Menyingkap kembali pertemuan
dengan Allahyarham Dr. Said Ramadhan al-Bouty pada 22 November 2006. Pertemuan
ini berlaku di rumah beliau, di Kota Damsyik ibu Negara Syria, ketika itu kami
dalam rangka lawatan ke Syria. Semsaa di rumah beliau, kami telah diberi
penjelasan oleh beliau berkaitan isu gerakan Islam semasa serta bagaimana kita
mengadaptasikan diri dalam gerakan ini.
Beberapa pandangan beliau sempat
saya catat semasa perbincangan ringkas di ruang tamu rumah beliau. Antara
pandangannya terhadap gerakan Islam kini ialah;
· Secara jujur beliau mengakui kurang pendedahan
berkaitan gerakan Islam di Malaysia, namun apayang penting ialah gerakan Islam
kini mestilah bersifat mendidik masyarakat dan jangan bersifat ekstrime.
· Beliau menyatakan bahawai fikrah gerakan Islam
di Malaysia amat baik dan dapat memahami permasalahan masyarakat, namun ianya
hanya dibahaskan di peringkat muktamar dan seminar, sepatutnya gerakan dakwah
mestilah berlaku secara praktikal dengan kegiatan keilmuan yang mantap, dan
paling penting masjid mestilah menjadi pusat keilmuan yang utama.
· Dalam isu hudud, beliau menjelaskan bahawa hukum
hudud adalah wajib dan yang amat malang sekali bila mana orang Islam sendiri
menolak hukum ini, dan paling penting ialah adanya madrasah yang memainkan
peranan mendidik masyarakat memahami secara mendalam tentang keperluan hukum
hudud agar perlaksanaan hukum ini dapat diterima oleh pelbagai lapisan
masyarakat.
· Berkaitan demokrasi, beliau menyebut bahawa
segala keputusan ditentukan oleh majoriti, namun tidak semua majoriti adalah
tepat. Amerika Syarikat telah mengambil kesempatan terhadap demokrasi ini untuk
membelasah negara umat Islam atas melalui undian. Demokrasi ini juga menjadi
ancaman kepada keadilan sebenar dan yang lemah akan terus menerima kesannya.
· Apabila membicarakan kebebasan agama, Dr.
Ramadhan menjelaskan bahawa di negara umat Islam kegiatan agama lain tidak
terancam, namun disebaliknya penganut Islam terancam di negara bukan Islam.
Penguasa selalu menjadikan Islam sebagai ancaman kepada agama lain. Beginilah
nasib umat Islam di seluruh dunia yang sentiasa dicurigai dan sesetengah negara
menjadikan agenda utama mereka ialah menghapuskan umat Islam.
· Hubungan gerakan Islam sedunia juga perlu dieratkan
dan dimantapkan agar dakwah berlaku dengan lebih berkesan. Gerakan Islam
sedunia juga mestilah membina hubungan melalui media utama seperti TV, Radio
dan sebagainya.
· Perkongsian kuasa antara orang Islam dengan
bukan Islam merupakan pendekatan politik yang bijak serta dapat mengekalkan
keharmonian dan perpaduan.
· Beliau berpesan kepada semua gerakan Islam agar
berhati-hati terhadap gerakan Wahabi yang mendapat sokongan daripada Amerika
Syarikat.
Walaupun pertemuan ini
ringkas, namun perkongsian ini amat bermakna bagi meningkatkan lagi daya juang
terhadap umat ini. Beliau telah syahid pada 21 Mac 2013 ketika menyampaikan kuliah di kota Damaskus, Syria, semoga roh Allahyarham Dr. Ramadhan al-Bouty ditempatkan di
kalangan roh para anbiya. Alfatihah.
No comments:
Post a Comment