SEJARAH

SEJARAH

Monday, February 15, 2021

Kisah Ali Zainal Abidin bin Ali

Seorang Ulama Tabi'in Imam Thawus al-Yamani mengisahkan: 'Aku melihat seorang lelaki solat di Masjidil Haram di bawah Mizhab Ka'bah. Ia berdoa dengan khusyu' dan menangis. Aku ikuti sampai ia selesai solat dan berdoa, ternyata ia adalah Ali Zainal Abidin, putera Husein bin Ali bin Abi Thalib, yang tak lain adalah cicit Rasulullah SAW. Aku katakan padanya:

'Wahai cicit Rasulullah, aku lihat kamu dalam keadaan begini dan begini. Padahal kamu memilih tiga hal yang aku harap akan membuatmu aman dari ketakutan. Pertama, kamu adalah cicit Rasulullah SAW. Kedua, kamu boleh mendapatkan syafa'at datukmu iaitu Rasulullah SAW. Ketiga, rahmat Allah SWT.'

Ali Zainal Abidin menjawab:

'Hai Thawuss, bahawa aku adalah cicit dan keturunan Rasulullah SAW itu tidak menjamin keamananku. Aku mendengar firman Allah SWT: 'Apabila sangkakala ditiup, maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu.' (QS, 23:101). Sedangkan syafa'at datukku juga tidak menjadi jaminan bahawa kelak akan kudapatkan, sebab Allah SWT berfirman: 'Dan mereka tidak memberi syafa'at melainkan kepada orang-orang yang diredhai oleh Allah'. (QS, 21:28). Sedangkan rahmat Allah, sesungguhnya Allah mewahyukan bahawa rahmatNya dekat pada kaum muhsinin, iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan aku tidak tahu apakah aku termasuk di dalam golongan mereka atau tidak.

Dipetik daripada
Di Atas "SAJADAH" Cinta
oleh Habiburrahman El Shirazy

No comments:

Post a Comment

LinkWithin