SEJARAH
Thursday, December 15, 2011
"Membangkitkan Semula Generasi Al-Muflihun: Menghayati Pesan-Pesan Kejayaan" (siri 4)
Saturday, December 10, 2011
"Membangkitkan Semula Generasi Al-Muflihun: Menghayati Pesan-Pesan Kejayaan" (siri 3)
Khayriyyah (keunggulan) yang dicapai menerusi amar makruf-nahi mungkar suatu kejayaan (falah) yang besar. Khayriyyah al-ummah (keunggulan umat) sebagaimana yang disebut dalam ayat tersebut adalah keunggulan bersyarat (khayriyyah mashrutah) dan keunggulan yang harus diraih dengan amal perjuangan amar makruf-nahi mungkar. Demikianlah keunggulan yang ditawarkan oleh al-Qur'an. Ia adalah khayriyyah muktasabah, iaitu keunggulan yang dicapai dengan usaha gigih dan amal yang serius, bukan keunggulan berasaskan unsuriyyah mawruthah atau keunggulan yang diwarisi tanpa susah-payah. Al-Qur'an tidak menawarkan ketuanan warisan, yang ditawarkan adalah keunggulan yang bersyaratkan komitmen dan amal nyata di gelenggang amar makruf-nahi mungkar yang didasari iman kepada Allah. Keunggulan sedemikian bukan milik eksklusif kaum tertentu, tetapi ditawarkan kepada semua, siapa sahaja termasuk ahl al-kitab asalkan sanggup memenuhi syarat.
Misi nabawi seterusnya ialah menghalalkan segala yang baik (al-tayyibat), iaitu yang berkualiti, bersih, lazat dan bermanfaat; di samping mengharamkan segala yang buruk (al-khaba'ith), iaitu yang tidak berkualiti, kotor, memudaratkan dan menjijikkan. Ittiba' al-rasul dalam konteks ini ialah dengan pengamalan cara hidup sihat berasaskan syari'at, mendidik umat dengan kesedaran hukum halal-haram, dan membudayakan gaya hidup religius, bersih dan indah.
Antara komponen penting risalah Muhammadiah ialah pelepasan umat dari beban yang memberatkan sehingga tidak berdaya untuk bergerak ke mana-mana, dan pembebasan umat dari belenggu yang merantai sehingga tidak berupaya berbuat apa-apa. Ketika menjelaskan makna kata al-aghlal (jamak ghullun), A. Yusuf Ali menyebut Islam sebagai a religion for freedom in the faith of Allah, of universality in the variety of races, languages, manners and customs. Memang ayat tersebut secara khusus merujuk bangsa Yahudi yang terbeban dan terbelenggu dalam hukum-hakam keagamaan yang berat sebagai hukuman Tuhan terhadap kesalahan-kesalahan yang telah mereka lakukan; tetapi secara umum menyiratkan semangat liberatif agama Islam. Yang harus dibebaskan bukan hanya bangsa-bangsa tertentu, tetapi umat manusia keseluruhannya. Ittiba' al-rasul dalam konteks semangat pembebasan ini ialah dengan perjuangan membina umat yang berjiwa dan berminda merdeka, bebas dari segala bentuk pembelengguan: pembodohan, pembisuan, pengurangan dalam kepompong perkauman sempit, pembatasan ruang berfikir dalam tembok kepartian dan lain-lain yang sejenisnya. ....bersambung......
Tuesday, December 6, 2011
"Membangkitkan Semula Generasi Al-Muflihun: Menghayati Pesan-Pesan Kejayaan" (siri 2)
Wednesday, November 30, 2011
"Membangkitkan Semula Generasi Al-Muflihun: Menghayati Pesan-Pesan Kejayaan" (siri 1)
Mukadimah
Tuesday, November 22, 2011
FITNAH: BUDAYA TERHINA DALAM ISLAM (Siri 2)
Peristiwa ini diungkapkan di dalam al-Quran dan Hadis yang menjadi pegangan serta amalan umat Islam sebagai panduan serta iktibar terhadap umat-umat seterusnya. Namun, apa yang berlaku pada masa kini kes fitnah ini tidak pernah dirujuk kepada al-Quran dan Hadis sebagai jalan penyelesaian. Pada hal ianya termaktub dalam Rukun Iman iaitu Percaya kepada Kitab (al-Quran). Tetapi pengadilan dan hukuman yang dilakukan dalam kes-kes fitnah dalam negara ini tidak pun dirujuk kepada al-Quran. Tindakan ini menunjukkan bahawa kebenaran al-Quran sebagai kalimah Allah s.w.t telah dinafikan. Al-Quran sebagai kalimah Allah s.w.t sudah tidak diyakini oleh umat Islam sendiri dan tidak dilihat sebagai petunjuk dalam pelbagai urusan.
Persoalannya apakah dengan menolak al-Quran maka segala hukuman sudah mampu berlaku adil terhadap manusia dan makhluk di dunia ini? Fitnah yang dijajah dan disebarkan itu seumpama satu kegiatan perniagaan yang amat menguntungkan. Allah s.w.t mengingatkan manusia di dalam al-Quran berkaitan fitnah seperti menuduh seseorang berzina, maka Allah s.w.t mewajibkan sipenuduh mendatangkan empat orang saksi yang baik, salih, beriman dan bertakwa sebagai penyaksian yang muktabar.
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang fasik.” (an-Nur (24): 4).
Kenapa Allah s.w.t berkehendakkan demikian, kerana maruah seseorang itu lebih besar maknanya berbanding membunuh dan boleh memberi akibat besar terhadap masyarakat, negara dan agama. Allah s.w.t. memberi mesej yang besar kepada manusia, bahawa fitnah itu boleh menghancurkan sesebuah negara. Tetapi manusia tidak mengambil iktibar daripada peringatan serta amaran ini dan dengan wewenangnya fitnah itu dijajah serta diterima sebagai satu budaya hidup untuk mengaibkan rakan seagama serta masyarakat lain.
Oleh itu, apabila seseorang penuduh gagal menampilkan empat orang saksi yang beriman terhadap seseorang pelaku yang dituduh, maka secara tidak langsung orang itu termasuk dalam golongan fasiq yang mana segala penyeksiannya tidak dapat diterima serta dihukum sebat sebanyak lapan puluh sebatan. Kenapa Allah s.w.t. mensyaratkan empat orang saksi yang beriman? Apakah bukti-bukti seperti media elektronik yang ditampilkan itu tidak relevan? Bagaimana dengan penyaksian orang yang tidak beriman?
“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (an-Nur (24): 19)
Ayat-ayat yang terkandung dalam al-Quran ini bukannya hiasan seperti pantun, seloka, syair, puisi atau sebagai sajak. Namun apa yang berlaku sebahagian umat Islam kini telah menolak jauh al-Quran ini daripada kehidupan mereka. Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia adalah sebagai panduan serta rujukan yang muktabar dalam segala perkara yang bersangkutan dengan kehidupan. Dalam surah al-Baqarah ayat 1-2, Allah s.w.t. menjelaskan;
“AlifLam Mim. Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa.”
Sekiranya manusia memilih keimanan dan ketakwaan, maka tentulah kitab al-Quran ini dijadikan panduan serta rujukan yang utama demi memelihara keharmonian dan maruah Islam. Al-Quran sudah memberi garis panduan terhadap ancaman fitnah, namun ada yang memilih sifat kemunafikan sebagai jalan mencapai matlamat politik.
Pertarungan Politik dengan Keimanan
Ironinya budaya fitnah yang berlaku kini kerana kefahaman serta amalan Islam yang amat longgar dalam masyarakaat, oleh itu memilih jalan fitnah sebagai ‘Wadah’ serta saluran untuk kepentingan politik semata-mata bukan lagi merujuk kepada ketakutan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Masyarakat Islam tidak lagi takut terhadap amaran Allah s.w.t. yang terkandung di dalam al-Quran dan bahkan lebih gemar mempersenda al-Quran sebagai kitab suci, yang mana dengan sendiri telah mengimaninya. Allah s.w.t. telah menjelaskan bagaimana sepatutnya fitnah itu ditanggapi;
“Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri, dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.” (an-Nur (4): 12)
Tetapi apa yang berlaku setiap fitnah itu adalah peluang besar yang akan menyangkut keuntungan politik dan ekonomi, seperti penyebaran dalam media-media elektronik serta akhbar-akhbar utama. Keimanan tidak lagi menjadi ukuran serta nilai untuk menghalang fitnah. Pertembungan antara keimanan serta ketakwaan dengan kemunafikan, dan yang berlaku adalah sifat kemunafikan akan lebih dominan untuk mempengaruhi persekitaran.
Persoalan politik telah mengatasi segala-galanya sehingga ada yang menggadai keimanannya kepada Allah s.w.t. serta kitab suci al-Quran demi kepentingan politik. Seolah-olah politik ini lebih besar nilainya daripada kedudukan Allah s.w.t. dalam segala segi. Segelintir daripada manusia amat berani menjadikan amaran ini sebagai senda gurau yang tidak akan ada pembalasannya kelak.
Allah s.w.t. telah mengingatkan manusia dengan jelas tentang sikap berlaku adil serta kewajipan kembali kepada al-Quran dalam melaksanakan sebarang hukuman;
“Sungguh, Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan bukti-bukti yang nyata dan Kami turunkan bersama mereka kitab dan neraca(keadilan) agar manusia dapat berlaku adil. Dan kami menciptakan besi yang mempunyai kekuatan hebat dan banyak manfaat bagi manusia, dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya walapun (Allah) tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa”. (al-Hadid: 25).
Apakah keadilan manusia yang berdasarkan dendam serta pra sangka mampu membimbing manusia kepada ketakwaan? Nilai manusia yang cuba berlaku adil tanpa merujuk kepada al-Quran adalah kesesatan yang amat nyata. Persaksian yang tanpa merujuk kepada perintah Allah s.w.t. lebih menjerumuskan manusia kepada kemunafikan.
Surah al-Hadid: 25 itu, sebanarnya Allah s.w.t. mendidik serta memandu manusia kepada ketakwaan, perkara ini diperkuatkan lagi dalam surah al-Baqarah: 2, “ Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa”. Apakah manusia dikira bertakwa apabila menolak al-Quran?, apakah manusia dikira beriman apabila merendahkan al-Quran? Allah s.w.t. pula menjelaskan golongan munafik dalam surah al-Baqarah: 8-9, “Di antara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian, pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar”. Apakah kalimah-kalimah Allah s.w.t. ini bukan penjelasan bagi sifat kemunafikan terhadap golongan yang menolak al-Quran dan sunnah Rasul.
Islam menetapkan peraturan atau undang-undang adalah untuk memberi keadilan yang hakiki kepada semua makhluk. Justeru itu manusia wajib mengembalikan fitrah keadilan yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. agar permusuhan dapat dielakkan dalam Islam.
Tuesday, October 25, 2011
FITNAH: BUDAYA TERHINA DALAM ISLAM ( siri 1 )
Menurut Dr. Abdul Halim El-Muhammady; ‘Kencenderungan sebahagian masyarakat kini menghina dan mengaibkan seseorang semacam menjadi sebahagian daripada budaya hidup mereka.’ Fitnah sudah menjadi satu budaya serta amalan bagi mengalahkan musuh-musuh dalam sebarang pertarungan. Kegiatan fitnah umpama isi dengan kuku yang sukar dipisahkan daripada kehidupan masyarakat kini. Allah s.w.t mengingatkan orang-orang yang beriman tentang bahayanya fitnah; ‘Sesungguhnya orang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar dalam kalangan orang yang beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.’ (an.Nur: 19).
Fitnah Dalam Sirah Para An-biyya’
Kisah Nabi Yusof a.s. adalah contoh terbaik sebagai renungan dan iktibar kepada umat untuk memahami serta menghayati kesan-kesan besar yang terjadi angkar fitnah. Nabi Yusof a.s. telah difitnah oleh Siti Zulaikha isteri seorang Menteri Kerajaan Mesir, kerana Siti Zulaikha terpesona dengan ketampanan Nabi Yusof a.s. yang mana beliau tidak dapat menahan diri apabila melihat Nabi Yusof a.s. Oleh kerana segala rancangan Siti Zulaikha untuk memikat Nabi Yusof a.s. tidak berjaya, maka beliau telah memilih jalan fitnah terhadap Nabi Yusof a.s dengan tuduhan cubaan merogol beliau dan antara buktinya ialah pakaian Nabi Yusof a.s. koyak rabak kerana kononnya beliau cuba melepaskan diri daripada tindakan Nabi Yusof itu.
Tuduhan terhadap Siti Maryam a.s yang telah melahirkan anak tanpa bapa, merupakan fitnah terbesar juga dalam sirah para nabi. Siti Maryam a.s telah berhadapan dengan para pemfitnah yang luar biasa sehinggalah Allah s.w.t memberikan mukjizat terhadap anaknya Isa a.s yang boleh bercakap dan membela ibunya Siti Maryam a.s untuk menafikan tuduhan tersebut. Siti Maryam a.s juga menerima nasib yang sedih apabila berhadapan dengan fitnah yang besar kesannya terhadap maruah serta sifat keimanan yang teguh terhadap Allah s.w.t.
Setelah diadili oleh hakim didapati baju Nabi Yusof a.s koyak di belakang, ini menunjukkan bahawa Nabi Yusof tidak bersalah kerana bajunya tidak koyak di hadapan. Pengadilan yang diputuskan oleh hakim itu menunjukkan Nabi Yusof a.s tidak bersalah, bahkan Siti Zulaikha yang bersalah terhadap tuduhannya sendiri. Pembuktian bahawa baju Nabi Yusof a.s. koyak di belakang sudah memadai untuk menafikan tuduhan Siti Zulaikha terhadap Nabi Yusof a.s. dan hakim pada masa itu menolak tuduhan tersebut dan membebaskan Nabi Yusof a.s.
Satu lagi kisah berlaku ketika mana rombongan Rasulullah s.a.w. pulang dari peperangan, dan rombongan tersebut berhenti di suatu tempat untuk berehat. Setelah semua sudah segar, maka rombongan itu meneruskan perjalanan pulang ke Madinah, namun pada ketika itu juga Siti Aisyah isteri Rasulullah s.a.w. telah menunaikan khajatnya dan tanpa disedari oleh rombongan itu Siti Aisyah telah tertinggal. Kebetulan ada seorang sahabat yang ditugaskan untuk meninjau dari belakang sekiranya ada yang tertinggal, dan kebetulan sahabat itu telah menemui Siti Aisyah yang tertinggal itu dan membawanya secepat untuk menyertai rombongan tersebut. Namun peristiwa ini telah diambil kesempatan oleh Abdullah bin Ubay seorang munafiq dan membuat tuduhan terhadap Siti Aisyah dengan sahabat tersebut. Rasulullah s.a.w. tidak senang dengan tuduhan tersebut dan menunggu petunjuk daripada Allah s.w.t untuk menjawab segala tuduhan terhadap Ummul Mukminin Siti Aisyah, sehinggalah turun wahyu yang telah membersihkan Ummul Mukminin Siti Aisyah dari tuduhan itu.
Tuduhan terhadap Siti Maryam a.s yang telah melahirkan anak tanpa bapa, merupakan fitnah terbesar juga dalam sirah para nabi. Siti Maryam a.s telah berhadapan dengan para pemfitnah yang luar biasa sehinggalah Allah s.w.t memberikan mukjizat terhadap anaknya Isa a.s yang boleh bercakap dan membela ibunya Siti Maryam a.s untuk menafikan tuduhan tersebut. Siti Maryam a.s juga menerima nasib yang sedih apabila berhadapan dengan fitnah yang besar kesannya terhadap maruah serta sifat keimanan yang teguh terhadap Allah s.w.t.
Penghakiman Terhadap Kisah An-biyya’
Tiga kisah utama dalam sejarah Islam ini, membuktikan betapa beratnya fitnah di dalam Islam yang boleh menghancurkan kestabilan, perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat. Nabi Yusof a.s. yang dituduh oleh Siti Zulaikha, isteri seorang pembesar Mesir tetap dinafikan tuduhan beliau kepada Nabi Yusof a.s. Tidak ada keistimewaan yang diberikan oleh hakim terhadap Siti Zulaikha selaku isteri pembesar Mesir untuk menerima tuduhan beliau tersebut. Kerana hakim lebih memahami keadilan itu tanpa melihat kedudukan serta status dan yang seadilnya ialah rakyat dilayan sama tanpa mengira pangkat, jawatan, status dan kedudukan.
Begitu juga apa yang berlaku terhadap Siti Aisyah yang difitnah oleh golongan munafiq, sehinggakan peristiwa ini hampir-hampir menghuru-harakan negara Islam Madinah. Sehinggalah diturunkan wahyu untuk menyelesaikan kemelut umat Islam ketika itu demi kesejahteraan dan keharmonian Islam.
Pembersihan terhadap Siti Maryam a.s juga berlaku melalui wahyu, di mana Allah s.w.t mengizinkan Isa a.s yang masih kecil telah membela ibunya daripada tuduhan zina. Penghakiman yang berlaku ini adalah merupakan petunjuk kepada umat ketika itu, bahawa fitnah terhadap Siti Maryam a.s adalah tuduhan yang berasaskan sangkaan semata-mata.
Sirah yang dibentangkan ini adalah pentunjuk yang sepatutnya menjadi pedoman kepada umat untuk meneliti serta mengambil iktibar dalam mengadili tuduhan fitnah ini. Allah s.w.t amat mengetahui, betapa besarnya kesan-kesan fitnah terhadap pihak penuduh dan yang tertuduh. Nabi Yusof a.s terpaksa berhadapan dengan pembesar Mesir untuk menafikan tuduhan kepadanya, Rasulullah s.a.w dibantu dengan wahyu untuk menafikan tuduhan para munafiqun, dan begitu juga Siti Maryam a.s diselamatkan oleh Allah s.w.t dengan kuasanya sehingga budak kecil yang baru lahir menjadi saksi.
Penghakiman yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t dalam tiga peristiwa itu merupakan panduan yang amat jelas kepada umat manusia, bahawa fitnah itu adalah kegiatan terhina dan jijik serta dosa besar yang sukar dimaafkan melainkan dengan kemaafan daripada pihak yang tertuduh.
Thursday, September 1, 2011
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! 54 TAHUN
Laungan Merdeka yang telah bergema 54 tahun yang lalu amat menggamit jiwa sanubari umat Melayu dan rakyat Malaysia sehingga ke hari ini. 31 Ogos 1957, merupakan hari bersejarah bagi penduduk Semenanjung Tanah Melayu, manakala 16 September 1963, adalah hari bersejarah untuk penduduk Sabah dan Sarawak. Pembentukan ‘Malaysia’ yang telah dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan manifestasi terhadap penyatuan dua wilayah yang dipisahkan oleh Laut China Selatan antara Semenanjung Tanah Melayu dan Utara Pulau Borneo yang telah melahirkan ‘Negara Malaysia’ yang tercinta. Sebenarnya antara tujuan utama penyatuan ini adalah berdasarkan kepada faktor sejagat yang melibatkan kepentingan politik dan ekonomi dikedua-dua wilayah ini. Semasa perbincangan pembentukan ini, faktor sosial dan agama telah diketepikan dan perkara ini dapat dilihat dalam perjanjian 20 perkara kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.
Kenapa setelah 54 tahun Semenanjung Tanah Melayu dan 48 tahun Sabah dan Sarawak merdeka, kita masih sangsi terhadap kesetiaan kita terhadap ‘Negara Malaysia’? Mengapa kita meragui semangat Merdeka di kalangan rakyat kita sendiri? Apa sebenarnya yang berlaku terhadap semangat kewarganegaraan kita? Kenapa kita masih menagih simpati agar rakyat ada semangat MERDEKA. Ini adalah beberapa persoalan yang dikemukakan sebagai asas untuk direnungkan dan dihayati.
Asasnya 54 dan 48 kita Merdeka, namun jati diri Malaysia masih hambar meresap di jiwa sanubari setiap rakyat di Negara tercinta ini. Sehingga kini boleh dilihat bagaimana kita menghayati, memahami, dan menjiwai kemerdekaan yang telah diperolehi. Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah berjaya membebaskan kita daripada cengkaman penjajahan Barat, manakala Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein telah menggagaskan pembangunan Ekonomi, begitu juga Allahyarham Tun Hussein Onn cuba membina hubungan kaum yang lebih baik, seterusnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dengan beberapa gagasan yang agak mantap, diikuti oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang menerajui kepimpinan Negara kini, dan kita masih lagi menagih simpati ‘semangat merdeka’ dengan rakyat. Seolah-olah 54 tahun kita merdeka amat tidak mencukupi, tetapi kita masih gagal menanamkan semangat ini kepada rakyat. Pelbagai cara telah digunakan untuk menanamkan kecintaan kepada Malaysia dan terkini 1Malaysia.
Ironinya bukan semangat sahaja yang menjadi keutamaan kita, kerana mereka yang telah melaungkan gema Merdeka 54 dan 48 tahun yang lalu mungkin sudah menjadi generasi terakhir abad ini dan jiwa mereka tetap utuh dengan semangat ini, tetapi kita lupa kepada generasi kini yang lahir dalam suasana negara sudah merdeka. Apakah mereka ini perlu melaungkan lagi gema MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! sedangkan mereka sudah berada dalam suasana negara merdeka. Kita lupa, bahawa mereka tidak pernah mengangkat senjata seperti Datu Paduka Mat Salleh, Datuk Bahaman, Ibrahim Yaakub, Shamsiah Fakih, Dr. Burhanuddin Helmy, Rosli Dhobi dan beberapa pejuang kemerdekaan terawal, mereka juga tidak pernah mengalami keperitan hidup dengan berjalan kaki berbatu-batu ke sekolah sepertimana Tun Abdul Razak, mereka tidak pernah berhujan berpanas demi meneruskan kehidupan.
Sebenarnya kita telah terlupa bahawa ‘Pembentukan Malaysia’ hanya menekankan penyatuan politik dan ekonomi secara menyeluruh, tetapi mengabaikan faktor sosial dan agama, maka lahirlah warganegara yang longgar jiwa merdekanya. Kita juga gagal memberi kefahaman serta penghayatan tentang kemerdekaan kepada genarasi kini. Proses ‘pemerdekaan’ sebenar tidak berjalan dengan lancar, dan jiwa merdeka gagal ditafsirkan dengan tepat. Genarasi kini menghayati kemerdekaan dengan temsya songsang yang amat terpesong daripada erti kemerdekaan yang sebenar. Mereka telah lari daripada nilai-nilai adab serta moral agama yang luhur dan mulia. Pesta merdeka diisi dengan kegiatan sumbang dan bersifat liar dan merosakkan daya fikir serta intergeriti jiwa merdeka. Nilai agama tidak lagi dijadikan asas jiwa merdeka, manakala pengaruh barat semakin menular dengan wewenangnya tanpa sekatan dan batasan daripada pelbagai pihak. Seolah-olah kita membiarkan mereka hanyut dengan situasi itu, tetapi dalam masa yang sama kita menyalahkan mereka.
Friday, August 26, 2011
PENGAJARAN DARIPADA KISAH NABI ADAM a.s. DIKELUARKAN DARI SYURGA (Siri 2)
Oleh kerana Iblis telah pun menerima hukuman awalnya sebagai golongan kafirun, maka adalah amat malang bagi Iblis sekiranya manusia tidak mendapat balasan seperti mana balasan yang dia terima iaitu terhumban ke dunia. Kerana apabila manusia berada di muka bumi, maka mudahlah bagi Iblis untuk melaksanakan misi utamanya iaitu menyesatkan manusia seperti mana dia memohon dan berjanji dengan Allah SWT agar diberi kebenaran untuk melakukan rencana awalnya.
Dendam Iblis ini sangat tinggi terhadap manusia, sedangkan Iblis hanya bertelingkah dengan Allah SWT berkaitan dengan kedudukan manusia. Namun Iblis menjadikan manusia adalah sasaran utamanya dan kenapa Iblis tidak menjadikan juga makhluk lain sebagai sasaran? Justeru Iblis bersungguh-sungguh untuk menyesatkan manusia sesesat-sesatnya hinggakan Iblis tidak memberi peluang kepada manusia walau sesaat pun untuk bermunajat kepada Allah SWT dan juga menghalangi manusia daripada melakukan kebaikan. Tindakan nekad Iblis ini merupakan pengisytiharan perang besar-besaran yang amat dahsyat terhadap warga manusia yang diwartakan oleh Allah SWT sebagai ‘khalifah’ di muka bumi ini.
Melihat kepada peristiwa Nabi Adam a.s. ini mungkin timbul beberapa persoalan, apakah sebenar kerugian Iblis sekiranya ia menerima serta akur terhadap perintah Allah SWT supaya turut mengakui akan pemartabatan Allah SWT terhadap manusia sebagai khalifah di muka bumi ini? Apakah rasionalnya Iblis menentang Allah SWT dalam persoalan ini? Adakah Iblis tidak menyedari dengan siapa sebenarnya dia berkonfrantasi? Apakah kehebatan Iblis menentang perintah Allah SWT?
Sikap Iblis berkonfrantasi dengan Allah SWT dilihat sebagai kedegilan, kesombongan, keangkuhan serta kebodohan Iblis meledakkan gendang perangnya terhadap Allah SWT demi menghancurkan manusia yang ketika itu hanya akur kepada Allah rabbul jalil dengan sikap ‘sami’na waa a thana’ (kami dengar dan kami patuh) terhadapmu ya Allah. Tetapi Iblis tidak memusuhi makhluk-makhluk lain yang pada peringkat awalnya turut memprotes tentang perlantikan manusia sebagai khalifah, seperti Malaikat, Jin dan segala makhluk yang diciptakan oleh Alllah. Namun Iblis benar-benar menjadikan manusia adalah sasaran utama sebagai musuh. Dari itu Iblis akan memburu manusia dari segenap penjuru agar menjadi derhaka terhadap Allah SWT.
Tuesday, August 23, 2011
PENGAJARAN DARIPADA KISAH NABI ADAM a.s. DIKELUARKAN DARI SYURGA (Siri 1)
Cadangan daripada Allah SWT untuk mewartakan manusia sebagai peneraju dunia tidak dapat juga disanggah oleh Iblis yang merasa cemburu ke atas pewartaan ini. Maka Iblis dengan terang cuba mencari helah bagaimana manusia ini terkeluar daripada syurga yang menjadi tempat tinggal Nabi Adam a.s. Iblis merancang dan merencana strategi untuk mengenakan manusia, dan strategi Iblis ini benar-benar berkesan serta berjaya mengeluarkan manusia secepatnya daripada syurga. Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa telah menjadi pengembara di dunia untuk memulakan penghidupan baru seperti mana Iblis juga turut mengalaminya.
Beberapa perkara sepatutnya menjadi renungan kepada umat manusia terhadap peristiwa ini, dan antaranya ialah sikap dendam, dengki dan irihati yang telah menguasai iblis. Iblis mendakwa bahawa dia dijadikan daripada api, manakala manusia dijadikan daripada tanah yang busuk. Persoalan Iblis terhadap Allah SWT ialah bagaimana manusia yang sebusuk itu (tanah) boleh menjadi lebih baik daripada dia yang asalnya api?. Kenapa Allah SWT memerintahkan dia (Iblis) sujud serta hormat kepada manusia sedangkan dia adalah lebih baik berbanding manusia?. Kenapa pula Allah SWT mengangkat manusia setinggi itu, dan yang pasti manusia ini apabila dilantik sebagai khalifah akan melakukan kerosakan, kebinasaan, pertumpahan darah dan pelbagai tabi’at buruk yang menunjukkan kelemahan manusia?.
Apabila kita merenung sejenak tentang kritikan Iblis itu ada juga kewajarannya, bilamana kita melihat situasi manusia di dunia ini. Segala hujah Iblis itu telah berlaku pada masa kini, namun Allah SWT maha mengetahui di sebalik peristiwa-peristiwa di dunia ini. Allah SWT menjelaskan “sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tahu dan kamu tidak tahu apa yang Aku tahu”.
Iktibar daripada peristiwa ini, ialah sikap Iblis yang amat berdendam dengan manusia yang menyebabkan dia terhina dan dilaknat oleh Allah SWT sebagai golongan kafir iaitu engkar. Hukuman ini terus menjadikan Iblis lebih ganas serta bersumpah akan menyesatkan manusia sampai mereka sama-sama engkar serta sama-sama menduduki neraka sebagai hukuman.
Monday, July 25, 2011
'Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi?' (Siri 2)
Bagaimanakah slogan ini dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan?, oleh itu matlamat serta hala tuju slogan ini boleh dilihat dalam jadual di bawah ini;
SLOGAN
‘Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi?’
MAN POWER
-Golongan Akademik
-Tokoh Politik
-Para peniaga dan Korprat
-Pegawai Kerajaan
-Para Aktivis Sosial (NGO)
MATLAMAT
-Akademik Cemerlang
-Pembangunan Infrastruktur mantap
-Lebih ramai ahli koprat dan para jutawan
-masalah sosial dapat dikurangkan
-kemiskinan akan menurun
Apabila slogan ini sering diucapkan di mana-mana saja di daerah ini, sama ada bersembang di restoran, dalam majlis rasmi atau majlis perkahwinan, ianya merupakan slogan yang dapat diterima oleh masyarakat Kota Belud, tapi tidak diaplikasikan dengan sepenuh hati, tiada kesungguhan, tidak serius, seolah-olah slogan ini satu olok-olokan. Tetapi apa sebenarnya makna mendalam yang tersurat di sebalik slogan ini?, slogan ini tidak dihayati dan difahami sepenuhnya oleh setiap warga di daerah ini. Mungkin pada pandangan sesetengah masyarakat Kota Belud, ‘…alaaa… siapala Cikgu Jame Alip, baru seorang guru mahu mengajar kita tentang sikap ‘keprihatinan’, ‘kebertanggungjawaban’, ‘kesedaran’, tentang pembangunan rakyat….kan tokoh politik lagi hebat berbanding dengan dia…’. Kalau ini yang berlaku, maka inilah gambaran mentaliti kita di daerah ini yang tidak melihat dan menilai sebenar peranan, sumbangan serta pemikiran seseorang yang bukan ahli politik.
Dalam sejarah tamadun manusia, golongan pemikirlah yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan sesuatu bangsa atau negara. Lihatlah bagaimana Socretes, Plato dan Aristotle menyumbang kepada kemajuan Tamadun Eropah sebelum masihi dan mereka ini bukan ahli politik, tetapi boleh berbicara tentang politik. Begitu juga Ibn Sina, Ibn Farabi dan ramai lagi yang telah mengutarakan idea-idea dan pemikiran yang bernas untuk membangunkan masyarakat mereka.
Apa yang berlaku dengan masyarakat apabila kebergantungan yang tinggi terhadap tokoh-tokoh politik menjadi harapan. Apakah pencapaian rakyat daerah ini yang dikategorikan sebagai daerah termiskin di Malaysia menjadi kebanggaan? Bolehkah seorang pemimpin memenuhi segala keperluan setiap individu? Ada beberapa persoalan pokok yang patut kita jawab sendiri untuk menilai tahap pencapaian masyarakat kita di Kota Belud setelah Sabah merdeka 48 tahun yang lalu melalui Malaysia;
• berapa banyak Industri Kampung Sederhana (IKS) yang wujud di daerah ini dan telah berjaya
• berapa buah kampung yang masih tiada kemudahan air paip (minum air bersih)
• berapa orang peniaga daerah ini yang sudah menjadi jutawan
• berapa buah pusat ekonomi yang menjadi tarikan kepada orang luar untuk datang ke daerah ini
• berapa orang ahli perniagaan bumiputera yang berniaga di pekan Kota Belud yang memiliki bangunan sendiri
• berapa batang jalan raya yang belum bertar
Persoalan yang dikemukakan di atas adalah sebahagian daripada permasalahan yang memerlukan perhatian dan tindakan serius. Semua pihak terutama tokoh politik mestilah berperanan semaksimanya dan perlu turun ke lapangan bertemu dengan masyarakat memantau apa keperluan rakyat yang masih tertangguh atau belum tertunai. Bukannya lima tahun baru menemui rakyat kembali, wakil rakyat perlu menjadualkan diri masing-masing untuk masuk ke kampung, dan takkan dalam masa sebulan satu kampung pun tidak dapat dilawati. Inilah kerisauan dan kegelisahan yang tercetus daripada minda Cikgu Jame Alip untuk meluahkan rasa keprihatinan yang mendalam terhadap masalah di Kota Belud ini, ‘Kalau Bukan kita, Siapa Lagi?’. Apakah kita perlu menunggu orang lain untuk memperbaiki keadaan masyarakat ini, atau perlu menunggu satu lagi kemerdekaan baru untuk menyelesaikan masalah di daerah ini. Sudah 48 tahun Sabah bebas daripada penjajahan, Sabah sudah melalui empat pemerintahan yang silih berganti daripada USNO, BERJAYA, PBS dan sekarang UMNO-BN, sepatutnya masyarakat ini bukan lagi berbicara soal prasarana seperti jalan raya, tali air, elektrik, telefon, air paip, balai raya dan bangunan sekolah yang masih lagi strukturnya kayu (papan), masalah ini sepatutnya sudah selesai, dan yang sewajarnya dibincangkan pada masa kini adalah persoalan ekonomi seperti kadar pendapatan rakyat di daerah ini, termasuklah kuasa beli rakyat dengan kadar kenaikan barang yang menekan masyarakat serta masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin kronik.
Di mana sebenarnya peranan kita semua yang bergelar warga Kota Belud? Bagaimana kita semua mengatasi persoalan ini sekiranya semua tenaga yang ada ini tidak turut memainkan peranan. Masalah kemiskinan tegar masih lagi membelenggu warga Kota Belud, miskin relative semakin melebar, namun anjakan ekonomi Kota Belud bergerak terlalu perlahan sedang perubahan sentiasa berlaku dengan cepat. Bererti keseimbangan antara kadar kenaikan barang tidak seimbang dengan kadar pendapatan masyarakat Kota Belud.
Manakala bidang pendidikan kelihatan lebih laju dan agresif berbanding ekonomi, namun masyarakat juga menghadapi masalah apabila anak-anak mereka memasuki Institusi Pengajian Tinggi terutama berkaitan pembiayaan. Tetapi masalah yang sering berlaku ialah ramai pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS, namun sebahagian pelajar tidak dapat membayar yuran pengajian kerana pendapatan ibubapa mereka tidak mampu membiayai yuran tersebut kerana kemiskinan yang dihadapi. Biasiswa yang ditawarkan sebahagiannya hanya aliran-aliran tertentu sahaja dan aliran sains sosial kurang diberi perhatian. Di manakah letaknya pendemokrasian pendidikan yang diwar-warkan? Malang sungguh nasib para pelajar yang terlibat ini, mereka telah menghabiskan masa 13 tahun dibangku sekolah semata-mata mengharapkan segulung ijazah yang akhirnya tidak kesampaian. Inilah realiti permasalahan masyarakat Kota Belud yang kurang mendapat perhatian.
Secara umumnya slogan ini membawa misi dan visi yang penuh makna untuk rakyat daerah ini. Masyarakat seharusnya sedar tentang realiti kehidupan masa kini yang perlu kepada persaingan, dan untuk menghadapi persaingan ini, maka masyarakat perlu berubah serta sentiasa menilai persekitaran dari masa ke semasa. Slogan Cikgu Jame ini hendaklah direnung dan dihayati sepenuhnya untuk mencapai kehidupan yang lebih baik “KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?”.
Friday, July 15, 2011
KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI? (siri 1)
‘Kalau bukan kita, siapa lagi?’ demikianlah ungkapan yang sering diucapkan oleh seorang tokoh pendidik yang tidak asing lagi iaitu Cikgu Jame Alip, Pengarah Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa beliau menjawat jawatan sebagai Pengetua, di SMK Taun Gusi, Kota Belud, slogan ini sering kali diungkapan di hadapan pelajar-pelajar dan guru-guru di sekolah tersebut. Slogan ini juga diteruskan oleh beliau semasa menerajui Pejabat Pelajaran Gabungan KOBTAR iaitu Kota Belud, Tamparuli dan Ranau sejak tahun 2001.
Apa signifikannya slogan ini dengan semua warga pendidik di Kota Belud dan juga masyarakat di daerah ini, di mana beliau seringkali mengulanginya dalam majlis-majlis yang melibatkan warga pendidik serta juga ketika mana beliau sendiri bersembang dengan rakan-rakan tokoh politik dan para peniaga tempatan. Beliau begitu bersemangat sekali menjelaskan makna sebenar ungkapan ini, sehinggalah slogan ini menjadi sebutan masyarakat di daerah ini dan seterusnya meniti dari mulut ke mulut. Namun pada masa kini ramai orang yang menuturkannya, tetapi sama ada memahaminya atau langsung tidak memahaminya.
Sebenarnya slogan ini membawa makna serta konotasi yang semestinya dihayati serta difahami secara mendalam yang boleh dikaitan dengan beberapa persoalan penting dalam sektor pendidikan, politik, ekonomi dan sosial tentang hala tuju slogan ini. Istilah ‘kalau bukan kita’ dalam ungkapan ini adalah lebih merujuk kepada;
• setiap warga pendidik, dan
• masyarakat daerah ini.
Harapan beliau yang tinggi ialah mahu melihat semua warga pendidik dalam gabungan KOBTAR dapat memainkan peranan semaksimanya untuk meletakkan taraf pendidikan dalam gabungan tersebut lebih baik dan lebih cemerlang berbanding dengan gabungan-gabungan lain di Sabah. Maknanya pengoptimaan terhadap man power untuk mencapai kecemerlangan amat diperlukan, dan tanpa kerjasama semua pihak, mana mungkin harapan dan cita-cita ‘kalau bukan kita, siapa lagi?’ akan tercapai.
Apakah sebenarnya man power yang dimaksudkan itu?
• golongan akademik
• tokoh politik
• para peniaga atau korprat
• pegawai kerajaan, dan
• para aktivis sosial
Seandainya slogan ini dijadikan asas untuk memajukan dan membangunkan daerah ini dalam semua aspek, maka sumber tenaga manusia seperti di atas adalah amat berkeupayaan untuk memainkan peranan penting terhadap gagasan ‘kalau bukan kita, siapa lagi?’. Kejayaan individu tidak akan datang dengan sendirinya, sekiranya individu itu tidak berusaha untuk mencapainya. Slogan yang sering dilaungkan oleh Encik Jame Alip ini juga ada hubungkait dengan peringatan Allah SWT di dalam Al-Quran terhadap manusia ‘Sesungguhnya Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya’, dan sekiranya slogan ini dijadikan dasar untuk membangunkan masyarakat Kota Belud ini, pastinya kejayaan itu akan dapat dicapai.
Tuesday, June 14, 2011
Raja Ismail Pemerintah Tempasuk (1760an)
Baginda merupakan ketua pemerintah di Tempasuk sekitar tahun 1700-an yang berpusat di Matampai. Matampai merupakan pusat pemerintahan Raja Ismail yang terletak berhampiran dengan Sungai Tempasuk. Sungai ini dipilih berdasarka kedudukannya yang tidak jauh daripada Laut China Selatan. Ada beberapa sumber menyatakan bahawa Sungai Tempasuk dipilih kerana kedudukan muara sungai ini yang sukar untuk dimudiki oleh pihak musuh, di mana peranan ombak yang menjadi penghalang kepada sesiapa sahaja untuk masuk melalui sungai ini turut diberi perhatian dan hanya orang yang mahir sahaja boleh memasukinya. Hujah ini ada kekuatannya, kerana menurut beberapa orang sarjana barat seperti Owen Rutter dan James Warren, orang Iranun adalah antara etnik yang mempunyai kemahiran di laut serta mempunyai kecekapan yang tinggi. Oleh itu, kedudukan Matampai sebagai pusat pentadbiran Raja Ismail adalah amat sesuai dan bertindak sebagai benteng pertahanan yang boleh membantu Raja Ismail menghadapi musuh-musuhnya.
Pentadbiran baginda di Tempasuk adalah dibantu oleh anak-anaknya iaitu Raja Tebuk, Raja Alam dan Raja Muda Umak di samping beberapa pembesar beliau yang dikenali sebagai Datuk Sikiolo dan Tok Lukus. Menurut sumber keluarga ini, wilayah Tempasuk pada masa itu meliputi Kuala Sungai Tuaran dan Teluk Marudu. Hujah ini juga mempunyai kekuatan kerana semasa Pretymen dihantar ke Tempasuk sebagai residen pada tahun 1879, maka pada masa itu Tempasuk dianggap oleh barat sebagai sebuah kerajaan atau negeri.
Antara peranan yang disumbangkan oleh Raja Ismail di nusantara ialah membantu Sultan Mahmud Shah menyerang Belanda di Riau Johor. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1781, di mana Sultan Mahmud Shah yang memerintah Riau Johor pada ketika itu telah menghantar utusan yang bernama Encik Talib ke Tempasuk untuk menyampaikan permintaan baginda kepada Raja Ismail, agar Tempasuk menghantar bantuan ketenteraan untuk menyerang Belanda di Tanjung Pinang. Baginda Sultan Mahmud Shah juga menyatakan bahawa Raja Tempasuk tersebut ada kaitan kekeluargaan dengan beliau. Maka itu, baginda Sultan Mahmud Shah tidak segan-silu untuk memohon bantuan ketenteraan daripada orang Iranun di Tempasuk untuk mengusir Belanda di Tanjung Pinang. Oleh kerana permintaan ini datang daripada Sultan Mahmud, maka Raja Ismail sendiri telah mengetuai angkatan tentera Tempasuk yang berjumlah sekitar lebih tiga puluh buah kapal dan perahu. Menurut sumber tempatan ukuran kapal mereka ini lebih kurang sembilan puluh kaki panjang yang boleh membawa enam puluh tan muatan dan boleh memuatkan seramai lebih satu ratus lima puluh orang.
Perjalanan mereka ke Riau Johor tidaklah memakan masa yang lama kemahiran di laut membantu angkatan itu sampai dengan segera. Kapal dan perahu ini dilengkapi dengan peralatan senjata seperti meriam atau lebih dikenali sebagai ‘laila’, bersandarkan kekuatan dan kecekapan, maka tentera Raja Ismail pun belayar di Laut China Selatan, Perjalanan mereka ini tidak menghadapi masalah dan mereka sampai ke Riau Johor dengan selamat.
Apabila Raja Ismail dan tenteranya sampai di Riau Johor, maka mereka diberi taklimat berkaitan kedudukan pihak Belanda di Tanjung Pinang. Setelah itu tentera Iranun pun bersiap sedia menyerang kedudukan Belanda di Tanjung Pinang, dan dalam serangan ini orang Iranun telah berjaya mengalahkan Belanda dan ramai tentera Belanda yang terkorban dan dalam serangan tersebut difahamkan Raja Ismail juga turut terkorban kerana semasa majlis meraikan kemenangan itu Raja Ismail tidak lagi disebut sebagai ketua yang diraikan, tetapi yang disebut hanya anak-anaknya iaitu Raja Tebuk, Raja Alam dan Raja Muda. Angkatan ini telah diberi persalinan oleh Sultan Mahmud sebagai menghargai bantuan Tempasuk terhadap baginda dan peristiwa ini dinyatakan berlaku pada 1215 hijrah.
Selepas itu, Raja Tebuk dan Raja Alam memohon untuk kembali ke Tempasuk, manakala Raja Muda Umak, Datuk Sikolo dan Tok Lukus menetap di Riau Johor untuk memperhambakan diri kepada baginda Sultan Mahmud. Menurut sumber keluarga Raja Tebuk, Raja Alam tidak kembali ke Tempasuk tetapi beliau telah mengembara di kepulauan Nusantara. Faktor ini disebabkan Raja Ismail telah tiada dan pewaris seterusnya terhadap pentadbiran di Tempasuk diserahkan kepada Raja Tebuk. Maka Raja Tebuk pun memerintah Tempasuk dengan memakai gelaran sebagai Sultan Satebuk.
Selain itu, pentadbiran Raja Ismail di Tempasuk juga ada kaitannya dengan kegiatan merompak kapal-kapal dagang barat yang memasuki perairan Nusantara. Kedudukan Kuala Tempasuk yang sukar dimudiki merupakan strategi Raja Ismail untuk mengelak serangan balas daripada pihak musuh. Serangan Datu Tating ke atas Pulau Balambangan pada 5 Mac 1775 telah melibatkan pengikut Raja Ismail, di mana seramai 300 orang etnik Suluk dan Iranun telah menyerang pulau tersebut dan persefahaman antara dua etnik ini telah menggugat kedudukan Syarikat India Timur Inggeris (EEIC) yang cuba menjadikan Pulau Balambangan sebagai pusat perniagaan penting seperti Singapura (1819), Pulau Pinang (1786) dan Melaka (1824) (Baszley Bee, 2004:51). Semasa serangan ini pihak EEIC yang mempunyai kekuatan tentera seramai 100 orang dan dua buah kapal iaitu Endavor dan Pheonix telah mengalami kekalahan teruk dan banyak kemusnahan yang berlaku (Baszley Bee, 2004: 55). Akibatnya pulau Balambangan telah ditinggalkan oleh pihak EEIC kerana kedudukannya yang tidak selamat dan berada di wilayah yang mana masyarakatnya sangat kuat menentang Barat. Menurut Datu Tumai, orang Iranun merupakan salah satu etnik di Nusantara yang amat aktif menentang imperialism Barat. Manakala di Tungku orang Iranun juga turut melakukan penentangan, di mana penentangan ini diketuai oleh Raja Laut yang menyerang kapal-kapal Sepanyol dengan kekuatan tentera sekitar 1000 orang (Warren, 2002:160).
Keterlibatan Raja Ismail serta orang Iranun Tempasuk ketika serangan Pulau Balambangan diperkuatkan melalui pertemuan antara pelayar-pelayar Iranun dan Suluk di Tanjung Simpang Mengayau. Menurut Pinjaman Hasin, para pengembara atau pelayar Iranun dan Suluk akan bertemu di Tanjung Simpang Mengayau untuk merancang strategi bagi menyerang kapal-kapal barat yang memasuki perairan Nusantara. Sumber-sumber sedia ada seperti yang dijelaskan oleh Owen Rutter, James Warren dan bebarapa penulis barat amat berkait dengan sumber tempatan.
Menurut beberapa catatan bahawa Raja Satebuk juga turut terlibat merancang menyerang kedudukan Francis Light di Pulau Pinang yang dibuka 1786. Selepas peristiwa Riau Johor 1781, di mana kerajaan Kedah pada masa itu berada di bawah pentadbiran Sultan Abdullah telah mendapat maklumat berkaitan serangan orang Iranun ke atas Belanda di Raiu Johor, yang mana Belanda dapat ditewaskan oleh orang Iranun, maka baginda menawarkan kepada orang Iranun untuk menyerang Francis Light di Pulau Pinang bagi menggagalkan hasrat barat menguasai Pulau Pinang untuk dijadikan sebagai pusat perniagaan penting. Kerajaan Kedah sanggup membayar $20,000.00 kepada etnik Iranun. Tawaran ini telah diterima oleh Raja Satebuk dan mereka berkampung di Sungai Perak bagi menunggu arahan sultan (Warren: 2002:61). Namun serangan ini tidak diteruskan dan orang Iranun kembali ke Tempasuk. Orang Iranun mengawal perairan Utara Borneo (Leigh Wright:1981:7), di mana Tempasuk merupakan pusat kegiatan utama mereka. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh peranan politik di sekitar nusantara terutama ancaman barat terhadap kuasa-kuasa tradisional yang sedia ada.
Peranan Raja Satebuk terhadap pentadbiran Tempasuk telah berjaya mengekalkan penguasaan mereka di laut sehingga gelaran lanun atau perompak laut menjadi sinonim dengan orang Iranun. Beberapa tindakan Raja satebuk dilihat sebagai mengancam kedudukan kuasa-kuasa barat, antaranya serangan Raja Satebuk terhadap Ambong pada 1880an. Akibat tindakan tersebut Raja Brooke yang menguasai Sarawak pada masa itu telah menghantar pegawainya untuk menyiasat serangan tersebut (Ivor Evan: 1922:261).
Apa yang jelas Kuasa Tempatan Iranun di Tempasuk telah banyak menyumbang kepada kegiatan menentang kuasa barat yang menjajah negeri-negeri Melayu di nusantara. Walaupun ada sesetengah dakwaan ahli sejarah barat, bahawa etnik Iranun adaalah golongan perompak laut atau ‘Lanun’ yang terlibat dalam perdagangan manusia iaitu hamba. Namun usaha etnik ini mengekang imperialisme barat amat mendapat perhatian kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Sepanyol, Belanda dan British. Kuasa-kuasa barat ini telah menghadapi tentangan sengit daripada etnik Iranun terutama ketika berlaku pertembungan di laut. Kesan terhadap penentangan ini, pihak barat telah mengalami kerugian serta korban besar. Pihak barat juga terpaksa melipatgandakan kekuatan pertahanannya untuk berhadapan dengan etnik Iranun terutama di lautan. Akibatnya juga etnik Iranun terus menjadi buruan dan ada yang menukar identiti mereka untuk tujuan keselamatan.
Tuesday, May 17, 2011
Kota Jakarta: Pasrah Dengan Warganya
Cabaran hidup merupakan pertarungan sengit yang mesti dilalui, dan sesiapa yang lemah pasti akan kecundang. Hampir semua perkara dibolehkan dan yang penting boleh menghasilkan ‘wang’. Semuanya bisa saja, tak kira halal atau haram, pokoknya bisa hidup. Warganya amat aktif dalam memburu kehidupan semata-mata dan untuk hidup tiada perkara yang mustahil dalam melayari kehidupan di kota besar ini.
Jalanraya yang sentiasa ‘macet’ bukan lagi halangan besar, bahkan menjadi gelombang perlumbaan siapa duluan sampai ke destinasinya. Tepian jalanan sentiasa dipenuhi oleh peniaga kecil-kecilan hatta hingga ke lorong-lorong bangunan yang dianggap kesunyian, tapi berpenghuni. Kehangatan persaingan ini dapat dilihat apabila setiap warganya bergerak dari anak kecil hinggalah orang dewasanya sentiasa merayau memburu kehidupan.
Jumlah penduduk yang ramai ini, menyebabkan kota ini sentiasa segar setiap masa. Penghuninya silih berganti, di mana yang bekerja malam akan tidur pada waktu siang dan yang bekerja siang pula akan tidur pada waktu malam. Malam yang telah disediakan oleh Allah swt untuk manusia berehat tidak lagi dipatuhi. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Kota Jakarta bahkan di kota-kota besar di dunia ini.
Dalam suasana persaingan ini lahir pelbagai sifat dan watak warga kota ini, di mana hampir semua bidang kerja adalah dimonopoli oleh orang tempatan, dari kerja jalanan hinggalah ke peringkat pemerintahnya. Mungkin keadaan ini berlaku kerana Indonesia mempunyai penduduk lebih kurang 300 juta orang, berbanding dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Malaysia yang mempunyai penduduk hampir 27 juta orang dan Brunei lebih kurang 600 ribu orang.
Ada beberapa perkara yang amat menarik berkaitan masyarakat di Indonesia, di mana semangat mereka untuk bersaing amat tinggi sekali. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan kemerdekaan yang mereka dapat adalah melalui keringat rakyat itu sendiri. Rakyat telah memainkan peranan besar terhadap proses kemerdekaan mereka. Rakyat telah membayarnya dengan darah serta nyawa, oleh itu mereka tidak teragak-agak untuk menukar pemimpin yang tidak boleh menyumbang dengan rakyat. Pemimpin amat menghormati kehendak rakyat walaupun ada kecacatannya.
Begitulah Kota Jakarta yang berdiri megah di Nusantara ini, terletak di pulau Jawa di mana lahirnya pejuang agama seperti Wali Sungo yang sentiasa menjadi kebanggaan warga Jawa. Agama Islam yang dibawa oleh Sembilan Wali itu telah mengyingkirkan pengaruh Hindu dalam masyarakat Jawa. Akhirnya Islam berkembang dengan baik dalam masyarakat itu sehinggalah wujudnya pasentren serta madrasah sebagai gedung pendididkan agama hinggalah hari ini.
Saturday, February 5, 2011
KEMERDEKAAN MINDANAO: HARAPAN DAN REALITI (siri 2)
Berdasarkan beberapa peristiwa yang membabitkan Umat Islam di dunia kini, pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB amat dingin terhadap kepentingan Umat Islam. Lihat apa yang berlaku ke atas Palestin, Afghanistan, Kashmir, Selatan Thailand, Indonesia (Aceh) dan apa lagi yang berrkaitan dengan Mindanao yang isunya sudah beratus tahun masih belum di selesaikan.
Tetapi apabila Timor-Timor memohon kemerdekaan sendiri, PBB dengan cepat memberi tekanan kepada Indonesia agar membebaskan wilayah tersebut daripada Indonesia dan terus wujud sebagai sebuah negara baru, dan begitu juga Israel dengan mudah membentuk sebuah negara di tengah-tengah dunia Arab. Dua situasi yang sama tetapi tindakan yang diambil adalah berbeza.
Keadaan ini juga merupakan halangan terhadap Umat Islam di Mindanao terutama MILF yang mempunyai gagasan untuk wujud sebagai sebuah negara yang tentunya dipimpin oleh Umat Islam. Sekiranya pihak PBB bersetuju, maka akan lahir lagi sebuah negara Islam baru yang akan menjadi ancaman terhadap dunia Barat yang jelas anti Islam.
Melihat kepada perkembangan ini terutama peranan PBB, maka adalah amat sukar bagi MILF merealisasikan cita-cita mereka ini. Pada masa ini pun negara-negara Arab yang suatu masa memberi sokongan terhadap perjuangan umat Islam Mindanao, tetapi kini negara-negara Arab ini amat berhati-hati terhadap isu Mindanao kerana mereka sendiri telah terjebak dengan perangkap Amerika yang didalangi oleh Yahudi dengan melebalkan setiap perjuangan umat Islam adalah ‘pengganas’.
Bukan negara Arab saja, tetapi negara-negara Islam yang lain pun mula berhati-hati untuk memberi sokongan kepada perjuangan umat Islam di dunia. Apa yang berlaku di Palestin dan Iraq adalah contoh yang jelas di mana negara-negara Islam cuma mengutuk tindakan Israel dan Amerika tetapi tiada tindakan apa-apa yang diambil terutama ekonomi dan ketenteraan serta diplomatik.
Bagi mengelak tekanan dunia Islam, maka kerajaan Filipina telah beberapa kali berunding dengan para pejuang di Mindanao terutama MILF yang dianggap sebagai pertubuhan yang kuat menentang kerajaan Filipina. Namun, apa yang berlaku ialah gencatan senjata dilaksanakan, tetapi akhirnya dicabuli oleh kerajaan Filipina sendiri. Apakah tujuan sebenar tindakan kerajaan Filipina ini? Bukankah ini menjelaskan lagi sikap ‘double standard’ kerana kerajaan Filipina yang mempunyai hubungan dengan beberapa kerajaan Islam terutama di Asia Tenggara.
Dalam hal Mindanao ini, tidak dapat dinafikan juga bahawa para perancang Yahudi dunia yang berpusat di Amerika Syarikat turut terlibat. Bagaimana golongan ini merancang Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, serangan terhadap Iraq, Perang Iran-Iraq, serangan Iraq ke atas Kuwait, peristiwa pembunuhan orang-orang Yahudi di Jerman bagi tujuan menaikkan semangat orang-orang Yahudi di seluruh dunia, pembunuhan beberapa presiden Amerika Syarikat, Revolusi Rusia, Revolusi Perancis, Perang Ros di Britain, pendudukan Rusia ke atas Afghanistan dan peristiwa 11 September 2001, dan pelbagai peranan yang dimainkan oleh Yahudi. Pada masa ini Yahudi telah menguasai seluruh sistem di Amerika Syarikat seperti yang dinyatakan oleh seorang penulis Sabaruddin Hussein bahawa Amerika Syarikat dikawal oleh orang Yahudi sama ada secara individu, berkumpulan atau secara kerjasama dengan orang Yahudi dari luar negara. Peranan keluarga Yahudi seperti Rothschild dan Wallenbergs, Lehmann Brothers dan Kuhn Loeb and Co. terhadap dunia sunggguh menakjubkan.
Oleh itu, bagaimana Mindanao mencapai kemerdekaan seandainya rakyat dan semua pertubuhan yang ada di Mindanao itu tidak bersatu? Penyatuan secara menyeluruh mesti digerakkan dengan terancang. Masyarakat atau rakyat Mindanao perlu merencana satu gagasan baru, kerana halangan mereka bukan sahaja kerajaan Filipina bahkan gerakan Yahudi sedunia.
Umat Islam Mindanao perlu bersatu, membina kekuatan ekonomi, membina kekuatan jihad yang utuh, menyatukan semua persatuan atau pertubuhan di Mindanao, melahirkan pemimpin yang dapat diterima oleh pelbagai kelompok dalam kalangan negara-negara Islam serta boleh meyakinkan PBB.
Pihak rakyat Mindanao juga harus belajar daripada apa yang berlaku dengan umat Islam di negara-negara Islam yang lain. Sekiranya Umat islam tersilap langkah dalam percaturan di Mindanao ini, maka rakyat Mindanao terutama umat Islam akan merempat di Mindanao sendiri. Dasar perluasan kuasa serta penaklukan secara halus sedang berlaku di Mindanao. Perkara ini dapat dilihat apabila suatu masa dahulu Mindanao adalah wilayah Islam yang penduduknya hampir seratus peratus adalah beragama Islam, tetapi kini keadaan sudah berubah dan penduduk bukan Islam sudah mengimbangi kedudukan ini. Ini juga merupakan ancaman baru terhadap umat Islam di Mindanao.
Inilah sebahagian realiti yang berlaku di Mindanao yang akan menjadi halangan kepada mereka untuk merdeka, tetapi bukan mustahil untuk mencapainya. Sekiranya berkompromi lebih menguntungkan umat Islam di Mindanao, maka itu pun perlu difikirkan agar Mindanao kembali sebagai wilayah Islam. Hanya Umat Islam Mindanao yang boleh menentukan hala tuju perjuangan mereka, ‘Berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul’.