Pendahuluan
Prof. Paul Kennedy dalam bukunya“The Rise and Fall of the Great Powers: Economic Change and Military
Conflict from 1500 – 2000” telah menganalisis terdapat 2 faktor utama yang
saling berkaitan berkenaan kebangkitan dan kejatuhan sesebuah Negara. Faktor-faktor
tersebut adalah tentang kewibawaan sistem dan kuasa ekonomi, dan kekuatan
teknologi ketenteraan. Analisa ini dibuktikan melalui kajian beliau terhadap
jatuh bangun kuasa-kuasa besar pada abad ke-16 hingga ke-20 masihi seperti
kerajaan Islam Turki, Mughal India, Dinasti Ming China, Jepun, Rusia dan
lain-lain. Namun demikian, Profesor Wan Mohd. Nor Wan Daud telah menganalisis
lebih dalam lagi dasar kewujudan kedua faktor utama di atas adalah akibat
daripada kepuasan, keangkuhan, kejumudan dan kebebalan sikap mereka terhadap ilmu. Hal ini adalah sebab utama
kelemahan sistem ekonomi dan ketenteraan mereka lumpuh dan akhirnya mengalami
kejatuhan. Terdapat benarnya penyataan ini apabila tokoh pemikir ulung
peringkat antarabangsa, Tan Sri Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas
mengungkapkan bahawa kelemahan yang terdapat pada sistem-sistem utama dalam
Negara merupakan jelmaan gejala “kekeliruan dan penyelewengan dalam ilmu”.
Demikian juga apabila
tokoh kebanggaan Islam di Turki, Badi’uzzaman Said Nursi menyatakan bahawa
masalah dan cabaran besar bagi kaum Muslimin adalah kejahilan, kemiskinan
dan perpecahan. Namun, Prof.
Al-Attas telah mengemukakan analisis beliau bahawa kebolehan mengenalpasti
masalah dan cabaran adalah satu hal besar yang perlu diperdalamkan lagi. Beliau
telah mempertautkan cabaran tersebut yakni punca sebenar bagi permasalahan kaum
Muslimin sebagai suatu tambahan untuk melengkapkan pernyataan Said Nursi tadi.
Dalam hal inilah renungan dan analisis Prof. Al-Attas dikira brilliant apabila beliau menyatakan
bahawa cabaran Muslimin adalah seperti berikut:
1. Kekeliruan dan kesalahan dalam ilmu yang menyebabkan keadaan.
1. Kekeliruan dan kesalahan dalam ilmu yang menyebabkan keadaan.
2.
Kehilangan
adab dalam kalangan umat. Keadaan
yang timbul dari (1) dan (2) adalah.
3.
Kemunculan
pemimpin-pemimpin yang tidak layak untuk kepimpinan yang sah bagi umat Islam,
yang tidak memiliki taraf modal, intelektual dan spiritual yang tinggi yang
disyaratkan untuk kepimpinan Islam, yang melestarikan keadaan pada (1) di atas
dan menjamin penguasaan urusan umat yang berkelanjutan oleh pemimpin-pemimpin seolah
seperti mereka yang menguasai semua bidang.
Dalam hal ini juga ia telah melanggar
apa yang pernah dikatakan oleh Ibnu Khaldun iaitu “Tindakan Awal, Fikir Akhir”
dan “Begin with the end in mind” dari
Stephen Covey bahawa betapa pentingnya peranan ilmu sebagai langkah terawal
yang perlu diberi penekanan bagi melahirkan pemimpin yang sejati, punya adab serta layak memimpin sebuah bangsa.
Kenyataan ini juga dapat dibuktikan kekukuhannya menerusi idea gaya pemikiran ‘water logic’ oleh Edward De Bono yang
mana untuk menyelesaikan suatu permasalahan secara kritis dan tepat, adalah
perlu untuk mencari bibit punca sebenar masalah tersebut dan bertindak
membendungnya bermula dari situ.
Melalui pandangan dan
pengalaman dunia Islam pula, pada era nubuwwah dan sistem khilafah, dunia Islam
begitu pesat berkembang dan sangat membanggakan. Kejayaan ini seperti yang telah kita maklum,
ia bermula pada zaman kerasulan Nabi Muhammad SAW sewaktu baginda menerima
wahyu pertama membawa kalimah ”Iqra”
yang bermaksud “Bacalah”, sekaligus arahan daripada Rabbul Jalil kepada makhlukNya
agar menimba dan mengumpul sebanyak mungkin ilmu pengetahuan untuk difahami dan
dihayati. Seruan ini telah mengubah dan memberi suatu anjakan paradigma umat
manusia agar beralih dari belenggu kejahilan dan kegelapan menuju kepada jalan
yang penuh cahaya kebenaran. Sejak dari itu, pelbagai episod kejayaan umat
Islam dikecapi sehingga berjaya membuka 2/3 dunia ketika sampai ke zaman
kemuncaknya melalui peristiwa pembukaan kota Konstantinopel oleh kerajaan
Byzantine yang diketuai Sultan Muhammad Al-Fateh pada tahun 1453 Masihi. Tetapi
kejayaan ini tidak berkekalan apabila berlaku kewujudan Pemimpin Palsu yang lahir dari fenomena kekeliruan dan kepalsuan
ilmu oleh serangan Kebudayaan Barat dalam negara-negara dunia Islam3.
Akhirnya, kesatuan khilafah yang dibanggakan ini berjaya dipecahkan oleh Barat
melalui pengenalan dasar “Pecah dan Perintah”.
Meskipun
Negara-negara Islam telah mencapai kemerdekaan, namun kita masih lagi mengalami
penjajahan. Hal ini kerana kita masih belum membebaskan diri daripada
pembangunan sebenar, malahan masih tertakluk kepada melihat dan menilai
pembangunan itu secara fizikal semata-mata, bukan pembangunan dari sudut rohani
dan mentaliti. Kita masih gagal dalam perihal keilmuan kerana kita masih tidak
mampu membebaskan diri daripada mengikut konsep pembangunan ala Barat. Negara
Islam masih lagi dalam penjajahan ekonomi, kebudayaan, fizikal dan terutamanya
pemikiran. Bagi mereka yang sedar tentang kelemahan ini, mereka melihat bahawa
Negara Islam masih sedang dalam usaha membebaskan kaum Muslimin daripada penjajahan
pemikiran ini (Ghuzwatul Fikr).
Sehinggakan kita dalam masyarakat Negara Islam ini belum lagi boleh menyumbang
kepada tamadun melalui hasil yang benar-benar diperolehi daripada pemikiran
tamadun Islam seperti mana kejayaan tamadun Islam yang terdahulu.
Budaya
Ilmu
Faktor kewujudan
permasalahan di atas adalah disebabkan kurangnya perhatian untuk mempelajari
dan membudayakan ilmu-ilmu yang bersifat tulen. Yang mana akhirnya melahirkan
ahli-ahli masyarakat yang bebal dan bersikap anti-ilmu. Hal ini kerana ilmu itu
sifatnya benar, tulen dan tidak palsu. Pihak kebudayaan Barat telah
memperkenalkan sebuah teori pemikiran songsang yang dinamakan Sekularisme. Teori ini bertujuan untuk
memisahkan segala urusan keduniaan daripada konteks agama sebagaimana yang diyakini
oleh umat Islam. Ia telah diserap masuk ke dalam konteks keilmuan Islam dan
tercetusnya faktor permasalahan umat seperti mana yang telah saya sebutkan
tadi. Seorang muslim mesti mempercayai bahawa ilmu itu datangnya dari Rabbul
Jalil dan kedatangan punca ilmu itu pun adalah dari Dia Yang Maha
Berpengetahuan Luas. Akidah Islam wajib mempercayai bahawa Allah itu Maha
Benar, maka segala perkara yang datang dari Tuhan itu adalah benar, dan ilmu
itu juga semestinya bersifat benar. Hal inilah saya maksudkan di sini tentang
ilmu yang tulen.
Namun kini, agak sukar
untuk kita membezakan ilmu yang tulen dan palsu. Oleh itu, haruslah kita
kembali kepada definisi makna ilmu itu sendiri agar tidak lari dari tujuan
asal. Apa yang dimaksudkan dengan ilmu?
Menurut Tan Sri Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, beliau telah
menakrifkan perihal ilmu sebagai “Merujuk
kepada Allah sebagai asal segala ilmu, ia (ilmu)
adalah ketibaan makna dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada diri sendiri
sebagai penafsir, ilmu adalah ketibaan seseorang kepada makna tentang sesuatu”.
Takrifan ini secara ringkas dan padat serta lengkap membayangkan peranan Allah
SWT sebagai sumber sebenar ilmu, serta diri manusia sebagai makhluk aktif untuk
mendapatkan ilmu. Dalam Islam, sumber ilmu merupakan akidah Islamiah yang mengithbatkan keupayaan manusia bagi
mencapai ilmu, yakni keyakinan, adalah melalui pancaindera yang sempurna, penggunaan
akal yang betul dan khabar yang
benar. Keyakinan, sama ada pada tahap ilmul
yaqin, ainul yaqin atau hakkul yaqin ialah anugerah Allah kepda
manusia. Oleh itu, pada tahap keyakinan, hasil pencapaian keilmuan manusia
bukan lagi bersifat manusia, tetapi Ilahi. Ilmu yang mencapai yakin, yakni
bukan tahap hipotesis, teori, syak, zan,
dugaan dan waham ialah akibat
daripada “pengajaran” Allah SWT, dan bersifat universal, bukan relatif.
Terdapat juga 2 sumber ilmu di atas yang ada pada pengetahuan Barat, iaitu pada
pancaindera dan penggunaan akal rasional, dan ia hanya ada pada takat itu.
Tetapi pengetahuan Barat tidak mempunyai perkhabaran yang benar sebagaimana
wujud dalam akidah Islam seperti yang telah diterangkan tadi.Oleh hal yang
demikian, untuk mencapai makna tepat di atas dalam diri seseorang, perlu satu
gerakan pencarian ilmu, memahami serta menghayatinya, dan akhirnya diterjemah
dalam bentuk perbuatan dan tindakan. Perihal inilah yang dinamakan gerakan Budaya Ilmu.
Budaya ilmu antara maksud lain adalah kewujudan suatu keadaan yang mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri, baik secara langsung ataupun tidak dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan. Budaya ilmu juga merujuk kepada suatu keadaan yang mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian mahupun perbincangan syura.
Budaya ilmu antara maksud lain adalah kewujudan suatu keadaan yang mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri, baik secara langsung ataupun tidak dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan. Budaya ilmu juga merujuk kepada suatu keadaan yang mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan sama ada melalui pengkajian mahupun perbincangan syura.
Ilmu Menuju Hikmah
“Sebagaiman (Kami telahmenyempurnakan
nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang
membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mengajarkan kepadamu Al-Kitab dan
Al-Hikmah serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.”
(al-Baqarah: 151)
Menurut daripada potongan ayat di atas,
dijelaskan tentang ketinggian tahap hikmah berbanding dengan ilmu pengetahuan,
maklumat, kemahiran, fakta dan data. Hikmah merupakan sebuah ucapan yang sesuai
dengan kebenaran, falsafah, perkara yang benar dan lurus, keadilan, pengetahuan
dan lapang dada. Definisi hikmah dari sudut bahasa mempunyai Sembilan
pengertian; keadilan, tahan marah, kenabian, suatu yang tidak memperlihatkan
kejahilan, tiap-tiap perkataan yang bertepatan dengan haq (kebenaran),
meletakkan sesuatu pada tempatnya, perkataan yang betul dan tepat, sesuatu yang
mencegah belaku kerosakan, mengetahui sebaik-baik perkara dengan sebaik-baik
ilmu.
Hikmah dapat dicapai bermula daripada
data dan fakta yang diperolehi melalui pengalaman peristiwa serta uji kaji yang
dilaksanakan. Melalui data dan fakta tersebut, dapatan maklumat akan menyusul
sebagai pengetahuan am, dan ia bertukar menjadi ilmu seiranya maklumat tadi
memberi ketibaan makna pada diri seseorang dengan kaedah berfikir. Kemudian
apabila diperdalamkan lagi ilmu tersebut, dengan mencari pelbagai penjelasan
dari segenap pandangan, akan muncul suatu kefahaman yang kukuh dalam
pemikirannya. Akhir sekali akan dierjemahkan kefahamannya tadi dalam bentuk
tindakan pada tahap yang terbaik agar dapat dirasai oleh orang lain dan dirinya
sendiri. Di situlah capaian maknanya kepada hikmah.
Pembinaan
Budaya Ilmu Dalam Generasi Muda
Generasi
muda merupakan pelapis masa depan Negara. Golongan inilah yang bakal menentukan
nasib baik atau buruk sesebuah masyarakat bangsa di masa akan datang. Melalui
pengalaman-pengalaman tamadun dan kuasa-kuasa besar yang telah dijelaskan dalam
pendahuluan di atas, amatlah perlu untuk mempersiapkan generasi ini dengan
sikap keilmuan yang tinggi bagi memastikan kesilapan di masa lampau tidak
berulang kembali serta dijadikan sempadan. Untuk memastikan nasib masyarakat
bangsa di masa hadapan terjamin, wajib bagi kita berusaha untuk mempersiapkan
pemimpin yang baik, berintegriti, luhur, budi pekerti, berpengetahuan,
bijaksana, punya kreadibiliti dan daya saing, bersikap adil dan saksama dan
sewaktuu dengannya. Dan usaha itu haruslah bermula daripada sekarang, iaitu
menyasarkan para generasi muda untuk sentiasa bersedia dibentuk.
Dalam
Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) PKPIM kali ke-54 tahun 2016, Saudara
Mohd. Fazril Saleh, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM), telah membawa sebuah gagasan besar dalam ucapan dasar beliau yang
bertajuk, “Membangun Generasi Bitara: Terampil dan Berkemajuan”. Dalam ucapan
dasar tersebut, telah disebutkan tentang penekanan terhadap jiwa generasi
bitara dan 4 elemen terpenting yang digelar sebagai lingkungan kebitaraan. Apa
yang dimaksudkan dengan bitara? Bitara merupakan gabungan dari dua perkataan yang berasal
daripada bahasa Parsi iaitu ’Bi’ yang bermaksud Tidak atau Tiada, manakala
’Tara’ bermaksud Tahap, Takat dan Had, apabila digabungkan menjadi Bitara iaitu
Tiada Had atau Tiada Tahap, apabila dikaitkan dengan generasi Bitara, ia
bermaksud seorang individu yang mempunyai pemikiran dan kemahiran yang agresif
dan aktif, mempunyai cita-cita menggunung dan meluas, tiada hadnya. Seperti yang telah disebutkan di atas,
untuk mencapai tahap generasi bitara, ia memerlukan ’Lingkungan Kebitaraan’
yang dibangunkan atas empat (4) elemen pembinaan, iaitu Idealisme,
Intelektualisme, Aktivisme dan Spiritualisme. Idealisme adalah kekuatan azam
memasang matlamat, visi dan misi; harus dipandu dengan kekuatan ilmu dan
aktiviti pemikiran yang mendalam, iaitu intelektualisme. Kedua-duanya ini mesti
berkait agar ia tidak sekadar tinggal matlamat tanpa ada usaha untuk menyusun
strategi bagi mencapai visi tersebut. Aktivisme pula adalah terjemahan kepada
strategi yang disusun untuk mencapai matlamat tadi. Ia adalah hasil jelmaan
dari idealisme dan intelektualisme. Kemudian ketiga-tiganya ini harus dipandu
dan dikawal oleh spiritualisme untuk memastikan ketiga-tiga elemen tadi (Idealisme,
Intelektualisme dan Aktivisme) sentiasa dalam landasan. Untuk melahirkan generasi pemimpin
yang baik dalam segala lapangan, dia mestilah bertitik tolak daripada
penguasaan ilmu yang sejati sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Prof.
Al-Attas. Sehubungan dengan itu, gagasan besar ini sesungguhnya amat memerlukan
kesabaran yang tinggi untuk dicapai. Sebab itu kita akan melihat pada mereka
akan ternyata ruginya bergopoh dan tergesa-gesa, malah untungnya beratur-rapih
dalam melaksanakan perjuangan memanjang ini.
Cabaran Pembudayan Ilmu
Meskipun telah diterangkan tadi bahawa
pentingnya peranan pembudayaan ilmu dalam pembangunan bangsa, namun masih
terdapat cabaran-cabaran yang membawa kepada pertentangan gagasan besar ini.
Antara cabaran besar yang timbul adalah wujudnya sikap sufasta’iyyah dari golongan Anti-Ilmu atau gelarannya para sofis.
Prof. Al-Attas telah membahagikan golongan ini kepada 3 kelompok:
1. Kelompok al-la
adriyyah.
2. Kelompok al-indiyyah.
3. Kelompok al-inadiyyah.
Kelompok pertama iaitu al-la adriyyah disebut sebagai agnostik,
merujuk kepada kelompok individu yang selalu mengatakan tidak tahu (la adri, iaitu ”saya tidak tahu”) atau
selalu ragu-ragu tentang keberadaan sesuatu sehingga menolak kemungkinan ilmu
pengetahuan. Orang seperti ini pada gilirannya juga akan meragui sikapnya yang
serba meragui keberadaan segala sesuatu.
Kelompok kedua pula
iaitu al-indiyyah adalah mereka yang
selalu bersikap subjektif. Bebrbeza dengan kelompok yang pertama, kelompok ini
menerima kemungkinan keberadaan ilmu pengetahuan dan kebenaran, tetapi menolak
matlamatnya. Bagi mereka, matlamat ilmu pengetahuan dan kebenaran adalah
subjektif atau indi atau ”menurut
saya” atau hanya bergantung dan yakin dengan pendapatnya sahaja.
Kelompok yang ketiga
pula, al-inadiyyah adalah merujuk
kepada mereka yang keras kepala. Sentiasa menafikan realiti segala sesuatu (haqa’iq al-asyya’) dan menganggapnya
sebagai fantasi (auham) dan khayalan
semata-mata, bersifat teori, berada di awang-awangan dan menganggapnya tidak
membumi kepada masyarakat. Kelompok terakhir ini lebih mirip dengan kelompok
kedua tadi. Para sofis tidak akan dapat menjelaskan kedudukan mereka. Kalaupun
ada, satu-satunya kedudukan yang sesuai untuk mereka ialah mendekontruksi
setiap wacana keilmuan. Sikap para sofis sudah jelas tidak Islamik kerana para
ahli falsafah Muslim seperti al-Farabi, menempatkan kejayaan dalam mencapai
suatu keyakinan sebagai tahap akhir daripada proses belajar.
Saya menjelaskan ini adalah kerana hendaklah kita merenung dan memikirkan
kembali, adakah wujud sikap kelompok-kelompok ini dalam masyarakat bangsa kita
atau lebih dekat lagi, dalam kalangan ahli gerakan jamaah kita ini sendiri?
Tujuan persoalan ini adalah untuk koreksi diri masing-masing tentang sikap kita
dalam meletakkan keutamaan ilmu sebagai titik-tolak utama bagi sebuah gerakan
perlaksanaan program-program.
Strategi Pembinaan
Menurut Prof. Wan Mohd.
Nor Wan Daud dalam bukunya bertajuk ”Budaya Ilmu”, beliau telah mengemukakan
beberapa cadangan untuk menyuburkan budaya ilmu. Antaranya ialah memupuk
kecintaan terhadap ilmu pengetahuan serta kegigihan menimba, menyebar dan
mengamalkannya untuk dianggap sebagai suatu idealisme dan kebaikan tertinggi
yang menjadi punca segala kebaikan yang lain. Hal ini menjelaskan betapa
pentingnya menerapkan rasa cinta yang mendalam terhadap ilmu dalam jiwa
generasi muda kerana ia akan menjadi faktor atau sumber kebaikan-kebaikan lain
yang akan dilakukannya atas dasar kesedaran perlu untuk menyebarkan dan
mengamalkan serta mengajak orang lain untuk turut sama berada dalam lingkungan
kebaikan. Bayangkan suatu keadaan di mana orang muda akan bertindak untuk
berbakti kepada masyarakatnya tanpa diarah atau minta dibayar satu sen pun
kerana mereka berlaku demikian atas usaha ingin menabur jasa ilmu kepada bangsanya.
Sebab itu wujud motto perjuangan ”Berilmu Menabur Jasa” dan ”Hidup Biar
Berjasa” pada sebuah entiti anak muda terpelajar iaitu Siswazah Muda ABIM Sabah
(SISMA) di bawah naungan PKPIM dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)Negeri Sabah.
Motto perjuangan ini jelas menunjukkan komitmen keilmuan sekelompok generasi
muda untuk terus giat menimba ilmu dan menaburkannya kepada orang lain sebagai
tanda jasa bakti kepada masyarakat bangsa. Oleh yang demikian, antara strategi
lain yang perlu diberi perhatian dan dilaksanakan oleh ger.akan Islam seperti
jamaah Wadah Pencerdasan Umat (WADAH), ABIM, PKPIM dan SISMA adalah sentiasa
menggalakkan siri perbincangan mengenai tokoh-tokoh ilmuwan dan karya-karya
agung mereka, menganjurkan siri-siri wacana buku dan ilmu secara berterusan
selain daripada seminar-seminar umum yang dianjurkan setiap tahun dan membaca dan usaha untuk menghuraikan
idea-idea utama para ilmuwan, ulama dan tokoh pemikir yang terbukti hebat
sumbangannya dalam lipatan sejarah seperti Ibnu Khaldun, Confucius, Imam Ghazali, Mahatma Gandhi, Hamzah Fansuri, Nuruddin
al-Raniri, Syamsuddin al-Sumaterani, Falimbani, Tan Sri Prof. Syed Muhammad
Naquib al-Attas, Edward De Bono, Stephen Covey, Malek Bennabi, Raja Ali Haji
dan lain-lain yang tidak sempat disebutkan di sini. Hal ini kerana dengan usaha
menyoroti dan menghurai idea-idea utama dalam karya mereka, kita secara tidak
langsung akan dihubungkan kepada para ilmuwan silam yang mana ilmunya terus
sampai kepada Rasulullah SAW.
Dengan mempersiapkan generasi seperti ini, akan wujud satu kesedaran besar
dalam jiwa insan untuk memastikan kelangsungan masyarakatnya sentiasa dalam
keadaan yang baik dan sejahtera. Oleh yang demikian, misi pembangunan umat akan
terus berjalan kerana wujudnya legasi atau kelompok anak muda terdidik yang
menjadi penerus atau pelangsung kepada visi membina dan memimpin umat yang
terbaik.
Kenapa
Generasi Muda Perlu Pada Penguasaan Ilmu?
Dalam
pembinaan generasi yang berkepimpinan, berkemahiran dan berkomitmen tinggi,
mereka ini mestilah dididik dan dilatih untuk menguasai ilmu. Hal ini kerana,
dalam gerakan membina kepimpinan masa depan, haruslah dilatih dalam sebuah
entiti gerakan berpersatuan. Mereka (generasi muda) yang digelar aktivis akan
dilatih secara berperingkat.
1.
Menurut
arahan. Dalam peringkat pertama ini, aktivisdididik dan dilatih untuk sentiasa
menerima arahan dan bersedia melaksanakan arahan serta-merta dengan tangkas.
2.
Kordinasi
dan komunikasi. Peringkat ini adalah melatih aktivis untuk tahu menguruskan
program aktiviti dain.an ahli jawatankuasa yang selaras dengan perbincangan
dalam mesyuarat serta mampu mencapai sasaran objektif.
3.
Pimpinan.
Tiba masa aktivis tadi naik ke satu tahap di mana dia perlu memimpin organisasi
ke arah mencapai visi dan misi, perlu menghadam idea-idea utama pimpinan dalam
jamaah yang terdahulu seperti karya tulisan Profesor Dato’ Dr. Siddiq Fadzil,
Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Prof. Dr. Razali Nawawi, Prof. Dato’ Dr. Redzuan
Othman, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar, Prof. Dr. Abdul Halim
El-Muhammady, Hj. Mokhtar Ramli, ucapan-ucapan dasar presiden jamaah,
kertas-kertas kerja pembentangan dalam Tamrin atau Muktamar dan lain-lain.
Namun demikian, tidak cukup hanya menghadam idea pimpinan jamaah sendiri, perlu
juga menghadam idea-idea tokoh-tokoh lain di luar daripada pimpinan jamaah
untuk sedia berdepan dan bekerjasama dengan gerakan Islam serta bukan Islam
yang lain. Tuntutan untuk kita memimpin jamaah juga memerlukan kekuatan daya
intelek dan idea, kreativiti yang tinggi, inovasi dan bersikap kritis. Kemampuan
menerobos masa depan, mengenalpasti cabaran dan realiti setempat, kebolehan
memperjuangkan isu-isu bersama, berlapang dada dalam hal-hal perbezaan dan
pendekatan. Di sini perlunya pandangan alam Islam yang berasaskan keadilan,
kebenaran dan kemanusiaan. Oleh itu, ditegaskan bahawa pentingnya pembudayaan
ilmu!
Kesimpulan
Menurut daripada yang
telah dijelaskan di atas, kita dapat menemukan bahawa daya pencapaian sesuatu
bangsa adalah ditentukan oleh kekuatan budaya ilmunya. Kemudian generasi muda
bangsa itu mesti dipersiapkan kekuatan budaya ilmunya bagi memastikan
kelangsungan daya pencapaian mereka terus kekal malah menningkat daripada
sebelumnya.
Menekankan
semula elemen penting yang perlu diperkuatkan bagi generasi muda adalah
kekuatan mindanya dalam merenung peristiwa, berfikir dan mencerna untuk
mendapatkan makna ketibaan dalam dirinya (ilmu). Setelah itu, diterjemahkannya
dalam bentuk perbuatan atau tindakan agar orang lain dapat merasai dan menghayati
apa yang telah dirasai melalui pengalaman keilmuannya. Hal ini sama seperti
yang dijelaskan tadi tentang lingkungan kebitaraan. Memupuk generasi agar mampu
menghasilkan idealisme sebagai misi dan matlamat perjuangannya. Setelah itu,
difikirkan bagaimana caranya untuk mencapai matlamat yang digagaskan dengan
menggunakan kekuatan intelektualisme, dan akhirnya akan diterjemahkan hasil
pemikiran tersebut dalam bentuk aktivisme kepada masyarakat. Kekuatan
spiritualisme perjuangan Islam harus bertindak sebagai aspek kawalan agar
segala pemikiran dan tindak-tanduk aktivis tidak tersasar daripada ruh
perjuangan Islam, menetapkan misi mengajak umat untuk kembali kepada fitrahnya
iaitu ke arah mentauhidkan Allah SWT.
Akhirnya,
pembinaan teras kekuatan budaya ilmu pada kaum generasi muda Islam perlu
dimasukkan dalam senarai utama perlaksanaaan gerakan Islam jamaah
WADAH-ABIM-SISMA (WAS). Hal yang demikian agar masih wujud kelompok masyarakat
yang sentiasa memberikan komitmen keilmuannya demi memastikan matlamat membina
dan memimpin khayra ummah itu
tercapai.
Oleh,
Mohd. Nur Hilmie Bin Milus