SEJARAH

SEJARAH

Saturday, February 13, 2021

HUBUNGAN ANWAR IBRAHIM DENGAN NEGARA-NEGARA ARAB, TIMUR TENGAH DAN BARAT


1. Dato Seri Anwar Ibrahim mulai terlibat dengan ' Jaringan Islam ' antarabangsa dan dunia barat pada tahun 1971 dan 1972 dalam konteks proses ' Damai dan Keamanan serta perkembangan Islam ' di negara-negara Arab dan Timur Tengah serta DAKWAH diperingkat antarabangsa

2. Pada tahun 1971 Anwar Ibrahim dijemput ke World Assembly of Youth ( WAY ) Sidang Belia Dunia yang berlangsung di London,sebagai wakil belia Islam Asia Pasifik.Kemudian beliau dilantik sebagai ahli jawatan kuasa belia Sedunia.

3. Anwar Ibrahim menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) pada tahun 1971 sebagai Wadah untuk berdakwah di dalam dan luar negara.

Pada tahun 1971 Anwar Ibrahim dilantik menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia ( MBM ).

4. Pada tahun 1972 Anwar Ibrahim dijemput kesidang Penubuhan ' World Assembly Of Muslim Youth ' ( WAMY ) Sidang Belia Islam Dunia yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi dibawah pengandalian Sheikh Hassan Abdullah yang berpusat di Riyadh,Arab Saudi dan Anwar Ibrahim dilantik sebagai ahli jawatan kuasa kesatuan belia Islam sedunia pada tahun tersebut.

5. Pada tahun 1973 Anwar Ibrahim seorang belia yang ' Berkaliber dan Berkarisma ' dilantik menjadi penasihat Belia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) yang berpusat di Geneva,Switzeland.

6. Anwar Ibrahim dianugerahkan ' Tokoh Belia Antarabangsa ' pada tahun 1974.

7. Anwar Ibrahim dilantik menjadi Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) pada tahun 1974.

8. Setelah menjadi Presiden ABIM, Anwar Ibrahim mengambil ' Pengajian Dakwah Islam ' diperingkat Izajah di The International Islamic University Islamabad,Pakistan dan akhirnya Anwar mewajibkan setiap Presiden ABIM mengambil,mempelajari dan lulus subjek tersebut sebagai syarat menjadi Presiden ABIM.

9. Sebelum dan selepas tahun 1975 Anwar Ibrahim terlibat secara AKTIF dalam proses pergerakan dan perkembangan Islam serta gerakkan Dakwah diperingkat antarabangsa dengan komitmen yang tinggi khususnya di negara-negara Arab dan Timur Tengah.

10. Pada tahun 1976 Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah The International Islamic University,Islamabad,Pakistan.

11. Dato Seri Anwar Ibrahim menerima Pingat ' Ulama Iqbal ' Pakistan dari Presiden Zia Ul Haq pada tahun 1979.

12. Hubungan Anwar Ibrahim dengan negara-negara Arab dan Timur Tengah begitu rapat,contoh ketika Revolusi Iran berjaya pada tahun 1979,Anwar Ibrahim adalah orang luar pertama yang dijemput oleh Imam Ayatollah Kohemini.

13. Dato Seri Anwar Ibrahim bersama Dr.Ismail Farouki menubuhkan ' The International Institute Of Islamic Thought ' ( IIIT ) pada tahun 1981 yang berpusat di Herdon,Virigina Amerika Syarikat.IIIT adalah pertubuhan Intelektual Islam diperingkat antarabangsa dan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah Pengerusinya.

Anwar Ibrahim bersama Prof Dr.Syed Naquib Al Attas menubuhkan The International Institutes of Islamic Thought and Civilization ( ISTAC ) di Malaysia pada tahun 1988 dan Anwar sendiri sebagai Pengerusinya.

14. Anwar Ibrahim diistiharkan sebagai ' Anak Palestin ' oleh Yasser Arafat pada tahun 1983 atas dasar sokongan dan komitmen Anwar Ibrahim terhadap hak rakyat Palestines yang begitu lentang diperingkat antarabangsa.

15. Dato Seri Anwar Ibrahim sebelum memasuki Umno pada tahun 1982 telah berjaya melakar sejarah sebagai ' Intelektual Muslim ' yang diakui oleh dunia Islam dan barat.

15. Dato Seri Anwar Ibrahim mendapat Sanad Pengajian Pondok Manabil Ulum Penanti,Pulau Pinang dari Gurunya Tuan Guru Haji Salleh Othman Al-Makki.

17. Selepas tahun 1982 Dato Seri Anwar Ibrahim yang berfahaman DEMOKRATIK yang mempraktikan POLITIK NILAI dan mengamalakan POLITIK BERSIH menggunakan pendekatan ISLAM dalam politik, memasuki Umno dan berpolitik sehingga sekarang.

Anwar Ibrahim ' Berpolitik dijalur dakwah dan berdakwah dijalur politik.'

18. Hubungan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan Kerajaan Arab Saudi yang bermula dari tahun 1972 adalah sangat akrab sehinggah hari ini.

Ketika Anwar Ibrahim dibebaskan dari tahanan pada tahun 2004 dan kemudian Anwar ke German kerana menjalani pembedahan dibahagian tulang belakang.

Selepas Anwar berjaya menjalani pembedahan di German Kerajaan Arab Saudi mempelawa Anwar berehat di Arab Saudi dan menghantar sebuah pesawat khas ke German untuk mengambil Anwar Ibrahim tetapi Anwar menolak tawaran tersebut sebaliknya Anwar memilih London sebagai tempat untuk berehat selepas pembedahan.

19. Kesimpulan, Anwar Ibrahim telah menjadi IDOLA kepada orang Melayu bermula dari akhir tahun 1960an dan awal tahun 1970an ketika aktif dalam gerakan Mahasiswa di University Malaya.Mesyarakat Melayu mengharapkan suatu hari Anwar Ibrahim akan menjadi pemimpin mereka.



Abdul Rauf Hj.Jainullah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin