikan kuliah di kota Damaskus, Syria, semoga roh Allahyarham Dr. Ramadhan al-Bouty ditempatkan di kalangan roh para anbiya. Alfatihah.

Wednesday, October 16, 2013

SEPINTAS AMANAT PIMPINAN MUKTAMAR NASIONAL KE 7

Menyingkap Ucapan Presiden WADAH Malaysia, Dato' Dr. Siddiq Fadzil pada Muktamar Nasional Ketujuh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia pada kali ini memfokuskan beberapa elemen penting untuk dihayati serta difahami oleh semua ahli gerakan. Antaranya ialah Perubahan jiwa dan minda yang menekankan kepada kekuatan ilmu yang boleh membawa kepada sikap sedar dan insaf terhadap apa yang sepatutnya dilakukan. Wahyu pertama yang diturunkan kepada ar-Rasul saw adalah 'Iqra' yang telah berjaya membina fikrah insaniyah serta daya intelektual tinggi yang membawa kepada revolusi kemanusiaan seterusnya menyedari hak sebagai hamba serta kehebatan pencipta. Watak manusia yang sentiasa mahukan perubahan, adalah amat perlu menguasai pelbagai disiplin ilmu untuk merubah persekitarannya tanpa melanggar sunnatullah. Fiqh perubahan serta fiqh realiti dua perkara utama yang semestinya difahami secara tuntas dalam melakukan perubahan. Fiqh awlawiyyat perlu difahami untuk merencana sesuatu agenda besar demi maslahat ummah. Kualiti kepimpinan adalah manifestasi terhadap keutuhan perubahan dan sekiranya kepimpinan tidak memiliki kekuatan ilmu, maka perubahan tidak akan dapat bertahan lama. Pembinaan watak insaniah sebagai peneraju perubahan amat penting. Zaman ar-Rasul saw adalah modul penting yang menjadi ikutan atau huswatun hasanah. Baginda memimpin kerajaan Islam selama 23 tahun dan telah berjaya melahirkan watak-watak manusia yang unggul seperti Abu Bakr as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Ibn Affan, Ali Abi Talib, Abdur Rahman Auf dan lain-lainnya. Selain itu, beliau juga menjelaskan isu kepelbagaian aliran pemikiran yang melingkari dunia Islam. Keadaan ini harus dilihat dari sudut positifnya yang mana akan memberi makna besar terhadap kebolehupayaan Islam dalam menanggapi fenomena pluralistik yang sudah wujud serta perlu bijaksana mengurus kepelbagaian perbezaan yang wujud dalam masyarakat. Beliau juga menyentuh secara sinis tentang sistem demokrasi terpimpin yang menjadi amalan dalam politik negara ini. Ketulenan demokrasi yang dicanang tidak juga dipatuhi sepenuhnya kerana kuasa majoriti rakyat tidak juga dihormati. Sistem pilihan raya gerrymandering atau pilihan raya akal-akalan telah mencemar kuasa rakyat sebenar. Ketelusan memaknai demokrasi oleh golongan tertentu amat mengaibkan moral pilihan raya yang tidak amanah serta jujur. Demokrasi dimanipulasi serta dieksploitasi sepenuhnya untuk kepentingan satu kuasa yang meletakkan rakyat keliru dan seterusnya tertipu. Untuk itu, politik para mursalin adalah modul terbaik yang perlu dicontohi oleh pelbagai golongan agar keadilan Islam lebih terserlah kepada rakyat sama ada Islam atau bukan Islam.

Saturday, September 14, 2013

MENELUSURI TOKOH-TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN SABAH

Sabah sudah melalui separuh abad sebagai negeri merdeka dari cengkamaan penjajah SBUB sejak 1881 dan bebas sepenuhnya pada 1963. Sebelum Sabah menyertai pembentukan Malaysia, ianya telah diisytiharkan sebagai sebuah negara selama 15 hari iaitu merdeka daripada penjajahan 31 Ogos 1963. Makna sebagai sebuah negara adalah amat bererti buat rakyat Sabah dan di mana penjajahan selama 82 tahun sudah cukup mengajar erti jiwa hamba kepada jiwa merdeka.

Menghayati perjuangan tokoh-tokoh tempatan seperti Raja Ismail, Raja Tebuk, Datu Tating, Sharif Uthman, Raja Laut, Paduka Mat Salleh, Pak Musa, Antanom, Sagunting, Langkap, Panglima Udun, Mat Sator, Kamunta, Datu Mamuda, Datu Kedunding, Andamun, Pengiran Indera Jaya, Sharif Ali dan beberapa tokoh lain yang turut berjuang menghalang, menentang serta menghalau penjajah dari  terus berkuasa merata harta warisan rakyat jelata Sabah. Kesemua tokoh-tokoh ini membayar perjuangan mereka dengan harta, masa, tenaga, pemikiran serta nyawa.

Antara tokoh pejuang yang lebih awal merintis perjuangan menentang penjajah seperti Datu Tating yang menyerang Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1775 di Pulau Balambangan. Beliau dengan berani menyerang British berserta para pengikut beliau yang terdiri daripada kaum Suluk dan Iranun. Tindakan Datu Tating ini menjadi pencetus terhadap penentangan di Sabah, dan juga selepas peristiwa Pulau Balambangan, Raja Ismail dan Raja Tebuk turut membantu Sultan Mahmud menyerang Belanda di Tajung Pinang, Riau Johor pada tahun 1778, selepas itu Raja Tebuk (Raja Lanoon) turut membantu Sultan Abdullah menyerang Francis Light di Seberang Perai pada tahun 1791. Manakala Sharif Uthman menentang Inggeris di Teluk Marudu sekitar tahun 1830an, dan penentangan ini diakhiri oleh Sharif Ali di Pandasan dan Ontoros anak lelaki Antanum di Tenom pada tahun 1915.

Kemerdekaan yang dinikmati oleh rakyat Sabah pada ketika ini adalah hasil pengorbanan para pejuang yang telah membayar dengan nyawa sekali. Misi perjuangan mereka adalah pembebasan secara mutlak iaitu menghalang penjajah daripada terus mengeskploitasi pemikiran rakyat serta ekonomi demi mengaut keuntungan sepenuhnya. Penjajahan secara rasmi pada tahun 1881 merupakan tindakan tegas oleh pihak penjajah agar segala aktiviti ekonomi Sabah dapat dijana semaksimanya. SBUB di bawah pimpinan Alfred Den dengan Varon Overback merupakan dua tokoh penting penjajah yang memajak Sabah daripada kesultanan Sulu. Pemajakan secara rasmi telah berlaku pada tahun 1881, dan sebelum itu penentangan orang tempatan terhadap penjajah yang bermula sekitar 1775 dalam tempoh 106 tahun barulah hasrat serta cita-cita pihak kolonial berjaya mendapatkan Sabah sepenuhnya.

Penentangan oleh Sharif Uthman sekitar 1830an di Teluk Marudu terhadap Syarikat Hindia Timur Inggeris merupakan penentangan terbesar di Sabah. Beliau bersama pengikutnya seramai lebih kurang 2,000 orang yang terdiri daripaada orang Bajau dan Iranun telah mencabar SHTI di perairan Teluk Marudu dengan menyediakan kubu bagi menghadapi serangan askar penjajah. Walau pun beliau dan pengikutnya tewas, namun semangat juang mereka yang tinggi telah meletakkan pihak penjajah dalam keadaan tertekan. Sharif Uthman telah terkorban dalam peperangan ini dan kubu mereka musnah akibat serangan bertalu-talu dengan kekuatan pihak penjajah serta kelengkapan yang mengatasi peralatan perang Sharif Uthman.

Setelah itu, pihak penjajah terus menerima tentangan hebat dari para pejuang seterusnya seperti Paduka Mat Salleh sekitar tahun 1897 hingga 1900. Tentangan yang dibuat oleh Paduka Mat Salleh memakan masa lebih kurang 3 tahun dan serangan demi serangan dilakukan terhadap kedudukan SBUB yang berpusat di Inanam, Api-Api, Pulau Gaya, Sandakan dan Ambong. SBUB juga terpaksa menghadapi tentangan berterusan daripada para pengikut Mat Salleh iaitu Mat Sator dan Datu Mamuda yang menyerang Kudat pada April 1900, serta Kamunta yang menyerang Tempasuk dan Menggatal  pada Mei 1900.

Selepas tahun 1915, SBUB berasa selesa apabila penentangan secara fizikal terhenti sehinggalah Jepun menduduki Sabah sekitar tahun 1942. Namun begitu muncul juga beberapa persatuan yang aktif dan memberi kesedaran kepada masyarakat seperti Persatuan Melayu Tawau (PMT) yang berasaskan kepada gerakan politik Islam, lahir Cawangan Persatuan Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) pada tahun 1939 di Jesselton, Tawau serta Labuan dan juga kemunculan Persatuan Barisan Pemuda (BARIP) pada tahun 1939 di Jesselton. Gerakan ini dipimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan dan mereka ini telah mendapat pendedahan daripada para pejuang di Semenanjung Tanah Melayu serta Indonesia.

Kesedaran semakin memuncuk apabila Jepun menyerang segala kedudukan penjajah di Asia Tenggara pada tahun 1941. Walaupun Jepun hadir dengan sikap tegas serta dianggap zalim, namun semangat ‘Asia untuk Asia’ telah membantu memberi kesedaran kepada golongan berpendidikan. Kesannya selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, pertubuhan sebelum Jepun telah bergerak semula dan juga muncul beberapa persatuan dan pertubuhan baru yang bertindak sebagai badan pendesak agar kemerdekaan diberikan kepada Sabah. Antara pertubuhan itu ialah Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PMKL) ditubuhkan pada Ogos 1946, UNKO, Ogos 1961, PASOK, Parti Demokrat, BUNAP, KONGRES, Oktober 1961 dan USNO, 24 Disember 1961.

Parti-parti politik ini telah melancarkan gerakan secara bersepadu untuk menuntut kemerdekaan Sabah, di mana USNO diketuai oleh Datu Mustapha Datu Harun, UNKO dipimpin oleh Donald Stephen, PASOK diterajui oleh G. Sundang dan beberapa pertubuhan lain mendesak supaya Sabah dibebaskan sepenuhnya dari cengkaman penjajahan. Semua persatuan ini mempunyai matlamat yang sama untuk menuntut kemerdekaan walau pun bergerak dalam persatuan masing-masing. Oleh kerana tekanan yang kuat, maka pihak kerajaan British menimbang tuntutan ini dan bersedia untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan akhirnya Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963. 

Menurut beberapa sumber, kemerdekaan Sabah juga ini dipercepatkan apabila Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mencadangkan satu  kerjasama ekonomi dan politik serantau bagi mengekang pengaruh komunis dan antara yang terlibat ialah Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. Cadangan ini telah dikemukakan padda 27 Mei 1961 semasa persidangan Persatuan Wartawan di Hotel Adelphi Singapura. Selepas itu ditubuhakan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia pada 21 Julai 1961 dan diketuai oleh Donald Stephen.

Setelah kemerdekaan dicapai, maka pungutan suara yang dipantau oleh PBB di Sabah, Sarawak dan Singapura mendapati majority rakyat menyokong penubuhan Malaysia dan tarikh 16 Septembar 1963 adalah hari pembentukan Malaysia, di mana Sabah, Sarawak, Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu bergabung menjadi satu negara. Maka diisytiharkan bahawa Hari Kemerdekaan Malaysia akan disambut setiap 31 Ogos, walau pun Hari Malaysia atau tarikh pembentukan Malaysia ialah 16 September 1963, sebagai tanda kerjasama, perpaduan, kekuatan dan perkongsian kuasa dan wilayah. Sabah dan Sarawak diberi keistimewaan dengan 20 perkara yang melindungi hak-hak rakyat Sabah yang lambat merdeka 6 tahun berbanding Semenanjung Tanah Melayu.

Kini 50 tahun sudah berlalu Sabah merdeka dalam usia setengah abad lamanya. Rakyat yang terlibat mengundi dalam pilihan raya pertama Sabah mungkin masih ada yang hidup lagi, begitu juga generasi yang lahir sebelum merdeka masih menghirup udara segar kemerdekaan ini. Namun udara kemederkaan ini amat berbeza sekali diawal Sabah merdeka. Generasi yang lahir dalam zaman merdeka ini adalah generasi dominan, mereka mentafsir kemerdekaan jauh bezanya dengan tafsiran generasi sebelum mereka.

Generasi awal menuntut kemerdekaan untuk kebebasan secara fizikal dari kuasa penjajah tanpa memikirkan kebebasan jiwa merdeka. Kemerdekaan menyeluruh cuba diterapkan dan dilaksanakan, namun kebebasan sepenuhnya sukar untuk dicapai. Agenda utama untuk membangunkan Sabah Merdeka tertumpu kepada fizikal mengindahkan bandar-bandar utama tetapi terabainya keperluan asas rakyat luar bandar. Masa 50 tahun adalah tempoh yang panjang bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi rakyat yang sudah merdeka.


Memacu ekonomi dalam konteks merdeka, rakyat masih ketinggalan dan pencapaian serta penguasaan ekonomi sekitar 22% sahaja. Kelesuan mengangkat ekonomi bumiputra merupakan agenda ‘Lebai Pak Malang’ yang penuh dengan mimpi dan angan-angan. Mendidik rakyat sebagai usahawan ulung dan unggul tidak menjadi misi utama, bahkan rakyat diajar menjadi pengemis ekonomi dengan teori ‘Jutawan Segera’.  Keadaan ini berlaku kerana cara berfikir yang masih terikat terhadap legasi penjajah secara berterusan walaupun penjajah sudah meninggalkan bumi Sabah ini 50 tahun yang lalu. 

Wednesday, July 17, 2013

MENEROPONG SEPINTAS LALU FAHAM SEKULAR

Sekularisme merupakan aliran pemikiran Barat yang berkembang dengan pesat sehingga memasuki dunia Islam. Pengaruh sekularisme ini turut mengancam ajaran samawi yang cuba memisahkan antara urusan dunia dengan ukhrawiy. Ulama-ulama Islam sedunia menentang fahaman ini kerana membawa satu pemikiran yang akan menjarakkan antara insan serta khaliq.

Menurut Prof. Dr Syed Nuqiub Al-Attas, sekularisme membawa makna 'ke di sini kinian', yang maksudnya membuang makna-makna rohani dari alam tabii, sesuai  dengan sifat faham ini yang lahir dari peradaban Barat. Kewujudan pemikiran sekular ini hanya berpandukan kepada keupayaan pancaindera yang bersifat logik akal. Akibatnya golongan sekular ini tidak berupaya melihat dan menerima kewujudan Khaliq selaku pencipta. Mereka menafikan nilai-nilai kekudusan dari kepimpinan, dan tidak menjadikan agama sebagai sebahagian daripada sistem umum. 

 Fahaman ini juga cuba memisahkan kehidupan beragama dalam rutin harian manusia. Mereka mewar-warkan kebebasan sosial yang jauh terpesong dari nilai-nilai insaniyah serta cuba mengawal akal dengan nafsu seluas-luasnya. Faham ini juga tidak memiliki nilai tetap yang menjadi panduan kepada pengikutnya, ianya cuba bertindak membebaskan manusia dari hukum kekudusan yang mengawal tingkahlaku manusia dari menyedari diri tentang penciptanya. 

 Aliran sekularisme ini cuba membawa masyarakat kepada faham anti-Tuhan yang dilihat sebagai ancaman kebebasan sosial, dan ianya amat berbeza dengan Islam. Masyarakat Islam dikenali sebagai masyarakat madani yang tidak memerlukan sekularisasi dan meletakkan sifat ketuhanan sebagai tunjang utama seperti iman, ibadah, syariah dan akhlak. 

 Dunia Barat mengalami kekeliruan yang amat sangat dan masyarakatnya tersasar daripada hakikat wujudiyah. Barat merupakan peradaban yang pelbagai dan tidak ada persamaan dengan Islam. Barat menjadikan undang-undang Rom sebagai panduan bernegara, agama dominan adalah Kristian serta Yahudi, mereka juga mengambil ilmu-ilmu Greek dan Yunani sebagai teras pembangunan mental dan fizikal. Seperti yang dimaklumi, tamadun Rom dan Yunani merupakan tamadun terawal, namun kedua tamadun ini hanya menekankan kepada pembangunan lahiriyah semata.   

Sekularisme  muncul ketika Barat berada dalam kekeliruan nilai budaya hidup yang bercelaru dan cuba meyakinkan masyarakat bahawa tingkahlaku yang bebas dari kongkongan agama akan membawa kebaikan yang hakiki. Maka itu, sekularisme amat bertentangan dengan Islam, di mana Islam menjadikan addin sebagai nilai terbaik dalam mengurus kehidupan duniawi.

Tuesday, June 18, 2013

KETERLIBATAN ORANG IRANUN DI KEDAH

Beberapa maklumat menyatakan bahawa orang Iranun telah cuba membantu Sultan Abdullah menyerang Francis Light di Pulau Pinang, dan peristiwa ini berlaku pada 1791. Kemarahan Sultan Abdullah disebabkan Francis Lighit gagal mematuhi perjanjian dengan kerajaan Kedah berkaitan pendudukan British di Pulau Pinang. 

Dalam perjanjian ini British dan Francis Light hendaklah melindungi kerajaan Kedah daripada ancaman luar, namun apabila Siam mahu menyerang Kedah, Francis Light tidak mahu memberi bantuan. Keadaan ini menjadikan Sultan Abdullah marah dengan Francis Light kerana memungkiri perjanjian yang dipersetujui sebelum ini. 

Perjanjian Inggeris-Kedah 1786: 
1. Inggeris membantu Kedah sekiranya Kedah diserang oleh musuh 
2. Inggeris tidak boleh melindungi musuh Kedah 
3. Inggeris akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan

Bila mana British tidak membantu Kedah menghadapi Siam, lalu Sultan Abdullah telah meminta bantuan daripada beberapa buah negeri dan raja, termasuklah Raja Lanoon iaitu Raja Iranun. Di bawah ini adalah surat Sultan Abdullah kepada Francis Light sebagai peringatan kepada Francis Light.

"Sebuah perutusan yang penuh kasih sayang dan persahabatan yang kekal abadai dari Bendahara dan Laksamana, Raja Wolama dan Raja Mooda Ante dan semua Raja-raja dan semua pembesar-pembesar mempersembahkan kepada sahabat kami Gabenor Poolo Pinang yang pengetahuannya tentang perniagaan tidak boleh ditandingi, mula-mula hal ehwal yang diarahkan oleh Raja kepada kami, hal ehwal Poolo Pinang yang lama belum diselesaikan, beberapa pucuk perutusan telah dihantar dan diterima namun tidak apa-apa nampaknya yang disetujui oleh kehendak Raja, sahabat kami tidak menyembahkan sesuatu yang sesuai kepada kami, kami juga begitu, oleh itu sekarang kita pendekkan saja perkara ini. Raja tidak memperkenankan sahabat kami tinggal lama lagi di Poolo Pinang oleh itu sahabat kami hendaklah menyelesaikan urusannya secepat mungkin kerana Poolo Pinang ialah milik Raja Queda sejak zaman berzaman, tambahan pula jika sahabat kami cuba tinggal dengan menggunakan kekerasan. Tuhan yang mengetahui segala-galanya akan mendatangkan bala ke atasnya maka janganlah dipersalahkan kami. Kami dan Raja, Raja Lanoon dan semua Panglima meletakkan kepercayaan kami kepada Tuhan dan Rasul kami Mohammad nabi terakhir dari segala nabi. Dengan itu kami mengutuskan Datoo Bundar Seralata Pallowan dan Che Kadar dengan penentuan terakhir ini". (Ditulis pada April 1791). 

Raja Lanoon yang dimaksudkan itu adalah Raja Iranun yang datang membantu Sultan Abdullah di Kedah, menurut beberapa pandangan, Sultan Abdullah tidak sempat menyerang Francis Light kerana British lebih dulu menyerang mereka, dan Sultan Abdullah kalah kerana tersilap jangkaan. 

Menurut pandangan itu, Raja Iranun tersebut tidak mahu bertangguh untuk menyerang Pulau Pinang seperti pengalaman mereka menyerang Belanda di Tanjung Pinang, Riau Johor pada tahun 1787 dan mereka menang dan begitu juga ketika mereka menyerang British di Pulau Balambangan pada tahun 1775 dan mereka menang kedua-dua serangan ini. 

Kegiatan orang Iranun ini amat tidak disenangi oleh Barat, dan Barat melihat orang Iranun merupakan ancaman terhadap kegiatan mereka di Nusantara ini, dan akhirnya orang Iranun menjadi buruan oleh Barat dan kegiatan mereka sentiasa dipantau oleh Barat. 

Penentangan terakhir orang Iranun berlaku pada tahun 1915, di Pandasan. Orang Iranun, Bajau dan Dusun bergabung tenaga menentang SBUB. 

Keterlibatan orang Iranun di Pulau Pinang ini menunjukkan orang Iranun mempunyai hubungan dengan kuasa-kuasa Melayu di Nusantara.

Tuesday, January 1, 2013

MISI ISLAMISASI KE KOTA CONSTANTINOPLE SIRI AKHIR


Ekspedisi ke Constantinople

Sebelum pembukaan kota Constantinople, beberapa percubaan telah dilakukan oleh para pemimpin Islam untuk menawan kota Constantinople, dan antara yang terawal adalah Mu’awiyah Abu Sufian. Mu’awiyah telah merencanakan penawanan Constantinople dengan teliti, kerana beliau juga mahu disebut seperti mana dalam hadis ar-Rasul SAW. Beliau telah memperkuatkan tentara darat dan tentera laut, kerana mahu melaksanakan misi hadis tersebut. Kekuatan tentera laut telah diperkukuhkan untuk menawan kota Constantinople. Sebelum beliau sampai ke Constantinople, beliau telah melancarakan ke atas beberapa wilayah untuk memudahkan beliau menawan Constantinople. Pada 49H, beliau telah menghantar tentera ke Constantinople yang disertai oleh beberapa sahabat seperti Abdullah Abbas, Abdullah az-Zubayr, Abdullah bin Umar, dan Abu Ayyub al-Ansari. (Sahrulazmi Sidek:2012: 94). Dalam ekspedisi ini Yazid bin Mu’awiyah telah memimpin angkatan tenteran ini dan telah membuat pengepungan ke atas kota Constantinople, tetapi ekspedisi ini menemui kegagalan kerana cuaca sejuk yang amat kuat. Beliau mencuba kali kedua pada tahun 54H hingga 60H, dan kota ini dikepung selama 6 tahun tetapi operasi turut gagal.

Ekspedisi seterusnya telah diteruskan oleh Muhammad Al-Fateh seorang Khalifah Kerajaan Uthmaniyyah, sebelum itu Urkhan B. ‘Uthman yang memerintah dari tahun 1327 – 1360M telah merintis gerakan ke Constantinople. Namun gerakan ini juga menemui kegagalan dan diikuti oleh Sultan Murad (1360 – 1389M). Sultan Murad hanya merangka pelan strategik menawan kota tersebut. Antara tahun 1389 – 1402M, Sultan Bayazid telah menawan beberapa kota seperti Bulgaria dan meneruskan serangan ke atas Constantinople, namun tidak berajaya menawan kota tersebut.

Selepas itu, Sultan Murad II iaitu bapa kepada Muhammad Al-Fateh meneruskan usaha untuk menawan Constantinople, belaiu telah berjaya menawan Albania pada 1431M dan Hungary pada tahun 1438M. Beliau telah melakukan pengepungan terhadap Constantinople, namun  usaha beliau ini menemui kebuntuan sehinggalah belaiu meninggal dunia.

Misi Islamisasi ke Constantinople telah diteruskan oleh anak Sultan Murad II iaitu Muhammad Al-Fateh. Muhammad Al-Fateh telah merangka pelan bertindak beliau sebagai panduan untuk menawan Constantinople. Antaranya ialah menyediakan angkatan tentera yang ramai dan kuat. Tentera beliau terdiri daripada 12,000 tentera Jenisseri, 20,000 tentera Sphai, 100,000 tentera berjalan kaki dan selebihnya hamba abdi. (Ab. Hamid Ali: 2011: 93). Persediaan yang dibuat oleh Muhammad Al-Fateh ini memperlihatkan nekad baginda untuk menawan Constantinople. Misi yang telah dilakukan sebelum ini perlu diteruskan.
Selain persediaan tentera yang kuat, baginda juga merangka strategi bagi menawan kota tersebut berdasarkan langkah-langkah berikut;
1.       Membuat lakaran kubu
2.       Merangka strategi yang sesuai untuk melepasi sistem pertahanan Constantinople
3.     Meneliti kesesuaian jentera pengepungan untuk memusnahkan kubu-kubu pertahanan      yang tersusun di kawasan Constantinople.
4.       Merangka strategi yang paling berkesan untuk menyeberangi parit yang telah dibuat oleh penduduk Constantinople.
Pengepungan yang dibuat oleh Muhammad Al-Fateh ini telah melibatkan jumlah tentera seramai lebih kurang 100,000 orang (Ab. Hamid Ali: 2011, 109). Baginda telah menggunakan sepenuhnya kekautan dan kepakaran untuk menembusi kota Constantinople. Antaranya penggunaan meriam seberat 30,000 pound yang mempunyai keupayaan menembak 600 pound peluru.

Pada 10 Jamadilawal 857H, baginda melakukan persiapan terakhir disertai khutbah beliau sebagai suntikan semangat juang dan jihad. Maka pada 11 Jamadilawal 857H, Constantinople akhirnya jatuh ke tangan umat Islam, menjelag waktu zohor Muhammad Al-Fateh melangkah masuk ke kota Constantinople (Ab. Hammid Ali: 2011, 132).

Signifikannya kejatuhan Constantinople kepada Umat Islam yang dikenali hari ini sebagai Istanbul, menjadikan hubungan Eropah dan dunia Islam semakin dekat, walaupun dilihat terdapat perbezaan terutamanya agama. Tindakan Muhammad Al-Fateh memberi pilihan kepada Umat Kristian sama ada terus kekal di Constantinople atau berhijrah secara aman menunjukkan Islam sentiasa menghormati kebebasan beragama, budaya dalam sebuah negara yang diperintah oleh Umat Islam.

LinkWithin