POLITIK
LUHUR POLITIK PERUBAHAN
Politik perubahan memerlukan manusia
berprinsip dan beramanah bagi melaksanakan idea dan pendekatan baru memacu
negara dengan cemerlang. Inilah politik luhur bukan politik durjana, politik
jahat, politik kebencian, politik pecah perintah, politik cantas mencantas,
politik negatif atau politik menakut-nakutkan. Kezaliman, korupsi dan salahlaku
tidak boleh dipertahankan langsung atas nama apa sekalipun.
Politik luhur memerlukan jiwa besar dan
berlapang dada. Perpaduan politik memerlukan pemimpin yang boleh mengetepikan
sentimen, mudah memaafkan dan mengutamakan matlamat lebih tinggi. Itulah
mungkin yang disebut Anwar Ibrahim tentang penganiayaan terhadap dirinya
sebagai ‘luka kecil’ lalu sanggup berkorban demi memastikan berlaku perubahan
politik dan memberi harapan baru politik negara setelah sekian lama. ‘Luka
kecil’ menyaksikan Anwar diaibkan, dipukul, ditelanjangkan, dipenjara
berulangkali dan sehingga kini masih ada percubaan menfitnah serta
menganiayanya. (Apabila Anwar bebas dan dapat pengampunan penuh, dia tidak
menuntut balas dendam dan tidak menggesa memenjarakan atau memecat sesiapa pun
yang terlibat dalam konspirasi jahat pendakwaan dan pembicaraan yang
menderitakan serta cuba memalukannya dan keluarga.)
Itulah yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim
dengan menyifatkan penganiayaan terhadap dirinya sebagai ‘luka kecil’ lantas
dia serta keluarga memaafkan Tun Dr Mahathir dan tidak ingin membalas dendam.
Pengorbanan Anwar dan keluarga ini
membolehkan muafakat padu Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir yang
akhirnya berjaya menumpaskan Barisan Nasional pada 9 Mei 2018 yang
bersejarah.
Anwar bersungguh, bertekad menjamin
kedaulatan Islam, memperkasa Bahasa Melayu, memastikan orang Melayu terbela,
khususnya mereka yang miskin dan terkebawah, memperjuangkan nasib mereka dan
terangkum menjaga nasib semua warga serta menganggap dan menegaskan bahawa semua
kaum di negara ini adalah kerabat keluarganya. Anwar dengan tulus dan nyata
melaungkan bait, “Anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak
saya, Anak Iban anak saya, anak Kadazan anak saya.”
Anwar mengungkapkan pesanan al-marhum
Tok Guru Nik Abdul Aziz kepadanya, “Kalau ditakdirkan pemimpin maka Anwar kena
pastikan jangan ada seorang pun rakyat Malaysia, Melayu, Cina , India, Dayak,
Kadazan yang hadapi dan rasa sakit derita seperti yang kamu rasa.
Kamu mesti pastikan bila kamu ada kuasa,
kamu kenang nasib mereka, setiap rakyat ini kerana tidak ramai orang yang rasa
macam kamu rasa. Rasa susah derita macam mereka rasa.
Jaga mereka seperti anak-anak kamu
sendiri maka inshaa Allah, kamu akan menjadi pemimpin yang baik.”
Itulah yang didoakan oleh Anwar Ibrahim,
“Saya takkan lupa cerita derita saya. Dengan niat, Ya Allah, janganlah bagi seorang pun rakyat
derita macam aku lalui.”
Anwar adalah instrumental dalam pembentukan pakatan politik baru iaitu
Pakatan Harapan. Dia percaya bahawa Pakatan Harapan memiliki kesungguhan untuk
memulih dan membina semula negara manakala Barisan Nasional pula mempunyai
pelbagai rekod kefasadan yang nyata serta tidak berdaya untuk berubah. Malaysia
amat memerlukan perubahan politik. Inilah citra gerakan reformasi Anwar
Ibrahim. Oleh itu, Anwar Ibrahim mesti diberi keadilan, ditebus dengan
pembebasan dan pembersihan nama serta maruahnya. Ini hanya mungkin dengan
kemenangan Pakatan Harapan.
Isu kleptokrasi dan rasuah bertaraf mega
serta global 1MDB dan skandal-skandal lain telah mengheret rakyat menjadi
derita berpanjangan bakal meninggalkan malapetaka kewangan kepada beberapa generasi akan datang sedangkan elit
pemerintah dan kuncu-kuncunya hidup mewah penuh pembaziran yang
melampau-lampau. Pada 9 Mei rakyat telah
bangkit dan dengan sebatang pena melakukan perubahan besar.
Pada 15 Mei 2018, Anwar Ibrahim
dibebaskan.
َ
ينِرِاكَمْ ال ُرْيَ خ ُاللَّه َو ۖ ُ اللَّه َرَكَمَ وا و ُرَكَمَ و
"Mereka merancang , Allah juga
merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"
(surah Aali-Imran ayat 54)
(Perjalanannya masih belum
berakhir……………………………… )
I S
L A H
M E D
I A 2 | 2