Ekspedisi ke Constantinople
Sebelum pembukaan kota
Constantinople, beberapa percubaan telah dilakukan oleh para pemimpin Islam
untuk menawan kota Constantinople, dan antara yang terawal adalah Mu’awiyah Abu
Sufian. Mu’awiyah telah merencanakan penawanan Constantinople dengan teliti,
kerana beliau juga mahu disebut seperti mana dalam hadis ar-Rasul SAW. Beliau
telah memperkuatkan tentara darat dan tentera laut, kerana mahu melaksanakan
misi hadis tersebut. Kekuatan tentera laut telah diperkukuhkan untuk menawan
kota Constantinople. Sebelum beliau sampai ke Constantinople, beliau telah
melancarakan ke atas beberapa wilayah untuk memudahkan beliau menawan Constantinople.
Pada 49H, beliau telah menghantar tentera ke Constantinople yang disertai oleh
beberapa sahabat seperti Abdullah Abbas, Abdullah az-Zubayr, Abdullah bin Umar,
dan Abu Ayyub al-Ansari. (Sahrulazmi Sidek:2012: 94). Dalam ekspedisi ini Yazid
bin Mu’awiyah telah memimpin angkatan tenteran ini dan telah membuat
pengepungan ke atas kota Constantinople, tetapi ekspedisi ini menemui kegagalan
kerana cuaca sejuk yang amat kuat. Beliau mencuba kali kedua pada tahun 54H
hingga 60H, dan kota ini dikepung selama 6 tahun tetapi operasi turut gagal.
Ekspedisi seterusnya telah diteruskan
oleh Muhammad Al-Fateh seorang Khalifah Kerajaan Uthmaniyyah, sebelum itu
Urkhan B. ‘Uthman yang memerintah dari tahun 1327 – 1360M telah merintis
gerakan ke Constantinople. Namun gerakan ini juga menemui kegagalan dan diikuti
oleh Sultan Murad (1360 – 1389M). Sultan Murad hanya merangka pelan strategik
menawan kota tersebut. Antara tahun 1389 – 1402M, Sultan Bayazid telah menawan
beberapa kota seperti Bulgaria dan meneruskan serangan ke atas Constantinople,
namun tidak berajaya menawan kota tersebut.
Selepas itu, Sultan Murad II
iaitu bapa kepada Muhammad Al-Fateh meneruskan usaha untuk menawan
Constantinople, belaiu telah berjaya menawan Albania pada 1431M dan Hungary
pada tahun 1438M. Beliau telah melakukan pengepungan terhadap Constantinople,
namun usaha beliau ini menemui kebuntuan
sehinggalah belaiu meninggal dunia.
Misi Islamisasi ke
Constantinople telah diteruskan oleh anak Sultan Murad II iaitu Muhammad
Al-Fateh. Muhammad Al-Fateh telah merangka pelan bertindak beliau sebagai
panduan untuk menawan Constantinople. Antaranya ialah menyediakan angkatan
tentera yang ramai dan kuat. Tentera beliau terdiri daripada 12,000 tentera
Jenisseri, 20,000 tentera Sphai, 100,000 tentera berjalan kaki dan selebihnya
hamba abdi. (Ab. Hamid Ali: 2011: 93). Persediaan yang dibuat oleh Muhammad
Al-Fateh ini memperlihatkan nekad baginda untuk menawan Constantinople. Misi
yang telah dilakukan sebelum ini perlu diteruskan.
Selain persediaan tentera yang
kuat, baginda juga merangka strategi bagi menawan kota tersebut berdasarkan
langkah-langkah berikut;
1. Membuat
lakaran kubu
2. Merangka
strategi yang sesuai untuk melepasi sistem pertahanan Constantinople
3. Meneliti
kesesuaian jentera pengepungan untuk memusnahkan kubu-kubu pertahanan yang
tersusun di kawasan Constantinople.
4. Merangka
strategi yang paling berkesan untuk menyeberangi parit yang telah dibuat oleh
penduduk Constantinople.
Pengepungan yang dibuat oleh
Muhammad Al-Fateh ini telah melibatkan jumlah tentera seramai lebih kurang
100,000 orang (Ab. Hamid Ali: 2011, 109). Baginda telah menggunakan sepenuhnya
kekautan dan kepakaran untuk menembusi kota Constantinople. Antaranya
penggunaan meriam seberat 30,000 pound yang mempunyai keupayaan menembak 600
pound peluru.
Pada 10 Jamadilawal 857H,
baginda melakukan persiapan terakhir disertai khutbah beliau sebagai suntikan
semangat juang dan jihad. Maka pada 11 Jamadilawal 857H, Constantinople
akhirnya jatuh ke tangan umat Islam, menjelag waktu zohor Muhammad Al-Fateh
melangkah masuk ke kota Constantinople (Ab. Hammid Ali: 2011, 132).
Signifikannya kejatuhan
Constantinople kepada Umat Islam yang dikenali hari ini sebagai Istanbul,
menjadikan hubungan Eropah dan dunia Islam semakin dekat, walaupun dilihat
terdapat perbezaan terutamanya agama. Tindakan Muhammad Al-Fateh memberi
pilihan kepada Umat Kristian sama ada terus kekal di Constantinople atau
berhijrah secara aman menunjukkan Islam sentiasa menghormati kebebasan
beragama, budaya dalam sebuah negara yang diperintah oleh Umat Islam.
No comments:
Post a Comment